Bab 4

4.3K 214 7
                                    

2:15 p.m , pondok ilmu

Aku segera ke pondok yang dikatakan oleh Rayyan. Aku lewat kerana solat Zohor di surau tadi. Takpe lewat 15 minit je kan?

Dari jauh lagi aku sudah melihat Rayyan di pondok. Dia termenung. Agak agak termenung siapa lah kan?

" Assalamualaikum. Sorry Zalikha lambat sikit. Tadi dekat surau ramai orang " ucapku kepada Rayyan. Riak wajahnya terus berubah ceria setelah aku menegurnya.

" Waalaikumussalam. Eh Zalikha duduklah " Rayyan mempelawa. Aku duduk langkah 2 kerusi daripadanya.

" Ada apa, Rayyan nak jumpa Zalikha? " tanyaku pada Rayyan.

" Zalikha, kalau Rayyan ajak Zalikha jadi girlfriend Rayyan, Zalikha terima? " aku terpempan(?) dengan apa yang dikatakan oleh Rayyan. Aku terkejut. Ya, crush aku ajak jadi girlfriend. Allahu.

" Kenapa Rayyan tanya macam tu? " tanyaku pada Rayyan. Takkan semudah itu dia ajak aku jadi girlfriend dia. TAK PERCAYA WEH !

" Since last year, Rayyan suka dekat Zalikha. Tapi Rayyan takut nak bagitahu sebab Zalikha waktu tu dengan Iqram. Rayyan simpan perasaan ni. Zalikha suka dekat Rayyan jugak kan? Sebab tu Zalikha bergaduh dengan Balqis " di akhir ayatnya itu dia gelak. Aku terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Rayyan.

" Zalikha terima tapi Rayyan diam diam ye? " sungguh cepat keputusanku ini. Betul ke apa aku buat ni.

" Baik Zalikha, anything for my dear sweetie. Urm, kalau saya nak bagitahu family saya tak apa kan? " aku hanya tersenyum.

" Boleh saya dapatkan nombor telefon awak? Senang whatsapp. Nanti rindu susah " aku tergelak mendengar kata katanya itu. Ya, crushku bertukar menjadi boyfriendku. Inshaallah.

Selesai ber'dating' dengan Rayyan, aku pulang ke rumah. Aku melihat jam sudah pukul 3:50. Dekat sejam lebih jugaklah berborak dengan Rayyan. Dalam perjalanan ke rumah, telefonku tiba tiba berbunyi. Aku pelik sebab tak kenal nombor kan. 😹

" er assalamualaikum? " aku memulakan bicara.

" waalaikumussalam cinta hati. awak dah sampai rumah? " aku terdiam. siapa pulak dia ni.

" er siapa ni eh? " terus aku bertanya. Takut juga tah no shapeshape ntah.

" aik, baru je jadi girlfriend kita tadi terus lupa eh. Rayyan lah awak. Zalikha dah sampai rumah ke? " oh Rayyan. Aku menghela nafas lega.

" Oh Rayyan, maaf. Zalikha dalam kereta lagi. Mungkin terus ke butik mama kut. Rayyan dah sampai rumah? tanyaku pada Rayyan.

" Dah sampai, Rayyan ingatkan malam ni Rayyan nak bagitahu umi dengan baba. Zalikha tunggu Rayyan ye? "

" Baik Rayyan. Zalikha tutup dulu ye. Assalamualaikum " aku segera mematikan panggilan tersebut. Hatiku tidak tenang memikirkan hubungan aku dan Rayyan. Aku masih muda, mama papa boleh terima ke?

" Ikha, kita dah sampai butik " kata abang Alif.

" Sorry abang, Ikha tak perasan " aku memberikan senyuman lalu turun daripada kereta dan segera masuk ke butik LEMAYNA (author tembak je).

" Assalamualaikum mama. Mama busy ke " tanyaku pada mama tersayang.

" Waalaikumussalam. Baru sampai ye. Pergi tukar baju lepastu tolong mama ye sayang? " mama meminta aku membantunya di butik sudah biasa bagiku. Apelah sangat tolong layan customer berbanding mama yang bersusah payah menjagaku 16 tahun. Lagipun, aku dah biasa dengan kerenah pelanggan. Memandangkan aku juga mempunyai business sendiri. Alhamdulillah, dalam usia 16 tahun ini, aku sudah mempunyai jenama tudungku sendiri. "Zaliaisyah" nama butikku. Gabungan nama sendiri je. Zalikha dengan Aisyah. Tak lama lagi inshaallah akan dibuka cawangan pertama di area Bangi.

