"Aku suka kau Fazziq Mukhlish!" Tempik Hani sekuat hati. Dia mahu lepaskan segala bebenan yang membebankan jiwanya. Biarlah burung-burung yang lalu-lalang ini menganggap dia emo melebih. Asalkan selepas ini segala perasaan yang dikunci senyap dalam hatinya akan terbebas.

"Kenapa kau tak nampak aku? Susah sangat ke kau nak teka perasaan aku ni? Aku melekat dengan kau 24 jam kot?! Kalau kau masih tak perasan lagi kewujudan aku, memang kaulah lelaki paling bodoh kat dunia ni!"

"Aku sayang kau lebih daripada seorang kawan. Aku tak pernah letak kau dalam list lelaki yang aku akan friendzonekan. Tapi kau? Kau friendzonekan aku? Friendzone?! Heh. Kau memang kawan yang tak guna. Aku benci kau! Aku 2 kali 100 benci kau, Fazziq!" Dengan segala khudrat suara yang ada, Hani melempiaskan segala amarahnya pada langit. Pipinya yang sudah dihujani air mata, disapu kasar.

"Woi, kau boleh diam tak?"

Teguran satu suara garau, mengejutkan Hani. Dia berpaling.

Apabila matanya menyapa tubuh seorang lelaki yang sedang berbaring di atas lantai, serta-merta bulu romanya menegak. Matanya pula menjadi bulat. Bila masa pula ada manusia kat sini?

'Alamak! Dia dah dengar ke segala apa yang aku dah cakap?' Tanya Hani pada diri sendiri. Tak payah tanya Hani, memang dia dah dengar semuanya.

Lelaki itu bangun sambil menyapu kasar rambutnya. Stress agaknya tidur diganggu. Rambut lelaki tersebut yang pada mulanya terpacak cantik hampir hancur akibat sapuan kasar tuannya sendiri.

Hani menyepetkan mata. Kejap. Hmm... macam kenal. Tapi kat mana, ya?

Lelaki itu berjalan mendekati Hani. Apabila dirinya sudah berada pada jarak yang dekat dengan gadis itu, dia merenung pula wajahnya.

Hani menahan nafas. Entah? Hani sendiri pun tak tahu kenapa dia tahan nafasnya.

"Cengeng!" Tuduh si lelaki dengan muka yang menyeru penampar Hani.

Selepas mengucapkan satu patah perkataan tersebut, lelaki itu terus menuju ke arah pintu lalu membukanya dan beredar.

Hani terkesima. Wow! Selepas melihat perilaku lelaki itu, Hani baru tahu apa itu kurang ajar.

👑 ✨ 👑 ✨ 👑

Tik Tok Tik Tok Tik Tok

Jam di dinding bilik Hani terus berdetak. Kaki Hani juga terus berjalan. Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku u u...

Author, seriuslah sikit!

Hehe... Sorry. Sorry. Kat mana tadi? Oh, jam!

Bunyi jam dinding bersilih ganti dengan bunyi bilah kipas siling. Hani merenung buku latihan addmathnya tanpa ada tanda-tanda untuk pen mendarat di atasnya. Situasi ini menandakan bahawa otak gadis itu sudah mencapai ke tahap takat beku.

Hani menggaru kasar rambutnya. Inilah hasilnya bila cikgu tengah mengajar otaknya asyik menerawang ke alam lain. Dan orang yang harus dipersalahkan sekarang adalah Fazziq!

Disebabkan kata-kata lelaki itu, fikiran Hani asyik terganggu. Sampaikan ketika belajar pun, muka Fazziq yang menjadi penghias muka depan buku teks. Nasib baik muka cikgu sekali tak bertukar jadi Fazziq.

"Hani! Tak tidur lagi ke? Dah lewat ni!" Laung Kak Yani dari luar bilik.

Hani membalikkan mata. Hish... kakak aku ni. Baru pukul 11 kot? Chill la...

"Ya... Hani taulah!" Balas Hani dengan nada suara yang tinggi. Kalau Kak Yani tak dengar apa yang dia cakap ni, dah boleh dah buang telinga dia tu buat perhiasan.

"Mampus kau lah!" kata Hani sambil menutup buku dengan momentum tambahan. Bergegar meja dibuatnya. Dia sudah malas mahu menghadap masalah-masalah yang hanya tahu menyesakkan otaknya.

Hani berjalan ke arah beg sekolah untuk menyimpan segala buku-buku. Ketika dia membuka zip beg, dia ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya. Benda itu dikeluarkan dari beg.

"Dreamcatcher yang Auntie Jennie bagi petang semalam. Hmm... kena gantung ke benda alah ni?" Hani bercakap sendiri sambil membelek-belek Dreamcatcher tersebut.

Hani bingkas bangun dan berjalan ke arah tingkap. Kemudian, dia menggantung Dreamcatcher pada paku yang berada di tepi tingkap.

Ketika Hani menggantungnya, Hani teringat pesan Auntie Jennie sebelum dia beredar kelmarin.

"Bila Hani dah mulakan kisah Hani, Hani tak boleh berhenti. Tapi, Hani mesti tamatkan. Faham?"

Hani tidak tahu maksud yang tersirat pesanan wanita itu. Jadi, Hani tak ambil kisah sangat. Biarlah. Bukan penting sangat pun. Dia menggantung pemberian Auntie Jennie itu pun, sebab cantik baginya.

Hani mencari suis lampu untuk memadamkan lampu. Sekilas lampu terpadam, Hani mencari katil lalu direbahkan badannya dengan gaya terjunan Pandelela Rinong.

Ketika Hani sudah berlabuh ke alam mimpi, sebutir daripada permata yang menghiasi Dreamcatcher bersinar apabila ia berselisih dengan cahaya bulan.

🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶

Don't forget to share, vote and comment! <3

Putera MimpiWhere stories live. Discover now