'Sesungguhnya, manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur) kepada Tuhannya' surah Al-A'diyat ayat 6.
Kampung Seri Bulan
KAKI laju berlari jauh ke dalam hutan. Dada Sari berombak laju. Lelah. Kaki yang terasa sakit tidak dihiraukan. Yang dia fikir cuma mahu segera lepas dari tiga orang pemuda yang mengejar di belakang. Sesekali kepala menoleh ke belakang. Sayup-sayup telinga mendengar suara pemuda-pemuda itu.
Sari segera duduk bersembunyi di celah-celah semak-samun. Tangan dibawa menekup mulut. Menghalang sebarang bunyi yang dirasakan mahu keluar dari mulut. Air mata laju mengalir di pipi. Badan Sari menggigil ketakutan.
"Kau lihat perempuan tu?"
Sari mendengar suara salah seorang dari mereka tidak jauh darinya. Sari memejam mata rapat. Berdoa supaya pemuda tadi segera meninggalkan kawasan itu.
"Tadi aku nampak macam di kawasan sini."
"Aduh, cari dia di sini lekas! Mampus kita jika dia terlepas. Nanti habis satu kampung dicerita."
"Mat, kau cari sebelah sana. Deris, kau di sana. Aku cari di sini."
Ketiga-tiga mereka berpecah mencari Sari. Derap kaki Daus yang berdekatan itu membuatkan jantung Sari berdegup laju seiring dengan air mata yang mengalir di pipi. Sari cemas.
"Mana kau Sari. Dapat ke aku, siap kau!" Daus bermonolog sendiri.
Sari merangkak perlahan ke sebelah kiri. Dia rancang mahu lari dari semak itu. Kalau terus berada di situ, sudah pasti mereka bakal menjumpainya.
Sari mengintai sedikit dari celahan semak. Bayangan Daus mahupun dua orang rakannya tidak kelihatan. Sari berasa lega sedikit. Segera dia bangun mahu melarikan diri dari kawasan itu.
Tangan Sari ditarik kasar sehingga tubuhnya melekap pada Daus. Tubuh Sari dipeluk erat dari belakang.
"Argghhh!! Lepaskan aku!" Sari meraung kuat. Daus mengeratkan lagi pelukan.
"Baik kau diam sebelum aku tampar kau." Daus bersuara keras. Tubuh Sari diheret menuju ke arah semak. Sari menangis teresak-esak.
"Mat! Deris!" Laung Daus. Sari ditolak ke tanah sebelum dia menindih tubuh kecil itu. Kedua-dua tangan Sari dipegang erat di sisi kepala gadis itu.
"Tolong lepaskan aku Daus! Jangan buat aku begini!" Sari merayu.
"Shh... abang janji tidak sakit pun."
"Daus, lepaskan aku." Sari meronta-ronta. Pergelangan tangannya terasa sakit akibat dicengkam kuat.
Mat dan Deris muncul. Masing-masing menayang wajah miang. Mat membantu Daus memegang tangan Sari. Sesekali leher Sari dicium. Wangi!
"Tolong lepaskan aku!" Sari menjerit kuat. Mustahil dia dapat meloloskan diri dari tiga orang lelaki itu. Daus senyum sinis.
"Kau ingat sesenang itu aku mahu lepaskan kau? Kakak kau aku tak dapat, adiknya pun boleh." Ujar Daus bersahutan gelak dari dua orang sahabatnya. Sari memejam mata erat. Rontaannya menjadi perlahan. Dia pasrah.
TANGAN meraup wajah mengaminkan doa. Perlahan dia bangun. Kain sejadah dilipat dan disangkut pada kerusi usai solat Maghrib. Tingkap dibuka. Mata memerhati ke arah jalan.
Keadaan sekeliling yang sudah gelap itu membuatkan hati Cempaka risau. Kelibat adik perempuannya langsung tidak kelihatan sedari petang tadi. Ke mana saja Sari menghilang.
Telekung dibuka dan dilipat. Niat di hati mahu saja ke rumah Wati, sahabat karib Sari. Mana tahu adik perempuannya berada di sana.
