prolog ; suri arissa

12.7K 346 8
                                    

Unconcious Love ; Suri Arissa
(pertemuan dalam sebuah kemalangan)

⚪⚪⚪

SHREKK!! Bunyi kuat tayar mengesek jalan raya. stereng kereta cuba dipusing ke kanan dengan laju.

Bumm!! Dentuman bunyi perlanggaran yang kuat menyebabkan terpelanting tubuh itu di jalan raya. Sekali lagi bunyi tayar mengesek jalan raya bila kereta di brek secara mengejut.

Tangan yang mengigil dibawa menyentuh dahi yang baru terhantuk pada stereng kereta. Dadanya turun naik menahan nafas yang bergetar. Bibir bergetar beristighfar. Air liur ditelan kelat.

Suri Arissa membuka pintu kereta dan menghampiri satu tubuh yang kejung terbaring di atas jalan raya. Langkahnya menjadi lemah bila melihat aliran darah pekat begitu banyak. Bergetar kakinya ingin mendekati jasad itu.

''Ya Allah,'' Terduduk dia disitu. Tak kuat untuk menghampiri jasad yang kaku itu. Entah masih bernyawa atau tidak. Tanganya mengigil mengambil phone lelaki itu yang terdampar di jalan.


DARI tadi air matanya mengalir tak berhenti. Dilihat saja dua orang polis yang sedang bercakap dengan doktor yang merawat lelaki yang baru dilanggarnya. Sesekali mereka melirik kearah Suri. Dia tak menjangka ini akan terjadi dalam hidupnya. Bagai jatuh ditimpa pula tangga.

''Doktor macam mana dengan anak saya?'' Mereka serentak berpaling pada suara cemas yang bertanya kuat. Kelihatan dua orang tua menghampiri doktor bersama polis.

''Saya harap puan bawa bersabar anak puan dan encik dalam keadaan kritikal, dia banyak kehilangan darah. Dan terdapat darah beku di kepalanya kami terpaksa melakukan pembedahan secepat mungkin. Situasi anak encik dan puan hanya 50-50.''

''Allah, bang anak kita.'' Si suami mengenggam erat si isteri daripada rebah. Kedua-duanya memelukan kekuatan untuk hadapi semua ini.

Suri yang mendengar penerangan doktor terhempap pilu. Rasa bersalah menyelubungi jiwanya.

''Haq Azaril bang! Ya Allah kenapa jadi macam ni!'' Raung si isteri tak dapat terima apa yang terjadi pada anaknya.

Suri bangun menghampiri dua warga emas itu. Phone lelaki itu yang sudah retak dan pecah setia di genggamanya. ''Makcik?''

Perlahan mereka menoleh Suri. ''Kamu siapa?'' Soal mak kepala lelaki yang dikenali dengan nama Haq Azaril itu.

Suri telan liur yang terasa perit. ''Saya.. tak sengaja... langgar anak makcik pakcik. ''Suri menunduk.

''Oh jadi kau yang langgar anak aku sampai jadi macam tu?!'' Terus bertukar suara lembutnya tadi bila dapat tahu gadis dihadapanya menyebabkan anaknya terlantar teruk di hospital.

Suri menggeleng. ''Saya minta maaf, saya tak sengaja makcik.''

''Kau tak sengaja? Kau tengok macam mana keadaan anak aku!'' Lengan Suri ditarik olehnya menghampiri pintu wad yang menempatkan Haq. Dari cermin kecil dipintu mereka dapat melihat Haq dari luar.

Penuh wayar berselirat di tubuh lelaki itu malah tubuhnya hanya kaku tak bergerak. Suri terngangga melepaskan tangisnya.

''Kau tengok apa yang kau dah buat dekat anak aku? Kau nak bunuh dia?!'' Suri hanya membiarkan tubuhnya dipukul oleh makcik itu.

''Kamariah sudah! Benda dah nak jadi, lagipun anak ni tak sengaja.'' Ayah Haq cuba menenangkan isterinya. Dia tahu isterinya sedih, dia juga sedih tapi mereka tak boleh menolak takdir.

''Tak sengaja? Tak Sengaja menyebabkan Haq terlantar macam tu?! Kau pergi, aku tak nak tengok muka kau dekat sini!'' Dia menolak tubuh Suri. Suri hanya kaku disitu.

''Kamariah saya kata sudah!''

Suri tertuduk lemah, sungguh hatinya juga lemah. Baru sehari dia menerima berita duka dalam hidupnya ditimpa pula kejadian malang tak berbau ini. Hati mana yang kuat untuk hadapinya.

''Kau buat apa lagi kat sini, aku kata pergi!'' Sekali tolakan tubuh Suri yang lemah mudah saja terdorong kedepan. Nasib saja kebetulan ada doktor yang lalu sempat menyambut tubuhnya dari jatuh tersembam lantai hospital.

''Puan saya harap puan bersabar, kemalangan ini tak disengajakan. Dalam cctv mendapati anak puan melintas dengan melulu dan dengan bahaya. Kereta yang dipandu laju tak akan sempat untuk mengelak dari berlaku perlanggaran.'' Terang seorang polis yang datang bersama doktor yang menyambut Suri tadi.

Pn. Kamariah menggeleng tak percaya. ''Abang!'' Akhirnya dia jatuh dalam pelukan si suami.

Suri mengetap bibir melihat situasi di depan matanya itu. Dia ingin berlalu pergi dari situ tapi langkahnya hanya setapak cuma bila dia rebah jatuh tak sedarkan diri.

''Ya Allah!''


PERLAHAN matanya dibuka. Dilihat seluruh suasana bilik yang agak sunyi hanya kedengaran bunyi mesin apa ntah.

Dia bangun dari baringan, kakinya terjulur kebawah. Belum sempat kakinya mencecah lantai hospital dia sergah.

''Suri?''

''Doktor,'' Ini doktor tadi yang menyambutnya yang hampir mencium lantai bila ditolak oleh mak Haq.

Haq? Kepalanya berpusing kembali mengingatkan kejadian yang baru berlaku. Kepalanya mula terasa berdenyut kembali. Mukanya terus memberi riaksi dari rasa sakitnya.

''Suri awak jangan banyak bergerak,'' doktor Itu cuba membaringkanya semula.

Suri menepis lembut. ''Haq?''

Doktor Danial tarik nafas sebelum dihembus kembali. ''Dia belum sedar lagi,''

''Saya salah,'' Suri menunduk kepala.

''Suri bukan salah awak. Polis sudah sahkan lelaki itu melintas secara merbahaya.''

Suri menggeleng. ''Tak. Kalau saya tak memandu dalam keadaan emosi tak stabil semua ni tak akan jadi. Saya tak fokus semasa memandu.'' Adunya lemah.

''Takpa lah awak berehat saja, awak pun masih lemah.''

''Saya nak tengok dia.''

Danial menarik nafas melihat kedegilan Suri. ''Baiklah, tapi sekejap.'' Suri hanya menjawab dengan anggukan kepala saja. Laju langkahnya menuju ke bilik menempatkan lelaki yang dilanggarnya.

Hi there do vote and comment my new story; cerita ni sedikit tak masuk akal but nah just read okay!

Unconscious Love ; suri arissaWhere stories live. Discover now