◆Chapter 38◆

5.1K 130 11
                                    

Tubuh kecil Fayyan dipeluk erat selepas kunci kereta diletakkan di atas meja yang berdekatan.Puan Aisyah yang berada di sebelah seperti tidak wujud sahaja.Hatinya terasa sebak apabila kesalahan-kesalahan lalu mula memasuki kembali ruang fikiran .Kesalahan dia menghina Isya,kesalahan dia tidak menjaga Isya dengan baik dan kesalahan dia tidak boleh menjadi suami dan ayah yang baik.

"Alhamdulillah.Ibu happy tengok Sya dapat terima Firash semula."Kata Puan Aisyah selepas dia menghenyakkan punggungnya disebelah anak perempuannya.Mata Isya dikerling memandang ke arah suaminya yang tidak lepas memeluk Fayyan.

"Sya kesiankan dia.Sampai bila Sya nak hukum dia.Lagipun Fayyan perlukan kasih seorang ayah.Tengok tuu.Tak nak turun Fayyan dapat dukung dengan papa dia."Balas Isya sambil tersenyum sedikit.

"Lepasni Sya kena ingat,walau apa pun jadi Sya kena bawak berbincang dengan Firash.Kesiankan Fayyan tuu."Pesan Puan Aisyah.

"Yea bu."

"Sayang,Abang bawak Fayyan naik atas dulu keyh?Macam nak tidur je."Sampuk Firash daripada belakang Isya dan juga Puan Aisyah.Tubuh kecil Fayyan digosok perlahan sambil kepalanya dilentokkan di bahu Firash.
"Okeyh.Nanti Sya naik bawak susu dia."Balas Isya sedikit.

Firash hanya mengangguk sahaja sambil mulutnya tidak berhenti-henti berzikir di telinga kecil Fayyan.

Pintu bilik yang dibuka sedikit itu ditolak perlahan oleh Isya apabila matanya menangkap mata Fayyan yang sudah layu terbaring diatas katilnya sendiri.

"Meh sini.Biar abang susukan dia."Kata Firash sedikit perlahan sambil menghulurkan tangannya meminta botol susu biru laut itu daripada tangan isterinya.

"Tak apa.Biar Sya buatkan.Abang pergilah mandi."

"Bagilah abang buat.Sebelum ni abang tak ada peluang nak buat semua ni."Balas Firash sayu.Isya memandang tepat kedalam mata suaminya,jelas Firash kecewa dengan masa lalunya.Isya nampak itu!

"Siapa suruh buat hal."Bebel Isya sendiri.Mata isterinya dipandang tajam apabila telinganya dapat menangkap jelas apa yang dikatakan Isya itu.

"Sya,betul-betul tak boleh lupa kee apa yang dah jadi sebelum ni?Abang nak kita mulakan hidup baru dengan Fayyan,bukan dengan kesilapan-kesilapan Abang dulu."Balas Firash sedikit perlahan sambil tangannya mengambil botol susu anaknya itu ditangan Isya.

Mata Isya lansung tidak pandangnya.Sedikit pun dia tidak berani.Bila hal lama dibangkitkan dia tidak berani untuk bertentang mata dengan isterinya.Segala kelakuannya sebelum ini bagaikan jelas terpancar didalam mata Isya sendiri.

"Sya mandi dulu."Kata Isya menukar topik.Jujur dia tiada niat untuk mengguris hati suaminya sendiri.

"Abang!"Panggil Isya sebelum kakinya menyentuh jubin lantai bilik airnya.Firash buat-buat tidak dengar sahaja.Memang hatinya meronta-ronta untuk menoleh ke arah isterinya tetapi ada baiknya dia jual mahal sekejap.

"I love you."Sambung Isya.

Firash sudahpun tersenyum sendiri tetapi dia cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan senyuman itu.

"Abang!Dengar tak?I LOVE YOU tau?"Sambung Isya lagi.Kali ini hanya kepalanya sahaja yang nampak di belakang pintu.

"Sejak bila Auffa Aliesya pandai goda bekas playboy ni?Siapa ajar ni?"Firash memberi respon setelah senyuman yang tadinya cuba untuk disembunyikan keluar sendiri.

"Abang Izz."Jawab Isya selamba.Sempat lagi dia menjelirkan lidahnya sebelum pintu bilik air itu tertutup rapat. Baru saja Firash mahu mengejar,Isya sudahpun menutup rapat pintu bilik air itu.

Firash menarik nafas sedalam-dalamnya apabila mendengar suara kecil Isya yang ketawa dapat mengenakan suaminya itu.

Tiba-tiba sahaja nama Izz bermain di benak fikiran Firash.Cemburu dengan lelaki yang bernama Izz?Ya!Sangat Cemburu.Tetapi Dalam diam bersyukur Izz menjaga Isya dan Fayyan untuknya selama 2 tahun ini.Daripada anaknya kecil lagi.Jika tiada Izz siapa lagi mahu membantu?

Encik PlayboyWhere stories live. Discover now