Semua yang berada di ruang tamu tersebut menyalam tangan Dato' Megat.

       "Adam, bila sampai?" soal Dato' Megat.

       "Baru je sampai Maghrib tadi," jawab Adam.

       Dato' Megat hanya mengangguk. "Dah berapa bulan, Aida?" soal Dato' Megat lagi.

       "Lagi berapa hari je nak masuk 9 bulan," jawab Aida.

       "Ha Sya. Bila nak bagi daddy cucu lagi?" soal Dato' Megat.

       "Ish daddy ni. Lain kali lah tanya soalan macam ni," jawab Alisya.

        Semua yang berada di situ ketawa.

       "Sayang, kalau lah sayang ada lagi, mesti keluarga ni dah lengkap. Abang rindu sayang. Abang doakan sayang bahagia di alam sana," bisik Dato' Megat di dalam hati. Perasaan rindu terhadap isterinya tidak dapat dinafikan.

                             ***

       Azan raya berkumandang di kawasan perumahan Tok Mah. Semua ahli keluarga Tok Mah bersiap-siap untuk pergi sembahyang raya di masjid.

       "Sya! Irfan! Duk buat apa lagi tu? Cepat lah. Kita nak pi sembahyang raya, bukannya nak pi mall ka apa!" laung Tok Mah dari luar rumah.

       "Ya, tok. Kejap-kejap! Sya ni, tiba-tiba mual," jawab Irfan.

       "Mual?" semua ahli keluarga memandang satu sama lain. Bibir mereka mengukir senyuman.

       "Nampaknya, tambah sorang lagi lah cicit aku," ujar Tok Mah. Semua ketawa.

       "Kenapa semua gelak?" soal Hayqal.

       "Nampaknya, kamu nak dapat adik lagi lah, Qal," ujar Dato' Megat lalu mencuit hidung Hayqal.

       "Okey dah. Jom kita pergi masjid," ujar Irfan yang baru keluar. Dia memimpin Alisya.

       "Sya okey ke? Kalau tak okey, duduk lah rumah dengan Aida," ujar Adam.

       "Erm, okey lah. Sya duduk rumah dengan Aida. Tiba-tiba rasa tak sedap badan pula," jawab Alisya.

       "Nak abang temankan ke?" soal Irfan.

       "Tak apa. Abang pergi lah masjid dengan yang lain. Sya kuat lagi," jawab Alisya.

       "Kalau macam tu, abang pergi dulu. Hati-hati," ujar Irfan. Alisya mengangguk lalu menyalam tangan Irfan.

        Semua berangkat pergi ke masjid. Hanya tinggal Alisya, Aida dan anak pertama Aida iaitu Aisyah Humaira.

       Alisya masuk semula ke dalam rumah. Dia duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Kepalanya terasa sakit. Dipicit kepala perlahan- lahan.

       "Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Tadi muntah. Sekarang pening pula," ujar Alisya perlahan.

       "Eh, Sya? Kau tak pergi masjid ke?" soal Aida.

       "Tak. Pening kepala," jawab Alisya ringkas.

       "Ha? Kau demam ke?" soal Aida lalu melabuhkan punggung di sebelah Alisya. Dahi Alisya disentuh menggunakan tangannya.

       "Tak panas pun. Erm, ke........ kau...mengandung?" soal Aida.

       Soalan Aida membuatkan Alisya terkejut. "Mengandung?" dahi Alisya berkerut.

       "Kau ni. Nama je doktor. Tapi diri sendiri mengandung pun tak tahu," ujar Aida.

       "Kejap. Aku pergi check," ujar Alisya lalu bangun masuk ke dalam biliknya.

Abangku,Suamiku! (Raya) Where stories live. Discover now