。 •́ ❥ ( 01 ) ❥ •̀ 。

Start from the beginning
                                    

Namun rahangnya di cengkam oleh Eiden. Mengigil dia takut, tubir mata mula bertakung.

"Aku dah melampau?" Makin kuat cengkaman Eiden di rahang perempuan itu.

Tersentak tubuh Eiden apabila tubuhnya di tolak kuat dan pipinya terasa sengal kerana Zac menumbuknya.

"Berani kau sentuh dia!" Marah Zac apabila selamba badak Eiden mencekik girlfriendnya.

Serta merta mata Eiden merah. Dia memandang Zac dengan amarah yang memuncak. Cukuplah dia bersabar.

Eiden menumbuk muka Zac sehingga terbaring akibat tak tertahan dengan tumbukan padu Eiden. Habis bibirnya pecah di kerjakan oleh Eiden. Eiden menyepak perut lelaki tu sampai hatinya puas. Kalau boleh biar sampai mati!

Fuck! Shit!

"Eid! Enough Eid!" Lengan Eiden ditarik kuat sehingga badannya terdorong kebelakang. Matanya tajam memerhati muka Zac, walaupun mukanya penuh dengan darah namun ia belum lagi meredakan lagi kemarahan Eiden yang membuak. Sempat wajah Zac di ludahnya dengan penuh jijik.

"Last warning, sekali lagi kau cari pasal dengan aku. Memang mati kau lepas ni.. Setakat kau punya slut tu kau ingat aku hadap ke bodoh? Otak letak dekat lutut, nak cari awek pun tengok sikit perangai sial dia macam mana.. Bodoh jadi lelaki macam ni, buta!"

Eiden tuturkan ayat tu dengan suara yang perlahan kerana tengah menahan amarah. Jelas di mata Zac tu menahan marah sekaligus takut.

"Dah jom Eid, nanti dekan datang mampus kau nanti," William menarik Eiden dari tempat yang sudah menjadi tumpuan pelajar di situ. Takut dekan masuk campur.

Eiden tersenyum sinis,

Setakat si tua tu, aku boleh handle lah. Bukan susah pun. Dah banyak kali aku keluar masuk bilik dia. Still same, tak pernah lagi dia nak buang aku dari kolej ni. Huh, sebab dekan bodoh tu takut dengan family aku.

"Chill sudahlah, aku okay je lah Will. Setakat si tua tu, kecil punya hal lah." Eiden berlagak slamber dan mengapai begnya yang sudah tercampak jatuh akibat pergaduhan tadi.

"Masalahnya kau bermasalah tahu tak? Cuma kau kawal sikit panas baran kau tu. Pantang orang usik sikit mulalah kau melenting tak tentu pasal." Bebel William tanpa henti.

Eiden mengetap giginya geram,

Ikutkan hati nak jer aku pecahkan mulut mamat sebelah aku ni. Memekak! Nasib fikir member, kalau tak aku rasa dah mampus rasanya member aku ni.

Eiden menjeling William yang masih 'berceramah' tentang perangai dia.

"Masalahnya orang yang usik aku tu bodoh! Sebab perempuan berani dia sentuh aku?!"

Terus terdiam William dibuatnya dan laju kaki Eiden menuju ke superbike.

Baliklah! Apa lagi?!

Memasing tak puas hati sebab aku jenis panas baran. Dah perangai aku macam ni, kau nak buat apa lagi? Nobody cant changed me.

Berdesup superbike Eiden membelah jalan. Dia pulas sehabisnya. Lantaklah apa nak jadi. Memikirkan pasal tadi memang buatkan dia angin satu badan sekarang ni.

Masuk saja bahagian selekoh, segera Eiden menekan brek apabila tiba - tiba saja ada perempuan melintas jalan. Hampir saja dia nak bunuh orang.

Memang kalau ikutkan nafsunya sekarang memang rasa nak bunuh orang sebab nak lepaskan dia punya geram.

Terus mata Eiden menikam memandang perempuan itu. Mukanya jelas terkejut dan masih terkaku di hadapan superbike Eiden. Sedikit pun dia tak berganjak. Tak sangka yang dia hampir mati di langgar.

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now