"Suka hati kaulah kau nak cakap apa. Biar aku je tau , siapa yang salah siapa tidak. Suatu hari nanti , aku yakin kau akan melutut juga dekat perempuan tu minta maaf."

Terus Jimin mengaturkan langkah untuk keluar dari bilik Rachel. Tidak mahu membesarkan lagi cerita , buat gaduh je. Dia bukannya selalu berjumpa dengan Rachel , asal jumpa je gaduh penatlah macam ni. Sempat Jimin menoleh semula memandang Rachel.

"Rachel... duit bukan segalanya dan takdir memang dah tertulis. Kalau kau kerja sampai mati pun tapi tak dapat kebahagian dekat atas dunia ni, baik tak payah. Ingat pesan abang, Rachel Park."

Bam.

Pintu terus tertutup rapat.

•••

"Okay , Cik Rachel dengar sini , saya nak cakap yang saya tak suka cara awak. Awak kenalah layan saya macam-- Tak! Tak!" Taehyung mengusutkan rambutnya apabila ayatnya yang sudah dia sediakan untuk berbicara dengan Rachel tak kena langsung!

Punggungnya dihempaskan ke sofa lalu dia mengeluh kesal. Mata mengerling ke arah makanan yang terhidang di atas meja makannya.

"Lepas mandi buatkan makan malam untuk saya. Makcik Lee cuti anak dia sakit. Saya lapar. Saya tak reti masak."

Taehyung sekali lagi mengeluh kesal apabila mengingati lagi pengakuan Rachel pada malam pertama perkahwinan mereka. Dalam marah pun , dia masih risaukan Rachel jika balik kerja lapar tak makan , sebab tu dia masih masakkan Rachel makan malam. Perlahan Taehyung mengalihkan pandangannya pada jam di dinding pula.

"Dah nak pukul 9 , lambat sangat ke dia balik ? Dia sibuk sangat ke ? Apa yang sibuk sangat dekat tempat kerja tu ?" Taehyung memeluk tubuhnya geram dan mendengus geram.

Dia akam tunggu juga sampai perempuan yang bernama Rachel Park tu balik. Tak cukup dengan duduk , Taehyung memundar-mandir ke kiri dan ke kanan di hadapan pintu Villa tersebut.

10:12 p.m.

"Ha ye mak , Rachel dah tidur dah. Tae dengan dia ok je. Yelah , Rachel penat balik kerja tadi."

"Erm baguslah. Kamu tak kerja ke Tae? Mak lupa nak tanya masa Tae datang rumah pagi tadi. Sebab selalu pagi-pagi lagi Tae dah pergi kerja."

"Eh... errr... ke-kerja mak. Tapi Tae amik cuti 3 bulan." Tergagap-gagap Taehyung menjawab. Yelah , mak dia taktau perkara sebenar. Kalau tau , masaklah dia kena balun.

"Kenapa lama sangat?"

"Alah , ingat nak pergi honeymoon dengan Rachel. Tapi Rachel kerja ni, nak tunggu bila dia boleh cuti. Urm , takpelah mak. Tae ngantuk ni. Nanti kita berbual lagi. Annyeong!"

Taehyung terus mematikan talian telefonya tidak mahu maknya bertanya macam-macam. Dia mengeluh lega setelah perbualannya bersama mak tersayang akhirnya tamat. Pantas Taehyung memandang ke arah jam sekilas. Dia merengus kasar.

"Perempuan ni taknak balik ke?" Sekali lagi Taehyung merengus kasar , geram.

Taehyung mencapai remote tv lalu menghidupkan tv. Baik dia tengok televisyen sekejap dari memikirkan Rachel.

11: 55 p.m.

Taehyung menguis-nguis makanan yang dia masakkan untuk Rachel , makanan tu telah sejuk kerana dibiarkan lama sangat. Perlahan dia menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya.

"Baik aku je yang makan. Dia tak baliklah tu." Gumam Taehyung dengan nada yang kecewa. Makanan itu disuapkan lagi ke dalam mulutnya.

Gruhhh.

Taehyung menolehkan matanya pada tingkap Villa besar itu , bunyi guruh di luar mula kuat kedengaran bersama air hujan yang mula membasahi tanah secara perlahan sebelum ianya lebat. Taehyung mengeluh seketika.

"Kalau dia tak balik dia tidur mana?" Taehyung melangkah ke sofa lemah lalu menghempapkan punggungnya ke atas sofa tersebut.

Dia berbaring pada sofa itu dengan melapikkan lengannya. Perlahan matanya tertutup.

1.00 a.m.

Krek.

"Ha! Cik Rachel! Ingatkan taknak balik!" Taehyung terus bangun secara tiba-tiba apabila bunyi pintu terbuka.

Dia bukan tidur pun , tak boleh tidur sibuk memikirkan Rachel. Matanya dikesat-kesatkan dan terus mendekati Rachel yang sedikit basah akibat hujan.

"Awak ingat awak boleh balik pukul berapa yang awak suka ke? Saya tak suka dengan-- Cik Rachel? Awak mabuk ke?" Taehyung menutup hidungnya apabila bau alkohol kuat datang dari Rachel.

Rachel terus menolak Taehyung. Dia berjalan terhuyung-hayang naik tangga untuk ke biliknya. Taehyung mengetapkan bibirnya. Pintu yang dibiarkan terbuka ditutupnya sebelum dia mengejar Rachel yang sudah jauh ke depan.

"Awak basah ni. Sekurang-kurangnya tukarlah baju dulu , nanti demam." Taehyung menahan Rachel dari terus mendaki tangga untuk ke bilik.

Rachel mengangjat wajahnya memandang Taehyung. Dia tertawa kecil lalu menutup matanya. Perlahan badannya ingin rebah. Dengan mata yang membesar , Taehyung terus menyambut Rachel. Dia merengus kasar sebelum mengangkat Rachel untuk ke bilik.

Tubuh Rachel diletakkan di atas katil Rachel dengan berhati-hati. Perlahan mata Rachel kembali terbuka dan memandang Taehyung. Dia tertawa kecil sekali lagi , sebelah tangannya diangkat lalu ingin memegang Taehyung. Namun tidak sempat dia ingin melekapkan tangannya pada pipi Taehyung , Taehyung sudah memegang tangan Rachel seakan menahan perempuan itu untuk menyentuhnya.

Taehyung menarik nafasnya dalam. Kejadiannya bersama Rachel saat di dalam kereta polis kembali menerjah ke dalam mindanya. Dia tersenyun nipis memandang Rachel yang masih setia memandangnya dengan mata yang kuyu.

"Sebelum ni mesti awak dah banyak kali mabuk , jadi dah berapa kali awak goda orang Cik Rachel. Saya orang yang ke berapa?" Perlahan saja pertuturan Taehyung.

Rachel menarik tangannya kasar bagi merespon pertanyaan Taehyung. Dia menutup matanya rapat dan kembali tertawa kecil.

"Abang aku cakap , takdir memang dah tertulis. Jadi kau..." Rachel menolak-nolak bahu Taehyung membuatkan Taehyung terkaku sebentar , terkejut seketika dengan percakapan Rachel yang dah berubah menjadi kasar.

"... Jadi kau kenalah terima aku. Kalau tak kau boleh tinggalkan aku. Kalau tu boleh buat kau happy." Rachel tertawa sekali lagi. Lalu dia menutup matanya menggunakan lengan.

Taehyung mengeluh kesal.

•••

[√] Suami Mithali ° kth Место, где живут истории. Откройте их для себя