◆Chapter 16◆

4.5K 159 0
                                    

Disebabkan hari ini kelas cancel,Isya mengajak Firash terus pulang kerumah apabila badannya terasa seperti penat sahaja hari ini.Pada mulanya,semua berpakat hendak keluar lepak bersama-sama tetapi Isya memang tidak suka keluar beramai-ramai seperti itu tambahan lagi dengan lelaki kelasnya yang sememangnya separuh tidak senonoh.Jadi penat sahajalah alasannya.

"Ash nak makan apa?Sya boleh masakkan."Tanya Isya sambil kakinya menuruni anak tangga rumahnya menuju ke dapur.Firash yang asyik bermain dengan laptopnya terus menoleh ke arah Isya.

"Ermm apa-apa jee.Tak kisah."Balas Firash lalu kembali menumpukan kembali fokusnya kepada laptop.Isya hanya mengangguk sahaja lalu dia masuk kedapur untuk membuatkan makanan untuk suaminya.

Dia membuka peti ais untuk melihat bahan-bahan yang ada.Apabila dia melihat ayam yang ada didalam peti ais itu,otaknya terus menangkap idea untuk membuat ayam kicap kegemaran Firash.Dia tersenyum sendiri apabila terbayangkan Firash makan apa yang dimasaknya hari ini lagi-lagi lauk kegemarannya.

Setelah bosan bermain dengan laptop,Firash mula hendak bermain dengan isterinya pula.Langkah kakinya diatur perlahan-lahan masuk kedapur lalu dia memeluk tubuh Isya daripada belakang Isya terkejut dengan tindakan Firash sebentar tadi.Jantungnya mula berdegup kencang apabila serapat ini dengan Firash.

"Ash,Sya pegang pisau niee."Kata Isya sambil sengaja menekan kuat pisau itu untuk memotong bawang.

Firash terus melepaskan pelukannya apabila Isya mengugutnya seperti itu.Walaupun pelukan itu sudahpun dilepaskan,Firash masih lagi berdiri rapat dibelakang Isya.

Idea gatal mula bermain di benak fikiran Firash.Satu-satu idea nakal datang kedalam otaknya itu untuk mengenakan Isya.

Pipi Isya dicium lalu dia kembali memeluk Isya daripada belakang.Nak sahaja Isya potong bibir Firash saat ini.Masa bilalah nak serius?

"Ash!Tak payahlah kacau Sya."Marah Isya sambil Cuba melepaskan dirinya daripada pelukan suaminya.Namun gagal.

Firash masih lagi mahu menganggu isterinya,rasanya belum puas menganggu isterinya yang comel ini.Pipi gebu Isya dicium beberapa kali sebelum dia melarikan diri ke biliknya.

"Ash kenapalah suka buat Sya makin jatuh cinta dengan Ash?"
Monolog Isya apabila sekarang ini dia makin sedar bahawa hatinya sudah betul-betul jatuh cinta dengan suaminya sendiri.Semakin lama dia mengenal Firash,semakin itulah hatinya sedikit-sedikit menerima Firash kedalam hidupnyaa.Nama Faiq didalam hatinya kian pudar lama kelamaan.

Niat Firash naik kebilik adalah untuk membersihkan badan apabila badannya terasa panas memandangkan sekarang ini adalah musim panas,tetapi niatnya itu tergendala seketika apabila iphone Isya berbunyi minta diangkat.Firash terus mengambil Iphone Isya yang berada ditepi bantalnya apabila tiada tanda-tanda Isya akan naik untuk menjawab panggilan itu.

Tak pernah terdetik lansung didalam fikirannya bahawa Faiq akan menelefon Isya setelah lama menghilang.Lihat sahaja nama 'Faiq' tertera di skrin Iphone itu,Firash terus men'slide ke kiri menolak panggilan abangnya itu.

"Apa yang kau nak sebenarnya Faiq?Kau nak Isya balik ke?Ataupun kau nak hancurkan hidup aku sebab aku dah rampas Isya dan fitnah kau?"

Apabila memikirkan abangnyaa itu ingin kembali dan merampas Isya daripadanya dia terus rasa tercabar.Tapi dia tahu salahnya juga kerana merampas Isya daripada abangnya itu.Macam tiada perempuan lain di dunia ini,tapi perasaan Firash kepada Isya semakin hari semakin kuat.

"Ash buat apa dengan phone Sya?"Terkejut Firash dibuatnya apabila Isya masuk kedalam bilik itu tanpa dia perasan.Punyalah dia memikirkan pasal Faiq, sampaikan Isya masuk pun dia tidak sedar.

Encik PlayboyWhere stories live. Discover now