Pintu rumahnya diketuk. Cempaka mengerut dahi. Kaki melangkah ke arah pintu. Salam yang dilaung dari luar rumah dijawab.
"Ya ada apa?" Cempaka hairan melihat Sarip dan Ramli bertandang ke rumahnya.
"Kak Cempaka, boleh ikut kami ke rumah tok penghulu sekarang?" Wajah sayu Ramli dipandang keliru.
"Ada apa?"
"Nanti kak Cempaka tahu sendiri."
Cempaka semakin pelik. Diturutkan saja kemahuan pemuda itu. Pintu rumah ditutup rapat sebelum kaki bergerak mengikuti mereka.
Kaki melangkah semakin perlahan apabila semakin dekat dengan rumah tok penghulu. Jiran-jiran tetangga yang memenuhi halaman rumah tok penghulu dipandang hairan. Tiba saja hatinya berdebar tidak enak. Ada kendurikah?
Mak Embun, isteri tok penghulu yang menoleh melihat Cempaka yang tidak jauh dari situ segera menghampirinya. Tubuh Cempaka diraih ke dalam pelukannya. Esakan kecil dari wanita tua itu manambah resah dalam diri Cempaka.
"Cempaka sabar ya nak." Perlahan suara Mak Embun.
Belakang tubuh wanita muda itu diusap lembut beberapa kali sebelum meleraikan pelukan mereka. Wajah Cempaka ditenung sayu. Tangan Cempaka ditarik ke arah orang ramai.
Tubuh yang terbaring kaku ditutupi kain batik itu ditenung resah. Tubuhnya menggigil kecil. Perlahan dia duduk mencangkung di sebelah tubuh itu. Pandangannya menjadi kabur dek air mata yang mulai bertakung di mata. Tangannya terketar-ketar menyelah kain batik yang menutupi wajah tubuh itu perlahan.
Cempaka terduduk di atas tanah. Segera air mata mengalir laju di pipi. Nafasnya terasa tersekat di celah kerongkong.
"Tidak!" Nafi Cempaka perlahan.
Wati yang berdiri berhampiran segera memeluk bahu Cempaka yang menangis teresak-esak itu. Orang ramai yang menyaksikan hanya mampu memandang sayu.
"Tidak, adik aku belum mati!" Cempaka menjerit kuat. Tubuh Sari yang kaku itu digoncang kuat sambil memanggil nama Sari berulang kali.
"Wati, adik aku hidup kan?" Kedua-dua bahu Wati dicengkam kuat. Wati hanya menggeleng kepala.
"Mak Embun!" Nama isteri tok penghulu dilaung kuat. Wanita tua itu segera menghampiri Cempaka.
"Mak Embun, kenapa Sari jadi macam ni? Kenapa dia tak mahu bangun?"
Mak Embun diam menunduk.
Wajah tok penghulu dicari.
"Tok, jawab Cempaka!" Wanita itu sudah meraung kuat.
"Sari... dinoda nak." Tok penghulu menjawab perlahan.
Cempaka menunduk. Tubuhnya menggigil kuat. Siapa yang tergamak melakukannya? Tubuh Sari dipeluk kuat. Hatinya meronta mahu menuntut bela atas kematian Sari.
Wajah Cempaka bertukar bengis. Saat itu matanya tajam merenung Daus anak tok penghulu yang mengintai di celahan tingkap yang terbuka sedikit. Wajah Daus memucat. Segera tingkap ditutup rapat. Tubuhnya menggigil ketakutan. Cempaka tahukah?
YOU ARE READING
Kemboja [IN EDITING]
RandomDendam yang tersemat di hati kerana mahu menuntut bela atas kematian Sari telah menyebabkan hidup tiga orang pemuda menjadi tidak aman. Rahsia yang disimpan kemas akhirnya terbongkar namun hanya didiamkan penduduk kampung. Kejadian itu menyebabkan...
![Kemboja [IN EDITING]](https://img.wattpad.com/cover/113607500-64-k686678.jpg)