Bab 8

7.1K 201 13
                                    

         "Tok, kami bertiga nak pi beli baju raya. Tok nak ikut tak?" soal  Alisya.

        "Takpa lah. Hampa pi lah bertiga. Tok nak rehat kat umah ja harini. Rasa tak larat pulak nak keluaq jalan," balas Tok Mah.

        "Okey. Kalau macam tu, Sya pergi dulu ya. Tok ada nak kirim apa-apa tak?" ujar Alisya.

         "Semua barang ada dah. Hati-hati keluaq. Jangan duk bawak laju sangat kereta. Habaq kat Irfan tu," ujar Tok Mah.

          "Baik tok," balas Alisya.

                             ***

           "Assalamualaikum," ucap Adam. Dia menutup kembali pintu rumah.

            "Waalaikumussalam," jawab Aida yang sedang duduk di ruang tamu.

             "Sayang buat apa?" soal Adam sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah Aida.

              "Tengah berenang," jawab Aida. Aida hanya fokus ke arah televisyen. Wajah suaminya langsung tidak di pandang.

             Adam memandang wajah Aida. "Abang minta maaf sayang. Sejak kebelakangan ni, abang sibuk sangat dekat pejabat. Abang tak ada masa untuk teman sayang pergi hospital. Abang minta maaf sangat-sangat," ujar Adam.

            "Itulah, dulu dah jadi pensyarah, gatal sangat nak tukar jadi arkitek dekat syarikat daddy. Sekarang, baru nak menyesal," ujar Aida. Dia masih belum memandang wajah Adam.

           Adam melutut di kaki Aida. Aida yang terkejut terus memandang wajah Adam.

           "Sayang, tolong maafkan abang. Abang tahu abang salah. Tapi jangan lah hukum abang macam ni. Abang rindu dengan sayang. Abang nak sangat kita macam dulu. Sweet je," ujar Adam.

            Aida memegang tangan Adam. "Abang tak salah pun. Aida yang salah. Sejak mengandung ni, asyik nak marah je. Cemburu pun ada," kata Aida.

           Adam bangun lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Aida semula. Bibirnya sudah mengukir senyuman.

            "Cemburu? Cemburu dengan siapa?" soal Adam.

            "Dengan PA abang lah. Aida tengok, dia macam suka abang je. Sikit-sikit berkepit je dengan abang. Macam nak terajang je perempuan rambut karat tu," ujar Aida.

              Adam ketawa. "Comel lah bila sayang marah. Macam nak gigit je pipi sayang yang tembam tu," ujar Adam.

            "Ish abang ni," Aida menekup pipinya yang sudah berona merah.

            "Sayang. Raya ni, kita balik kampung tok abang nak? Sya pun ada kat sana," kata Adam.

            "Eh, mestilah nak. Mesti seronok kan?" ujar Aida.

            "Mesti lah seronok. Ramai ada kat sana," jawab Adam bersama senyuman di bibir.

                            ***

            Hampir 3 jam Alisya,Irfan dan Hayqal membeli-belah di pekan. Tema baju raya mereka tahun ini adalah warna oren. Semua ahli keluarga mereka juga sudah membeli baju raya. Dan tema mereka juga berwarna oren.

           "Sayang, nak buka puasa kat mana? Lagi setengah jam je nak berbuka. Sempat ke balik berbuka dekat rumah tok?" soal Irfan yang sedang fokus memandu.

           "Sya rasa tak sempat lah. Kita makan je lah dekat restoran mana-mana pun," balas Alisya.

           Irfan sekadar mengangguk.

                            ***

        "Assalamualaikum! Tok Mah! Oh, Tok Mah!" laung Rita dari luar rumah.

         "Waalaikumussalam. Ya Rita. Ada apa? Nak jumpa Tok Mah ka? Maaf lah, Tok Mah pi masjid," ujar
Siti yang berada di muka pintu.

         "Tok Mah takdak? Tak pa lah. Rita mai ni pun nak hantaq bahulu ja," balas Rita lalu menghulurkan bekas yang berisi bahulu kepada Siti.

          "Oh terima kasih lah. Tapi kan, Rita tak payah lah bawak mai bahulu ni hari-hari. Kadang-kadang, muak jugak. Ye lah, hari-hari makan bahulu," ujar Siti.

           "Muak? Tapi, Rita tengok Tok Mah suka ja makan bahulu Rita. Abang Irfan pun sama," kata Rita.

          "Depa tak suka pun. Cuma nak jaga hati hang ja. Sebab tu depa makan. Kalau hang nak tau, bahulu hang sentiasa tak habis. Tok Mah bagi itik dia makan," sampuk Fahmi yang sedang berdiri di sebelah Siti. Entah bila dia berdiri di sebelah Siti.

          Mata Rita membulat. "Pasaipa dengan abang Fahmi ni hah? Tak habis-habis nak sakitkan hati Rita. Kalau abang marahkan Rita sebab dulu, Rita minta maaf," ujar Rita.

          Fahmi tersenyum sinis. "Apa hang kata? Maafkan hang? Woi perempuan! Memang tak lah aku nak maafkan hang. Hang tau tak, betapa sedihnya Tok Mah masa hang lari dari majlis akad nikah dulu? Hang tau tak?! Aku tak tau lah macam mana Tok Mah boleh maafkan hang. Perempuan mata duitan macam hang, tak layak dimaafkan!" herdik Fahmi.

           Siti hanya diam di sebelah Fahmi. Ya, dia tahu kisah Fahmi dan Rita. Dahulu, Fahmi dan Rita hendak di satukan atas permintaan Tok Mah. Tok Mah kata, dia suka melihat Fahmi dan Rita di satukan. Rita juga pada masa itu menyukai Fahmi. Dan pada majlis akad nikah, Rita melarikan dirinya ke Johor. Dia melarikan diri kerana tidak mahu berkahwin dengan Fahmi. Katanya, dia terlalu muda untuk berkahwin. Sejak itu, Fahmi benci terhadap Rita.

          "Apa abang Fahmi ni?! Rita lari dulu bukan sebab Rita mata duitan. Rita lari sebab nak cari kerja. Rita nak sambung belajar," ujar Rita.

          "Tak payah tipu lah Rita! Aku tau hang pi Johor sebab nak ambil duit dari boyfriend hang kan?" soal Fahmi.

          "Macam mana abang Fahmi tau?" soal Rita kembali.

           "Aku dah tau lama. Cuma aku malas nak bongkarkan rahsia hang ni," balas Fahmi.

           "Rita mintak maaf," ujar Rita.

            "Dah lah, Rita. Awak pergi balik. Saya tak nak awak dengan suami saya bergaduh malam-malam ni. Nanti satu kampung kecoh," sampuk Siti.

           Rita pun berlalu pergi. Siti mengusap bahu Fahmi.

           "Jangan lah marah-marah. Nanti cepat tua," ujar Siti.

             "Kalau abang tua, sayang dah tak sayangkan abang ke?" soal Fahmi.

            "Eh mana ada. Mestilah sayang. Abang lah pelindung Siti. Abang juga pemimpin Siti ke syurga," balas Siti.

           Fahmi tersenyum. "Dah lah, jom masuk," ujar Fahmi. Siti hanya mengangguk.

           

         

Abangku,Suamiku! (Raya) Место, где живут истории. Откройте их для себя