Aku segera ke pintu masuk setelah mendengar loceng pintu menandakan ada pelanggan. Kelihatan seorang perempuan seksi, dan ibunya. Mungkin beli untuk ibu dia kut. Husnudzon je.

" Bonda, Deana taknak lah pakai baju dress macam ni. Takde kelas langsung tau " oh nama dia Deanea, nampak muda. Dalam umur 17 mungkin.

" Dik, boleh tunjukkan kami design yang paling high class? Tidak terlalu ketat dan terlalu longgar. Sesuai dengan badan anak saya. " ucap wanita itu. Mungkin umur 50-an.

" Boleh puan, silakan " aku mengajak wanita itu mengikutku.

" Sorry its Puan Sri okay " ucap anaknya. Hak alah mana aku tahu. Cakap leklok ah sistur.

" Maaf cik " hanya perkataan maaf yang keluar dari mulutku.

" Takpe dik, mari " Puan Sri cuba menenangkan keadaan.

" Ini design paling high class yang kami ada. Sesuai dengan badan anak Puan Sri. Tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Design ini direka untuk perempuan yang jenis suka pakai biasa je " aku memberi penerangan pada Puan Sri tersebut. Nama penuh dia Puan Sri Zaiton, anak dia Puteri Deana Daliah.

" Colour yang sesuai dengan anak saya ada ? " tanya Puan Sri Zaiton.

" Untuk kulit yang putih macam anak Puan Sri, saya sarankan anak Puan Sri memakai warna soft pink. Tidak terlalu pekat dan warnanya sesuai dengan anak Puan Sri " aku memberi penerangan LAGI.

Aku dah nampak dah si Deana tu dah mula tak suka. Eh ingat butik mama aku ni jijik sangat ke. Aku pun darah Tengku la takde pun acah macam kau. Itulah budak status anak orang kaya ni, tempat tak sesuai dengan dia je dah jijik.

Jam sudah meninjak pukul 8:30 malam. Memang sudah biasa balik waktu malam bersama mama. Menjadi rutin harianku. Memandangkan kerja sekolahku sudah siap. Yelah siap sebab Rayyan ajar account, Sebut pasal Rayyan, alamak. Mesti dia whatsapp aku.

013*******

Assalamualaikum awak. Buat apa tu ( 4:30 p.m )

Busy sangat ke tu awak. Sampai ws saya tak balas ( 5:00 p.m )

Saya dah bagitahu umi dengan baba, diaorang terima awak. Alhamdulillah ( 7:50 p.m )

Awak, saya pergi gym kejap ye. Assalamualaikum ( 8:25 p.m )

Haih. Kesian dia tunggu aku. Takpelah.

Setibanya aku di rumah, kelihatan semua ahli keluargaku sudah berada di ruang tamu bawah. Oh tengah syok tengok MLM 2017 ulangan lah tu. Ini peluang untuk aku memberitahu mereka hal sebenar.

" Em semua, Zalikha nak cakap sikit boleh? " tanyaku pada ahli keluarga.

" Tanyalah Zalikha, apa dia sayang? " ucap papa tetapi matanya memandang kaca televisyen.

" Zalikha bercinta dengan senior Zalikha. Nama dia Tengku Rayyan Syafiq. Zalikha takut mama papa abang Ian dengan kakak tak dapat terima apa keputusan yang Zalikha buat ni. Zalikha mintak maaf. Zalikha akan putuskan hubungan ni. Zalikha janji. " entah dari mana datang kekuatanku untuk memberitahu hal sebenar.

Suspen tak? Hehe. Tunggu bab yang akan datang! takpe kita biarkan tergantung sekejap

TBC

--------------------------------------------
Agak agak apa family Zalikha kata eh? Saje je biar tergantung. Bagi suspen ked hehe. Alhamdulillah, 1001 patah perkataan. Sambung esok ya anak anak! Doakan idea hadik ada.

Muchlove,
na 👼

Abang Pengawas I ❤️ UDär berättelser lever. Upptäck nu