×🍫FLASHBACK

832 115 8
                                    


Mata Nayeon meliar mencari orang yang baru sahaja menelefonnya. Apabila lelaki itu sudah kelihatan dia pun bergegas ke tempat tersebut.

Nayeon duduk berhadapan dengan Taehyung. Keadaan di kafe itu agak lengang kerana jam sudah pun mencecah pukul 2 pagi.

"Kenapa sampai kena jumpa? Tak boleh masa on call tadi bagai?" Soal Nayeon. Pertama kali kot Taehyung ajak lepak.

"Siapa namja tu?"

"Siapa? Kau ni cakap terang sikit boleh tak? Aku tak fahamlah."

"Siapa namja yang time aku datang rumah kau hari tu, dia tengah bersuap-suap bagai dengan Jihyo?" Soal Taehyung. Suara mendatar.

"Uh..  Im Kang Sung. Dia tu  sebenarnya tunang eonnie.." , ujar Nayeon.

"Tunang?!" Taehyung tersentak.

"Nope! Sorry. Ex-tunang actually.." , Nayeon cepat membetulkan kesalahannya. Kesalahan yang sikit tapi membawa makna yang sangat besar bezanya.

"Aku tak fahamlah.."

"Okey! Macam ni. Dulu, eonnie ni kerja sebagai nurse dekat sebuah hospital di Daeguk. Eonnie miskin sangat masa tu. Dia tak pernah ada fikiran pun nak bercinta bagai. Kau mesti tahu kan, eonnie yatim piatu?"

Taehyung mengangguk.

"Jadi, suatu hari ada seorang namja ni kemalangan teruk dan terus dikejarkan ke hospital berdekatan. Kebetulan, hospital eonnie bekerja tulah tempat paling dekat...."

3 tahun lepas......

Wanita beruniform serba putih itu membantu menolak katil pesakit yang baru kemalangan itu ke bilik ICU.

Sesampai di hadapan pintu bilik ICU, pintu dibuka seluas-luasnya untuk memberi laluan rakan-rakan nurse yang lain menolak katil pesakit tersebut ke dalam. Setelah itu, pintu itu perlu ditutup namun kelakuannya terhenti apabila tangannya disentuh seseorang. Dia berpaling ke hadapan.

"Nurse.. saya mohon selamatkan oppa saya... saya mohon!!" Rayu gadis di hadapannya. Bercucuran air mata gadis bertubuh kecil itu membasahi uniform sekolah yang dipakai.

"Chagi... janganlah nangis. Kamu perlu kuat untuk oppa kamu,yer? Oppa kamu akan selamat! Nurse janji!" Jihyo tersenyum. Tangannya gadis itu digengam bagi membakar semangat.

"Saya pegang kata-kata nurse tu..." , balas gadis itu sebelum beredar dan duduk di atas kerusi menunggu.

Setelah beberapa minggu, pesakit itu sedarkan diri dari koma panjang...

"Cik Nurse! Saya nak tanya sesuatu boleh?" Soal persakit lelaki yang separuh sihat itu.

"Apa?"

"Cik ke yang selama 3 minggu ni, jaga saya?"

"Ya! Kenapa?"

"Jadi yang selama ni setiap malam nyanyikan saya lagu-lagu tu, cik lah!"

"Awak dengar?!" Wanita itu terlopong. Pipinya merah menahan malu. Sangkanya dia seorang yang dengar suaranya.

"Yelah! Mungkin saya tak sedarkan diri dan telinga saya kurang berfungsi, tapi hati saya masih dapat dengar dengan jelas suara merdu cik tu..." , ujar lelaki itu.

Cik Lecturer + S J H | KTHWhere stories live. Discover now