47%

474 35 17
                                    

Aku menuruni anak tangga dengan cermat. Terdapat banyak bunga di atas meja itu.

"Bunga dari siapa ni? " aku bertanya Yeri yang sibuk menonton televisyen di ruang tamu itu.

"Entah!  Aku tadi keluar pergi beli makanan aku sampai-sampai sahaja dah ada bunga di depan pintu bilik siap ada nama kau lagi" jawab Yeri sambil menekan anak punat televisyen itu.

Aku terus membelek bunga itu. Bunga Ros putih dan merah di satukan menjadi bunga yang cantik bila tersusun di dalam satu plastik itu.

Aku terus membuka kad ucapan yang elok terselik di dalam bunga itu.

Dear Sweetie,

Have a nice day and i wish that i could to see you one day

From ,
Someone

Someone mana ni?  Siap mention nak jumpa aku suatu hari nanti dah kenapa Mamat ni?

Aku terus membuang kad ucapan itu ke dalam tong sampah. Bunga itu aku letakkan ke dalam pasu bunga yang kosong itu.

"Yeri aku nak keluar nak pesan apa-apa tak? "

Yeri menggeleng laju. "Tak nak lah aku dah kenyang " aku terus mengangguk. "Ok see you later" kasut tumit tinggi itu terus aku sarung.

Aku membetulkan kot di badan ini. Cuaca di Korea ini semakin tidak menentu. Sekejap ok sekejap tak. Aish aku orang malaysia manalah tahan cuaca-cuaca macam ini.

Aku berjalan di sekitar kawasan taman itu. Ramai orang berjalan-jalan ketika itu. Seronok melihatnya.

Mata ku pada ketika itu tertumpu pada sebuah gerai yang menjual buah-buahan itu. " annyeong ahjumma!  Boleh bagi saya buah-buahan campuran itu? " ahjumma itu segera mengangguk lalu diletakkan semua buah yang aku mahukan itu.

Terlihat ada sebotol asam di situ, lantas aku mencapai nya. Ahjumma yang melihat aku meletakkan banyak asam di buah itu terus bertanya "anak kamu tahan ke masam-masam makan dengan buah yang manis itu? "

Aku terus mengangguk. "Tahan kenapa ahjumma? " ahjumma itu tersenyum nipis. "Selalunya orang yang kuat makan masam ni orang tengah mengandung " kunyahan buah di dalam mulutku terhenti seketika.

'Mengandung? '

Aku terus meminta diri beredar dari kedai buah itu. Aku berjalan menuju ke tasik yang berhampiran itu.

Perut aku pegang. Ahjumma cakap kalau orang kuat makan masam mengandung? 

Kalau aku mengandung bila masa aku buat benda tu?

Jangan kata masa tu....

Aku dah buat benda terkutuk tu?

Air mata menitis dari kelopak mataku. Tak tak mungkin!  Aku percaya aku tak mengandung!  Semua ni cuma mimpi!

Aku terus bangun untuk beredar dari situ. Sedang aku berjalan,

Aku tidak sedar yang aku telah terlanggar seseorang.

"Argh!  Mianhae! Saya tak sengaja! " aku meminta maaf padanya.

Lelaki yang aku telah langgar memandang tepat ke arah aku. Kakiku sudah menggeletar. Seram aih dia pandang aku macam itu!

"Ayra? "

Eh?  Aku menggaru kepalaku.

"Macam mana awak tahu nama saya? "

Lelaki itu tertawa kecil melihat aku kebingungan itu. Dia terus menanggalkan mask hitam di mukannya.

Tetapi belum sempat aku melihatnya,mataku menjadi kabur.

Tubuhku terus rebah di atas tanah itu. Lelaki itu terus mencampak mask nya dan terus mengangkat tubuhku.

Aku sempat melihat wajahnya dalam keadaan aku lemah itu.

Aku tak buta kan?

Betul ke orangnya?

Orang yang berjaya mentahta hati aku bertahun-tahun itu?

Nam Joon?

Yeah! Author janji author akan siapkan new chap cepat-cepat okHeheh mian lambat update 🙇

[EDIT] IN LOVE WITH A PSYCHO || 사이코와 사랑에 빠졌어Where stories live. Discover now