×🍫ALL OF END

1.3K 120 6
                                    

🔹Busan International Airport✈💨🔹

Taehyung menarik perlahan bagasinya dan dengan lemah kakinya melangkah. Sebuah bangku menjadi tempatnya duduk. Tiket di tangannya dipandang sekilas.

Ibu bapanya sudah berada di UK sedari 2 hari lepas lagi. Dan , sejam lagi tinggal waktunya untuk terbang ke sana dan mungkin akan pulang kembali ke Korea suatu hari nanti apabila dia sudah bersedia atau takkan pulang selamanya.

Iphone dibelek. Sudah berkeping Whatsapps di kirim kepada rakan-rakannya , Jimin dan Jungkook . Tak cukup dengan itu , pesanan mesej juga dihantar , masih juga tiada balasan.

"Mana diorang ni ? Aku dah nak pergi kot !" Rungutnya sendiri. Sedih pula rasanya.

Sudahlah cinta tak terbalas. Tidak cukup dengan itu , kekawan pun buat tak kisah.

"Aku dilahirkan memang untuk dipinggirkan ke ?!" Soalnya pada diri sendiri. Agak menjerit.

Ting ! Ting !

'Attention! To all passenger United Kingdom,number of the EK 1519,please get ready for your flight in 40 minutes! Thank you~'

Mendengarkan pengumuman itu , Taehyung mula pasrah. Dia harus terima kenyataan. Tiada seorang yang akan menemaninya di saat akhir.

Dia meletakkan begnya di menyimpanan bagasi. Matanya terkilas ke aras sekeping sticky note kuning yang tertampal di penghadang besi ke kaunter.

Dia membaca nota yang tertulis ,

If you WANT something , you NEED keep  rushing, before you GET nothing.

Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Mana tahu ada kelibat yang dikenali. Namun, hampa. Tiada sesiapa. Mungkin sticky note ini untuk orang lain. Baru sahaja dia ingin menampal kembali , tiba-tiba ada seseorang menutup matanya dari belakang. Dan, kemudian pandangannya GELAP!

🌼🌼🌼

"Kau siapa ?" Soal Taehyung.

Dia duduk di atas kerusi dengan tangan berikat pada kerusi. Dia tak boleh begerak. Dia dapat merasakan dia berada di dalam sebuah bilik yang benar-benar gelap.

"Kau nak apa ?!" Tanya Taehyung lagi. Dia buntu.

"Kau Kim Taehyung , kan !"

Taehyung dapat mendengar suara garau itu.

"Ya ! Habis tu ?"

"Kau nak pergi UK buat apa ?" Soal suara itu lagi.

"Kau siapa ? Buat apa nak tahu ? Aku student lah , takde harta kalau kau nak rompak sekali pun!" Jelas Taehyung.

"Aku nak rompak ? Aku rasa kau yang dah rompak 'benda' tu ! Sesenang tu je kau nak bawak lari.." , ujar suara itu. Namun, kali ini lebih serius.

"Aku perompak ? Bhai! Mulut kau jaga sikit ! Aku mungkin bodoh tapi aku ni tahu lagi mana betul , mana salah! Apa yang aku dah rompak ?"

Tap!

Bunyi suis dibuka. Dan satu mentol bernyala di hadapannya.

"Awak dah rompak cinta saya." Balas satu suara lain yang lebih lembut. Dan suara itu anat dikenali ...

"Jihyo ! Awak ?"

Cik Lecturer + S J H | KTHWhere stories live. Discover now