Bab 3

7.7K 224 9
                                    

       "Sayang! Cepat sikit! Dah pukul 11 pagi ni! Nanti lambat pula sampai Kedah!" laung Irfan dari arah ruang tamu.

       "Ya! Sya dah siap ni!" balas Alisya. Alisya menuruni tangga dengan laju.

        "Eh, sayang jangan laju sangat turun tangga tu. Nanti jatuh," tegur Irfan.

         Alisya tidak menghiraukan teguran Irfan. Tiba-tiba Alisya tergelincir menyebabkan dia terjatuh. Tapi nasib baik Irfan sempat menyambutnya.

         Alisya menutup matanya. "Buka mata tu. Sayang tak jatuh pun. Mr hubby tolong selamatkan," kata Irfan.

         Alisya membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Dia tersengih apabila melihat wajah Irfan. Irfan hanya menggeleng.

         Irfan meleraikan pelukannya. "Itulah, abang dah cakap jangan laju sangat. Tengok dah tergelincir. Nasib baik abang ada. Kalau tak, tak tahu lah jadi apa dekat sayang," ujar Irfan.

         "Sya minta maaf abang. Sya nak cepat sebab tu lah Sya laju macam The Flash. Sya tak nak sampai Kedah lambat," kata Alisya.

          "Takpe. Dah jom keluar. Qal dah ada dalam kereta. Bersemangat dia bila nak balik kampung," kata Irfan.

          Dan mereka pun keluar dari rumah banglo 2 tingkat itu. Alisya masuk ke dalam perut kereta BMW milik Irfan. Irfan mengunci pintu rumah sebelum masuk ke dalam perut kereta.

                                 ***

        "Sayang, bangun. Dah sampai R&R ni. Jom solat dulu," Irfan mengejutkan Alisya yang sedang tidur di seat sebelah pemandu.

        Alisya terjaga dari tidurnya. Dia mengeliat kecil. Irfan hanya menggelengkan kepala melihat Alisya mengeliat.

         Irfan mengejutkan Hayqal pula yang sedang tidur di seat belakang.

         "Qal, jom turun. Dah sampai R&R ni. Tadi kata nak solat," Irfan mengongcangkan bahu Hayqal perlahan supaya Hayqal tersedar.

         "Dah sampai mana ni papa?" soal Hayqal yang masih mengantuk. Dia menguap kecil.

         "Dah sampai R&R. Lagi berapa kilometer je nak sampai Kedah," jawab Irfan. Dan mereka bertiga keluar dari perut kereta dan menuju ke surau yang berada di R&R tersebut.

         Selesai sahaja mereka  menunaikan solat Asar dan berehat seketika, mereka menyambung perjalanan semula.

         Tepat pukul 6:30 petang, akhirnya mereka sampai juga halaman kampung Alisya.

         "Sayang, mana satu rumah Tok Mah?" soal Irfan yang sedang memandu. Ye lah, selama dia kahwin dengan Alisya, dia tidak pernah balik kampung Tok Mah. Mereka cuma bertemu di Kuala Lumpur sahaja.

         "Tu abang! Belok kanan," jawab Alisya. Suaranya kedengaran begitu gembira. Hayqal yang berada di seat belakang sudah bersorak gembira.

         Irfan memarkirkan kereta BMW nya di hadapan rumah kayu moden milik Tok Mah. Di sebelah kereta Irfan terdapat kereta Volkswagen Polo merah milik maksu Alisya iaitu Siti.

         Alisya keluar dari perut kereta. "Assalamualaikum! Tok Mah! Oh Tok Mah!" laung Alisya dari arah tangga.

        Irfan dan Hayqal juga sudah keluar dari perut kereta. "Sayang, jangan lah menjerit. Cuba bagi salam elok-elok. Nak Maghrib dah ni. Tak elok menjerit," tegur Irfan.

        Alisya tersengih. "Sorry abang. Sya excited sangat. Tu yang menjerit tak ingat dunia ni," ujar Alisya.

         Irfan ketawa kecil. Irfan berjalan menuju ke bonet kereta untuk mengambil bagasi.

Abangku,Suamiku! (Raya) Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum