Suri 6

5.1K 210 18
                                    

Sebelum buka puasa layan dulu Unconscious Love ; suri arissa ni ek, happy fasting alls!

Unconscious Love ; suri arissa
( keinginan dia )

⚪⚪⚪

           ''Awak... Haq Azaril?''

Haq tercenggang, berdentum telinga rasanya. Macam mana dia tahu nama aku? Detiknya dalam hati.

''Macam mana kau tahu nama aku?'' Giliran dia pula bersuara.

''Kan saya yang selalu berborak dengan awak tu, awak tak ingat?''

Haq garu kepala. Selang beberapa hari dia tak mendengar suara Suri tiba-tiba muncul satu bayang dalam demensi putih yang dia menetap buat masa ni. Pada padangan mata bayang itu dekat tapi bila dia nak pergi terasa jauh pula dia perlu berjalan untuk sampai pada bayang sehingga dia mengalah untuk mengerja.

''Suara kau yang selalu memekak dalam otak aku?''

''Yelah saya, kadang-kadang mak ayah awak datang berborak dengan awak.''

Yeke? Kenapa aku cuma dengar satu suara saja... dan suara tu yang sedang bercakap dengan dia sekarang ni.

''Siapa nama kau?''

''Suri~''


''Suri!''

''Cik Suri! Doktor, cik Suri!'' Pekik seorang nurse bila terkejut melihat seluruh tubuh Suri yang terbaring tak sedarkan diri itu mengeletar tiba-tiba.

Beep

Beep~

''Nurse panggil doktor Mariah cepat!'' Arah Danial cemas. Cemas melihat keadaan Suri. Doktor Mariah, Doktor yang merawat sakit Suri.

''Baik Doktor.''

''Suri hold on Suri please... don't make me scared,'' Tanganya mengenggam sendiri tak tahan melihat keadaan Suri seperti ini. This not should happen to her!


''Suri kau jangan ikut bayang tu!'' Tegas suara Haq memarahi Suri.

Dia seakan nampak bayang Suri nak ikut satu bayang hitam didepanya. Dia rasa sedap tentang tu, sebab dia pernah hampir melakukan benda yang sama sehingga dia merasakan dirinya melayang-layang jatuh dari tempat yang tinggi sebelum suara Suri membantunya. Macam mana membantunya? Dengan Suri memanggil namanya berulang kali akhirnya dia jatuh semula ke tempat yang sama.

Suri menghiraukannya. Haq mengigit bibir sakit hati. ''Suri aku cakap jangan ikut bayang tu!''

''Saya nak ikut mak saya~'' Sayu saja suaranya.

''Itu bukan mak kau Suri, kau kena bangun kau belum mati!'' Pandai pula Haq cakap macam tu dekat Suri padahal diri sendiri masih tersekat, tak jelas mana tujuannya. Sama ada mati atau masih hidup. Kalau hidup kenapa mindanya masih tidak jaga dari lena?

Suri tersentap! Dia berpusing mencari gema suara Haq sebelum dia melihat satu bayang yang dekat denganya. Mahu digapai bayang tu tapi kenapa tak dapat disentuh bayang tu seolah sengaja bayang itu ditarik menjauhinya.

''Haq~''

''Haq!!'' Mata Suri celik luas.

''Cik Suri bertenang, cik Suri belum pulih sepenuhnya.''

Suri menelan liur yang terasa payau. ''Saya dekat mana?''

Nurse itu senyum. Klise persakit. ''Cik Suri dekat hospital. Cik Suri tak ingat apa yang jadi?''

Unconscious Love ; suri arissaWhere stories live. Discover now