Bab 1

7.3K 283 7
                                    

2 Januari 2017 .

Ya, hari pertama persekolahan setelah sebulan bercuti. Mungkin sebulan kut entahlah. Oh lupa, aku Tengku Zalikha Aisyah. Merupakan anak ketiga dalam 4 adik beradik. Heroku, Tengku Danial Danish manakala permaisuriku, Tengku Diana Danielle. Ya aku darah orang tengku tengku 😐

Aku berusia 16 tahun. Baru lepas pt3 lah katakan. Straight A weh 😍 #zalikhatakbangga . Lupa nak sambung, abangku, Tengku Ian Afran dikenali sebagai abang af . Berusia 20 tahun belajar dekat uitm shah alam. Geli je tengok fans dia terkinja kinja macam berok dekat zoo negara tu. Tapi abang aku ni dia cool je, takdelah sekali terkinja hahah. Kakakku, Tengku Zalikha Ariana. Cute je nama. Cute macam tuan dia yedok? Kakak aku ni pendengar paling best. Apa je masalah aku akan bagitahu dia and dia akan advice aku. Berusia 19 tahun, beza setahun dengan abang aku. Manakala adikku, Tengku Ian Aryan, berusia 10 tahun, orang panggil dia si kenot. Apa lagi bukan main marah la dia tu hahaha.

Okay okay dah cukup berangan, mari kita mandi. Aku menoleh ke jam locengku, sudah 5:40 pagi. Aku terus mengemas katilku dan mandi sewangi wanginya 😹 Selesai memakai baju sekolah aku terus menuju ke bilik sebelah. Iaitu bilik solat. Aku, papa, mama, abang dan adik segera menunaikan solat subuh berjemaah. Tahu sangat kalau kakak takde ABC cekodok basi lah tu.

"Selamat pagi umi" ucapku pada umi. Papaku bukan kahwin dua tau! Umi ni pembantu rumah ni. Nama sebenar dia Zainab Binti Zulkifli. Sejak kecil lagi dia bekerja di sini. Jadi aku memanggilnya umi. Alah aku kan peramah *sorry terangkat bakul sendiri hahah*

Sementara menunggu yang lain, aku segera menyuap nasi goreng seafood yang umi baru sahaja buat. Sedap tak terkata weh. "Umi, bekalkan Ikha nasi goreng ni boleh?" tanyaku pada umi. "Boleh Ikha, kejap ye umi masukkan dalam bekal" ucap umi lalu masuk ke dapur.

"Harini, abang alif hantar Ikha. Papa ada meeting pagi ni. Maaf ye Ikha" papa memujukku. Alah papa ni, haritu dah janji. Takkan la setiap tahun nak kena daftar sendiri. Bosan lah. Aku mencebik. "takpelah biar abang je hantar adik" aku segera melompat dan memeluk abang kesayanganku. "yeayyyyy terima kasih abang" aku mencium pipinya lalu segera memakai kasutku.

"abang bila nak ada awek" aik. kenapa aku tanya soalan tu eh. ah lantaklah. "abang takpayah nak ada awek, beribu perempuan abang nak layan" eeeee sah playboy abang aku ni. gedik gedik gedik. aku mencebik lalu melemparkan pandangan ke luar tingkap.

Setibanya di sekolah, aku segera memasuki kelas. Aku melihat abangku sedang menguruskan yuran sekolahku. Aku mengambil tempat bersebelahan dengan rakan baikku sejak sekolah rendah, Puteri Melina.

"Hai Melina. you bercuti pergi mana?" tanyaku setelah duduk disebelahnya. "I went to New York. Best gila dohhh" uish panjang betul 'doh' dia. Ingatkan nak buat doh untuk roti. Ok author melalut 😹 Tidak sempat aku membuka mulut, abangku sudah memanggilku.

"Ini duit belanja, balik nanti balik dengan abang Alif ye?" kata abangku sambil menghulurkan wang not bernilai RM20. Aku mengangguk lalu kucup tangan abangku sebelum kembali memasuki kelas 4 Brilliant.

"Eh kau, pandai jugak eh sampai dapat masuk kelas ni. Ni kelas account tau. Masa exam meniru budak sebelah eh. Sebab tu dapat semua A" ucap musuh ketatku Balqis Adriana.

Cerita tentang Balqis ni, dulu dia kawan baik aku waktu aku form1. Biasalah form1 terpikat dengan senior senior kan? Dia minat seorang lelaki ni KEBETULAN aku pun minat lelaki tu. Nama dia, Tengku Rayyan Syafiq. Jadi, lepas dia dapat tahu aku minat abang Rayyan ni, dia terus putuskan hubungan kawan. Start form2 dia dah mula kacau aku. Benda teruk dia pernah buat? Dia pernah cabut tudung sekolah aku ni depan lelaki. Malu weh. Suka hati anjing dia je nak tarik tudung aku. Dahlah ramai pulak tu. Satu benda paling dia taksuka, dia taksuka orang takjawab soalan dia. Okay tu jelah. Naik geli cerita pasal dia.

"Oh maaflah, bukan kau eh yang meniru dengan si Adam budak nerd tu? Dah bangang lagi cakap orang hahah" gelakku sinis lalu aku bersama Melina berlalu ke kantin untuk membeli air.

"Zalikha, abang pengawas lah. Hensemnyaaa" ha sudah. Melina dah start fangirling. Waduh waduh. Aku segera pandang ke belakang, aku melihat crushku!! Allahu. Terpaku tengok dia dengan baju biru dia tu. Abang Pengawas, I Love You 😍💕

TBC

-------------------------------------------

Finally siap pun. 700 words. Okay lah kan? Malam nanti inshaallah i sambung. Jangan lupa add story ni dekat library! Bye!!

Muchlove,
na 👼

Abang Pengawas I ❤️ UWhere stories live. Discover now