◆Chapter 24◆

6.8K 147 12
                                    

Entah kenapa malam ini Firash rasa tidak tenang.Walaupun jam menunjukkan pukul 12 malam tetapi mata Firash masih lagi segar walaupun sudah beberapa kali dia cuba untuk melelapkan matanya.Yani disebelahnya sudahpun tidur dibuai mimpi indah tetapi dia?Tiba-tiba sahaja rasa rindunya kepada Isya membuak-buak sahaja.Kenapa baru hari ini dia rasakan rindu itu?Dia juga tidak faham dengan perasaannya itu.

Badannya dipusing beberapa kali,sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.Firash memandang kesebelah lalu melihat Yani masih lagi tidur dan dia mengambil kesempatan itu untuk berpindah ke bilik Isya.

Dia sungguh bersyukur disaat dia rindukan Isya,pintu bilik itu tidak dikunci.Biasanya pintu bilik itu dikunci selepas apa yang terjadi sebelum ini.Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu itu lalu dia kembali menutup pintu bilik itu perlahan-lahan.

Rasa kasihan mula timbul di hati kecil Firash apabila melihat Isya yang sedang tidur ditemani dengan foto kahwin mereka berdua.Foto itu setia ditangan Isya.Sejujurnya Isya juga susah sangat hendak tidur apabila ketiadaan Firash disebelah.Dia betul-betul rindukan lelaki itu.Dia rindukan wangian Firash yang sentiasa menemani setiap malamnya.Dia rindukan semua itu tetapi sayangnya itu semua sudahpun menjadi milik Yani.

"Kenapa aku seksa dia macamni?Apa salah dia dekat aku sampaikan aku biarkan dia keseorangan macamni?"Monolog Firash sebelum dia menghenyakkan badannya disebelah Isya.Foto mereka bersama diletakkan ditepi.

Wajah cantik Isya menjadi tatapannya.Isya lah perempuan yang paling cantik baginya dan bagi dia Isya cukup sempurna untuknya.Walaupun bermacam-macam dia lakukan untuk menyakiti hati Isya tetapi Isya tetap memanggilnya dengan panggilan 'abang'.

Tangan Isya diambilnya lalu diletakkan dibawah pipinya.Ya,dia betul-betul rindukan tangan Isya yang sentiasa menjadi bantal disetiap malamnya itu.

Perlahan-lahan dia terlelap disebelah Isya dengan berbantalkan tangan lembut Isya.Mungkin sahaja malam ini dia susah untuk melelapkan matanya kerana hatinya asyik memikirkan tentang Isya.

Nasib sahaja pagi itu Firash bangun sedikit awal daripada Isya,jika tidak pasti sudah kantoi dia bersama dengan Isya malam tadi.Firash terus keluar daripada bilik itu lalu kebiliknya yang kini dikongsi dengan Yani.

"Abang tidur mana malam tadi?"Tanya Yani apabila kaki Firash masuk kedalam bilik itu.Awal pula Yani terjaga hari ini,jika tidak dialah tuan puteri didalam banglo ini.

"Tidur luar.Bilik ni panas."Bohong Firash sambil tangannya mengambil tuala yang tersidai itu.

"Saya tahu Abang pergi bilik Isya kan?"

"Kalau ya pun kenapa?Dia pun isteri abang jugak."Jawab Firash lalu terus masuk kedalam bilik air sebelum Yani makin banyak tanya lagi.Bukan tidak kenal Yani ni ,jika tidak mendapat jawapan yang menyedapkan telinganya makin banyaklah soalan yanh dikeluarkan.

Yani menghentak-hentakkan kakinya,sakit hatinya melihat cara Firash melayannya.Dihadapan orang bukan main mesra tetapi dibelakang,Firash melayannya biasa-biasa sahaja.

**
Baru sahaja kaki Firash mahu menjejak keluar daripada pintu rumah banglo itu,namanya dipanggil oleh Isya. Dia memandang Isya dengan muka yang tiada apa-apa reaksi tetapi didalam hatinya dia berdoa supaya Isya tidak bertanya tentang malam tadi.

"Abang dah fikir pasal apa yang Sya cakap sebelum ni?"Tanya Isya.Berderau darahnya apabila otaknya dapat menangkap dengan jelas apa yang diperkatakan oleh Isya.Mampukah dia hidup tanpa Isya?Macam mana hidupnya selepas ini jika tiada Isya dihadapannya setiap hari?

Encik PlayboyWhere stories live. Discover now