Bab 10

8.5K 218 7
                                    

Semua ahli keluarga Tok Mah menonton televisyen di ruang tamu. Hanya Irfan sahaja yang tiada di situ.

"Hai semua," ujar Irfan yang baru tiba di ruang tamu. Semua membalas dengan senyuman. Hanya Alisya sahaja yang tidak senyum.

Irfan melabuhkan punggung di sebelah Alisya. Baru sahaja dia mahu meletakkan tangannya di bahu Alisya, Alisya sudah berdiri.

"Sya masuk bilik dulu ya. Ada hal sikit," ujar Alisya lalu berlalu masuk ke dalam biliknya.

"Irfan, pasaipa ngan Sya tu? Hampa dua gaduh ka?" soal Tok Mah.

"Dia merajuk lagi kot. Semalam kami bergaduh. Tapi tok jangan risau. Kami gaduh perkara biasa je," jawab Irfan.

"Bergaduh? Macam mana boleh bergaduh? Semalam maksu tengok hampa okey ja," soal Siti.

"Gaduh sebab dia cemburu tengok Irfan rapat dengan Rita. Masalahnya, kami kawan je, maksu. Tak ada hubungan istimewa pun," jawab Irfan.

"Ni Irfan. Hang pi pujuk Sya. Yang aku nak tau, petang ni hang dengan Sya dah baik balik. Kalau aku tau yang hampa dua gaduh lagi, aku tak teragak-agak untuk pukul hang," celah Fahmi.

"Fahmi, kawal emosi hang sikit. Ni Irfan, tok nak hang pujuk Sya. Berbaik lah dengan dia. Esok nak raya dah. Tak elok gaduh-gaduh," ujar Tok Mah.

"Baik,tok. Fahmi masuk bilik dulu," balas Fahmi lalu menuju ke biliknya.

Sampai sahaja di depan pintu bilik, Irfan menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus secara perlahan.

Irfan memulas tombol pintu. Masuk sahaja dalam bilik, kelihatan Alisya sedang mengemas baju ke dalam bagasi nya. Irfan mengunci pintu bilik.

"Sayang, kenapa kemas baju ni?" soal Irfan. Dia mendekati Alisya.

"Saya nak balik Kuala Lumpur," jawab Alisya. Dia tidak memandang wajah Irfan langsung.

"Abang minta maaf, sayang. Abang tahu abang salah. Tolong lah maafkan abang. Jangan seksa abang macam ni. Abang nak dengar gelak tawa sayang yang dulu. Abang rindu bila sayang bercakap dengan abang. Abang rindu dengan senyuman sayang," ujar Irfan.

Alisya hanya diam. Dia menzip bagasinya. Bagasi tersebut diletakkan di bawah.

"Saya nak balik KL ni. Kalau awak nak balik KL juga, ikut awak lah. Saya balik naik bas," ujar Alisya lalu berjalan menghampiri pintu bilik sambil menarik bagasinya.

Baru sahaja hendak memulas tombol pintu, Alisya memandang ke arah Irfan semula.

Alisya menghampiri Irfan semula. Tangannya dihulurkan pada Irfan. Irfan terkejut dengan perlakuan Alisya.

"Walaupun kita gaduh tapi saya kena juga salam awak sebelum pergi. Awak suami saya. Saya kena hormat awak," ujar Alisya.

Irfan tersenyum. Dia menyambut huluran Alisya. Alisya menyalam tangan Irfan.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum," ujar Alisya lalu keluar dari bilik.

"Waalaikumusalam," jawab Irfan perlahan.

Irfan melabuhkan punggung di birai katil. Mukanya diraup dengan kedua-dua belah telapak tangannya.

"Sayang lah isteri luar biasa abang. Walaupun kita gaduh, tapi sayang masih lagi hormat abang sebagai suami sayang. Abang beruntung sebab ada isteri macam sayang. I love you Puteri Alisya," bisik Irfan di dalam hati.
 
                             ***

Alisya keluar dari bilik. Dia menarik bagasinya ke ruang tamu. Sampai sahaja di ruang tamu, semua yang berada di situ memandang Alisya dari atas hingga bawah.

Abangku,Suamiku! (Raya) Where stories live. Discover now