◆Chapter 7◆

5.7K 202 19
                                    

"Dia dah tak ada"

Masih terngiang-ngiang dikepalanya kata-kata Firash bulan lepas.Ya,sudah sebulan berlalu.Isya pun sudah menerima semuanya tetapi nama Faiq tetap ada didalam hatinya.Dia sendiri tidak mengerti mengapa susah sangat nak padam nama Faiq dihatinya sedangkan insan itu sudah menghilang sebulan yang lalu.Memang benar kata orang,hendak melupakan sesuatu yang kita suka Memang susah.Begitulah juga dengan Isya yang ingin melupakan cintanya kepada Faiq.

"Isya!Apa yang kau termenung?"Naik gugur jantung Isya dibuatnya apabila Hana menyergahnya daripada belakang.Nasib sahaja tidak ramai orang di restoran ni pada masa itu.Jika tidak,mahunya Isya menebalkan mukanya.

"Tak ada apa-apalah.Tengah fikir masa depan."Jawab Isya ringkas sambil tersenyum.Sejujurnya dia rindukan Faiq.Tetapi hendak buat bagaimana?Hanya boleh simpan didalam hati sahaja.Hana hanya mengangguk lalu menyedut jus epal yang dipesannya tadi.

"Erm weh,Apa cerita kau dengan Firash tu sekarang?Aku tengok dia tu asyik mengekor kau je."Kata Hana.Malas rasanya hendak menjawab soalan Hana.Isya hanya membisukan diri.Sejujurnya,dia dengan Firash tiada apa-apa hubungan.Tambahan lagi dengan perangai Firash yang buas itu.Memang tidaklah jawapannya.Cuma sekarang ini,kerap Firash mengikuti langkah Isya sampaikan Naik rimas Isya dibuatnya.

"Weh!Jawablah!"Kata Hana separuh menjerit apabila Isya senyapkan diri kerana tidak berminat dengan soalan Hana sebentar tadi.

"Apa?Aku tak ada hubungan lah dengan dia.Lagipun cukuplah hati aku dah sakit dulu.Aku tak nak terluka buat kali kedua.Lagi-lagi dengan perangai Firash macamtu.Kirim salam weh! "

"Weh,cer kau tengok siapa belakang kau."Kata Hana sambil memuncungkan mulut ke belakang Isya.Pantas Isya memandang kebelakang.Terus moodnya down.Tidak habis-habis dengan wajah Firash.Seperti tiada lelaki lain sahaja yang wujud di muka bumi ini.Pusing-pusing wajah Firash juga yang dilihat Isya.Naik muak pun ada.

"Apa yang dia nak sebenarnya ni?Benci betul lah aku."Rungut Isya sambil memuncungkan mulutnya.Kawan baiknya itu tidak pula membantu malah bergelak sakan melihat Isya.

"Boleh kitorang duduk sekali?"Akhirnya,Firash dan juga dua orang rakannya itu menyapa Isya dan juga Hana.Seperti tiada kerusi lain di restoran ini.Mengapa dia perlu menyemakkan hidup Isya sebegini?

"Tak ada kerusi lain ke dekat sini?"Perli Isya.Firash memandang salah seorang rakannya lalu memberi isyarat supaya membantunya.

"Bukan tak ada Sya,tapi Firash ni kata kalau dia makan depan awak dia selera sikit.Ha cengituu!"Kata Irfan membantu Firash.Hana hanya senyap dan sekejap dia tersenyum melihat konflik antara Firash dan Isya.

"Duduklah,nanti takut kebulur pulak."Jawab Isya dengan sinis lalu menjarakkan kerusinya apabila Firash lagi pantas menarik kerusinya dekat dengan Isya.Hana dan juga Irfan sudahpun tersenyum sendiri.Entah apa yang disenyum pun tidak tahulah.Lain pula dengan Muiz yang senyap ditambah pula dengan mukanya yang susah ditafsir itu.Seperti ada yang tak puas hati Muiz dibuatnya.

"Jauhlah sikit."Marah Isya sambil mencuba jauh daripada Firash.Tetapi Firash pula hanya memandang wajah Isya dengan penuh minat.Bagi Firash,wajah Isya begitu comel ketika marah.Itu juga salah-satu sebab mengapa dia selalu mencuba untuk membuat Isya marah padanya.

"Tak payahlah pandang saya macamtu sekali.Rimaslah.Saya Tak suka tahu tak?"

"Biarlah.Tak ada pulak terukir dekat dahi awak 'masih hak milik Faiq'.Tapi saya tahu,hati awak mesti dah terukir dengan nama 'Firash Aideen'.Right my baby?"Kata Firash dengan senyuman sinis dibibirnya.Sengaja mahu melihat apa reaksi gadis itu apabila dia masih menyebut tentang Faiq.

Encik PlayboyWhere stories live. Discover now