◆Chapter 4◆

6K 227 9
                                    

"Firash Aideen Bin Amier."

"Aku nikahkan dikau dengan Auffa Aliesya Binti Arieef dengan mas kahwinya RM 450 tunai."

"Aku terima nikahnya Auffa Aliesya Binti Arieef dengan mas kahwinya RM 450 tunai."

Sah?

"Tak sah!!!"

"Hei Isya,bangun lekas."Aku tersedar daripada mimpi ngeri ku apabila suara ibu lagi pantas memberhentikan mimpiku.Aku melihat di sekeliling.Aku dekat mana?Arghh!Alhamdulillah kau dekat dalam bilik.

"Ha!Yang kamu ni kenapa?Mengigau?"Pehaku di tepuk sedikit kuat oleh ibu apabila aku masih lagi dalam dunia ku sendiri.

"Ibu,Isya belum kahwin lagi dengan dia kan?"Tanyaku sambil memegang tangan ibu ku.Aku melihat reaksi muka ibu nak tergelak pun ada.

"Kamu mimpi apa ni?Dengan siapa pulak kamu ni?Faiq?"

"Tak ibu.Bukan dengan Faiq,tapi dengan.....Arghhhh!!!Ibu tak nak!!"Aku memegang pipi ku lalu menggeleng seperti orang gila.Tawa ibu sudahpun meletus.Aku pun satu,yang over sangat kenapa sehhh?!

"Eh dah dah!Melayan kamu punya meroyan,ibu tak masaklah jawabnya.Bangun cepat.Isya kata ada kelas kan pukul 2 ni?"Aduhmakk!Lupa pulak.Mimpi ngeri tu punya pasal lah!

"Baru pukul 1:15."Kata ku apabila mataku mencari-cari jam di bilik ku.Mataku ingin sahaja ku lelapkan kembali selepas ibu keluar.Adehh!Penat gilosss!

"What?!!Aduhmakk!!Lambatlah aku macam ni."Jeritku seorang diri apabila aku baru tersedar hanya tinggal berapa puluh minit sahaja untuk pukul 2.

Aku terus mengambil tuala yang disangkut dan berlari masuk kedalam bilik air.Aishh!Tak boleh jadi ni.Mandi je lah macam mana pun.Tak sempat dah aku nak buat 'konsert' macam biasa.

Tepat pukul 1:25 aku siap mandi dan terus mengemas barang-barang ku.Masuk je lah apa yang ada.Aku menempek kan sedikit bedak dimuka ku.

Selepas aku melilitkan shawl kuning dikepala aku terus turun kebawah.Aku memang suka pakai shawl.Jadi jangan peliklah aku selalu pakai shawl.

"Isya,marilah makan dulu."Pelawa ayahku apabila aku berlari turun kebawah dengan tergesa-gesa.Nasiblah aku tak jatuh macam nangka busuk!

"Tak apalah ayah.Isya dah lambat ni.Assalamualaikum."Aku terus berlari keluar pula setelah selesai menyalam tangan kedua-dua ibu bapaku.Kuruslah aku kalau macam ni hari-hari.

Aduhmakk!!

Apasal lah pulak dengan kereta ni?Kenapa lah nak buat hal dengan aku.Dah lah hari ada kelas.Macam mana ni?Sabar Isya!!Cuba lagi.Ishhh!!Masalah.

"Ayahh!!!Tolong hantarkan Isya boleh tak?Kereta Isya rosaklah pulak."Jeritku dari luar.

"Sekejaplah.Ayah nak makan."Alaaa ayah ni,ada masa pulak nak makan.Aduh!Nak tak nak tunggu je lah.

Tidak lama selepas itu,ayahku keluar dan terus menghantarku ke uni.Di dalam kereta,jam ditangan lah yang paling kerap aku tengok.Setiap detik aku tengok.Punya lah aku takut lambat.Tapi,tinggal lagi 8 minit.Memang lambatlah alamatnya.Kali ni aku redha ja lah.

"Bye ayah.Thanks tau tolong hantarkan Isya.Assalamualaikum.Sayang ayah!!"Sempat lagi aku menghadiahkan ayahku flying kiss.Muka ayah dah tahan gelak.Hadehhh!

Encik PlayboyWhere stories live. Discover now