Story 5

181 27 0
                                    

Title: Me Or Her

Cast: Jung Hoseok and Lee Mijoo

Quote: 'I love him. He doesn't know, but it doesn't matter because he loves her'

***

"YAHHHH korang berdua berhenti!!"

Dua insan itu masih terus melarikan diri dari pengawal yang cuba mengejar mereka selama 2 minit tadi.

Tiba di pagar belakang sekolah, hoseok menyuruh mijoo untuk memanjat terlebih dulu. Mijoo hanya menurut kerana memang sudah menjadi kebiasaannya untuk memulakan semua daripada hoseok, si pengecut.

Selepas selesai sesi panjat memanjat, mereka berjaya terlepas dari pengawal itu. Keduanya berlari sekuat tenaga ke arah lorong belakang perumahan.

Ya

Ponteng.

Buat kali ketidakmampuan untuk mengiranya kerana ini bukan kali pertama dan kedua bahkan bukan kali ketiga mereka memonteng.

Mereka memegang kepada prinsip persahabatan mereka. Jika salah seorang dari mereka tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru, maka wajarlah ke atas kedua duanya sekali untuk menanggung risiko bersama.

Dan tadi hoseok tidak menyiapkan tugasan English.

Kata si kuda ini, kerja sekolah mesti disiapkan di sekolah dan bukan di rumah.

"Kita nak kemana?"

"Ikut jel-"

Kata kata hoseok terhenti sebaik sahaja badannya terlanggar seseorang dan menyebabkan dia terduduk di atas tanah merah basah itu. Mijoo melihat orang yang melanggar hoseok.

"Tak nampak jalan ke?" marah mijoo.

Dia membantu sahabatnya untuk bangun. Orang tersebut berkali kali meminta maaf.

"Ish kau ni takpalah. Buka darah pun".

Mijoo memandang hoseok pelik sambil mengangkat sebelah keningnya. Selalu hoseok bukan main marah kalau ada orang langgar badannya. Dan mata mijoo teralih pada orang yang melanggar hoseok sebentar tadi

Ouh.

Patutlah.

Perempuan.

"It's okay. Don't worry. You can go now".

Mijoo menatap jijik sahabatnya. Bukan main berbahasa asing bila dengan perempuan lawa. Tapi tugasan English langsung tak mampu siapkan.

Mijoo berhenti mengelamun apabila sebuah tangan menarik ia ke kedai serbaneka yang berdekatan.

_ME OR HER_

Selang beberapa hari, persekolahan berjalan seperti biasa. Cuma ada sesuatu yang berbeza. Kehadiran seorang pelajar baru di sekolah itu. Dan yang lagi menakjubkan, pelajar itu ialah orang yang langgar hoseok tempoh hari.

Selama pelajar itu bersekolah di sini, dia dilayan seolah-olah seperti tuan puteri. Mijoo sering melihat banyak lelaki yang memandang dan mengikuti pelajar baru itu ke mana saja.

Termasuk sahabatnya.

"Wei kau apahal termenung semacam ni?"

Mijoo mengetuk kepala hoseok apabila melihat dia tidak berhenti menconteng buku sejarah. Hoseok meletakkan pensel semula dan memandang mijoo.

"Weyhhh aku rasa aku suka budak baru tulah.. Asal dia bukan satu kelas dengan kita hah? Huaaa"

Mijoo merampas buku sejarah itu dan mendaratkannya ke atas kepala hoseok. Lelaki itu mengadu kesakitan.

[C] BTSLVLZ SAD FANFICTIONWhere stories live. Discover now