Bab 1

13.9K 267 5
                                    

"Abang,bangun. Hari ni kan hari pertama puasa. Bangun la cepat. Sahur," kata Alisya.


Irfan masih lena dibuai mimpi. Alisya menggeleng. Anak dengan ayah sama sahaja.

"Abang,bangun la. Nanti terlepas sahur," kata Alisya lagi. Irfan masih tidur.

Alisya mendekatkan mukanya dengan muka Irfan. Dia mengucup bibir Irfan sekilas.

Mata Irfan terbuka luas. "Bangun pun," kata Alisya. Pipinya sudah berona merah akibat malu mencium bibir Irfan tadi.

"Good morning red rose, ucap Irfan sambil memegang tangan Alisya.

"Good morning hubby,"balas Alisya. "Dah,pergi mandi. Sya nak kejutkan Hayqal kejap," kata Alisya.

Baru sahaja Alisya ingin keluar, Irfan menarik tubuh Alisya ke dalam dakapannya.

"Abang,cepat la mandi. Nanti tak sempat nak sahur," kata Alisya. Irfan meleraikan pelukan. Tangannya masih dipinggang Alisya.

"Sayang dah mandi?" tanya Irfan. "Dah la. Tak nampak ke rambut Sya basah ni?" jawab Alisya.

"Oh,ingatkan tak mandi lagi. Baru je nak ajak mandi," usik Irfan. "Dah la,pergi mandi. Sya nak kejutkan Hayqal," kata Alisya.

Irfan pun meleraikan pelukan di pinggang Alisya. Alisya keluar dari bilik mereka dan menuju ke arah bilik anak mereka iaitu Hayqal.

***

"Mama masak apa tu?" tanya Hayqal yang baru melabuhkan punggung di kerusi yang berada di meja makan.

"Nasi goreng sardin. Qal kan suka makan nasi goreng sardin," jawab Alisya sambil mencedokkan nasi goreng sardin ke dalam pinggan Hayqal.

"Yeay!!! Hari ni sahur makan nasi goreng sardin!" ujar Hayqal teruja. Alisya hanya tersenyum.

"Papa mana?" tanya Alisya. "Tengah bersiap kot," jawab Hayqal. Alisya hanya mengangguk.

"Lepas sahur ambil wudhuk ye sayang. Kita solat Subuh sama-sama," kata Alisya. "Baik mama," balas Hayqal.

Alisya menuang air susu ke dalam cawan Hayqal. Tiba-tiba pinggangnya dirangkul dari belakang. Alisya hanya membiarkan. Siapa lagi kalau bukan encik suami yang memeluknya.

"Wangi la sayang ni," puji Irfan sambil menghidu rambut Alisya. "Papa ni macam budak-budak la. Rambut mama pun nak bau," tegur Hayqal yang dari tadi memerhatikan mama dan papanya.

Irfan tersengih. Malu pula apabila di tegur oleh anaknya sendiri. Dah la anaknya baru berumur 5 tahun. Pandai sangat bercakap mengalahkan orang tua.

Alisya sudah tersenyum melihat Irfan malu. "Comel lah kalau abang malu," bisik Alisya di telinga Irfan. Irfan melabuhkan punggung di kerusi makan. Alisya juga melabuhkan punggung di sebelah Irfan.

"Sempat lagi perli abang ye. Tunggu lah malam ni," bisik Irfan di telinga Alisya. Alisya hanya tersenyum.

"Kenapa mama dengan papa berbisik? Tak nak share dengan Qal ke? Teacher kata sharing is caring," sampuk Hayqal.

Alisya dan Irfan saling berpandangan. Mereka ketawa kecil. Tak sangka yang anak mereka terlalu bijak. Sampai bahasa inggeris pun pandai tutur. Baru 5 tahun. Macam mana bila dah 15 tahun?

***

Selesai sahaja Irfan,Alisya dan Hayqal menunaikan solat Subuh berjemaah, Irfan pergi ke pejabatnya seperti biasa.

"Qal,mama tunggu kat dalam kereta. Cepat sikit pakai kasut," kata Alisya. "Baik mama," jawab Hayqal.

Selesai sahaja Hayqal memakai kasut sekolahnya,dia masuk ke dalam perut kereta.

Alisya memandu keretanya menuju ke tadika anaknya.

Setelah setengah jam perjalanan, akhirnya sampai juga Alisya di tadika Hayqal.

"Dah sampai tadika Qal," kata Alisya. Alisya memberhentikan kereta audi nya di depan pagar tadika anaknya.

Hayqal menyalam tangan Alisya. "Belajar elok-elok ye Qal. Jangan gaduh dengan kawan-kawan. Hormat cikgu," nasihat Alisya.

"Okey mama," balas Hayqal. Hayqal keluar dari kereta audi milik mamanya lalu masuk ke dalam tadika. Dia melambai tangan ke arah Alisya. Alisya membalas juga. Alisya memandu keretanya menuju ke arah hospital tempat dia bekerja. Alisya sudah menjadi seorang doktor.

****************

Assalamualaikum dan hai semua!! Akhirnya dapat jgk saya published story ni. Saya nak bagitahu sesuatu. Kepada sesiapa yang belum baca 'Abangku,Suamiku!', saya sarankan supaya korang baca story tu terlebih dahulu sebelum baca story ni. Saya takut korang tak faham jalan cerita ni. Tapi kalau korang tak nak,saya tak kisah. Saya tak paksa pun. Saya cuma tak nak korang pening kepala baca story ni.. Itu ja yang saya nak bagitahu..Oh ya, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya.. Semoga korang semua gembira di samping keluarga.. Maafkan saya kalau saya ada buat salah.. Okey itu saja..bye semua!!!

Abangku,Suamiku! (Raya) Where stories live. Discover now