Haq terangguk-angguk kepala. Dia mengiring arah Danial. '' jadi biarkan saya pula yang.... will not leaving her even in one second. Saya nak ada dengan dia seperti mana dia selalu ada dengan saya. '' ucapnya nada serius.

Danial berpaling, bersama berlaga pandangan. Cuma bezanya, Haq hanya pandangan kosong manakala Danial pandangan tajamnya.

'' she's don't need anybody. Kalau kau nak tahu dia tak suka susahkan orang, kalau Suri tahu kau nak susah kan diri kau mesti Suri menghalang. ''

Haq senyum nipis. '' then it's mean she's don't need you too? ''

Danial terdiam. Membara hatinya. Mendengus Danial bangun.

'' beside.... saya tak rasa pun menyusahkan dengan berada di sisi orang yang penting untuk saya doktor Danial. ''

Danial berdiri kaku. Tak membalas dan tak melawan. Mungkin dia perlu menerima kehadiran Haq dalam hati Suri. Mungkin Suri cuma hadir untuk menjentik hatinya buat seketika, bukan untuk dia miliki sepenuhnya.

'' kau boleh teman Suri tapi kau jangan susahkan dia. '' kata akhirnya sebelum kakinya melangkah pergi.

'' I won't . '' ucapnya perlahan walau tiada siapa yang mendengar kecuali dirinya sendiri.



           PINTU dikuak perlahan supaya tak menganggu tidur yang lena. Plastik berisi makanan di letak atas meja tepi katil. Haq tersenyum mengingat kesungguhan maknya memasak makanan sihat untuk Suri bila tahu dia nak menjengguk Suri pagi ni.

Haq menyelak sedikit langsir bilik agar biar ada cahaya yang masuk, tapi bukaannya hanya kecil supaya silauanya tak menganggu lena Suri.

Dia menghampiri Suri, sebelum punggungnya berlabuh dia memerhati sekeliling apa lagi yang perlu dia buat untuk memastikan keselesaan Suri.  Selepas memastikan tiada apa lagi yang perlu dia betulkan dia duduk menarik terus kerusi rapat ke sisi katil Suri.

Dia membetulkan selimut Suri sehingga ke dada tapi dengan berhati-hati agar tidak menyentuh dada Suri.

Selepas berpuas hati dia bersandar dan memerhati Suri. Tak tahu apa yang perlu dia lakukan sebenarnya. Dia tiada skill menjaga orang sakit ataupun mungkin ada tapi dia lupa. Mungkin lah.

'' you know Suri, you look more gorgeous when you sleep? ''

Haq ketawa sendiri. Dia mengaru kepala sendiri. Perlu ke dia cakap perkara tu. Sudahnya dia diam saja merenung Suri.


'' awak kena bangun Haq ramai orang tunggu awak, ''

Badanya di tarik ke depan. Tangan bersilang atas katil Suri.

'' apa yang awak buat untuk buat saya sedar semula? Whats a miracle do you have? ''

Akhirnya Haq bersandar semula ke kerusi, melihat nyenyak Suri tidur kesian pula nak menganggunya.


          SURI terjaga dari lenanya, terkedip-kedip melihat Haq elok tidur berlapikan lengan di sebelahnya.

Suri tersenyum. '' Haq? '' sidikit mengoyangkan bahu Haq.

Haq terpisat-pisat bangun bila terasa gegaran pada tubuhnya. Sempat dia mengesat di tepi bibirnya.

'' emm awak dah bangun? ''

'' kenapa tidur dekat sini? ''

Haq sengeh dia bersandar pada kerusi. '' mana ada saya tidur, saja pejam mata tunggu awak bangun. '' cuba dia selindungkan benda yang sudah terang lagi bersuluh.

Suri mencebik. '' yelah tu, ''

Haq ketawa geli hati, '' eh awak nak makan? Mesti lapar kan? Mak saya ada masakan bubur sayur untuk awak. '' terus bangun mencapai bekas berisi bubur.

'' makcik? Kenapa makcik tak datang? '' sudah lama dia tak berjumpa dengan mak Haq. Seingatnya last berjumpa beberapa bulan yang lepas sebelum dia tak sedarkan diri.

Haq angkat kepala memandang Suri, '' mak saya ke? Dia nak datang tapi saya yang tak bagi menyibuk je. '' ujarnya bersama tawa halus. Bergurau.

Suri menggeleng kepala. '' tak baik awak ni. ''

Haq menaikan katil Suri pada tahap serdahana dan melapikkan bantal di belakang tubuh Suri. '' selesa tak? '' Suri sekadar mengangguk.

Kemudian Haq mencapai bekas yang berisi bubur dan duduk di birai katil agar senang kerjanya. Suri yang melihat Haq mengacau bubur sayur dengan sudu seperti dapat mengagak apa yang ingin di lakukannya terus mencelah.

'' bak sini biar saya makan sendiri, '' tangannya dihulurkan pada Haq.

Tapi sepi dari Haq, dia abaikan saja permintaan Suri terus sudu yang berisi di sua ke mulut Suri.

'' it's okay selagi saya ada dekat sini just let me treat you like a princess okay. And now open your mouth.. '' pintanya.

Nak tak nak Suri terpaksa mengalah dan membiarkan Haq melayannya

Selagi masa masih ada....


Road to final 😊

Psst, kesian pulak lah sis dgn si danial tu hahaha

Do vote and comment for next update..

Unconscious Love ; suri arissaWhere stories live. Discover now