×🍫MALANG

952 128 5
                                    

Hari itu, dia datang awal ke kampus. Hatinya berasa tidak tenang apabila bergaduh lama dengan Taehyung. Segala salah faham harus dijelaskan. Jujur dia katakan dia rindu lelaki itu.

Ya! Jihyo tersenyum percaya dengan keputusannya. Dia mahu meminta maaf kepada Taehyung. Dan, hubungan mereka harus tetap diteruskan.

Jihyo memasuki pintu gerbang kampus. Keadaan seakan-akan terdiam sebentar. Semua mata memandangnya. Setiap dinding di kampus itu di gantung banner. Banner yang dicorakkan pelbagai kata kesat terhadapnya.

Jihyo perempuan materalistik!

Perempuan murahan!

Anak orang miskin, pengikis harta!

Andartu tak laku!

"Apa semua ni?" Dia sebak.

Air panas mula bergenang di kelopak matanya. Dia cuba menyeka. Namun, mutiara itu tetap jatuh.

Dia menangis.

Jihyo mengesat air matanya. Penumbuknya digenggam. Sakit!

Geram dan sedih bercampur sekali.
Pedih dan perit benar.

Dia mula tiada hala tuju, terus dia beredar mencari tandas.

Pintu ditutup serapatnya. Dia perlukan ruang untuk bersendirian.

🌼🌼🌼

Teksi itu berhenti betul-betul di hadapan Kafe Bazzybaze. Penumpang itu turun manakala si pemandu menolongnya mengangkat bagasi dari bonet teksi itu.

"Kamsahamida!" Ucap lelaki itu.

Pemandu itu hanya mengangguk tersenyum sebelum beransur pergi.

     Lelaki itu menarik begnya memasuki Bazzybaze. Seribu kenangannya di sini. Pernah dia berjanji pada dirinya yang dia tidak akan menjejaki kakinya ke sini lagi! Tapi dia gagal mengotakan janjinya itu. Dia benar-benar merindui tempat ini. Kenangan di sini, orang di sini dan 'wanita' itu.

"Ahjushi...!"

Ahjushi Don Lee berpaling ke arah daun pintu masuk apabila dirinya disapa.

Dia yang tadinya asyik mengira hasil perniagaan hari ini terus melepaskan kalkulator dan pen ditangan.

Lelaki yang menyapa itu meleraikan bagasinya lalu selangkah demi selangkah dia menghampiri kaunter.

Begitu juga Ahjushi Don Lee. Mukanya berubah bengis. Dia benci lelaki itu! Cermin matanya dibuka dan diletakkan di atas meja kaunter.

"Mianher ahjushi.." , ujar lelaki itu dalam sedu yang perlahan.

Pang!

Ahjushi menampar lelaki itu. Tangannya terketar-ketar.

Lelaki itu terteleng disebabkan oleh tamparan yang agak kuat itu.

Suasana sepi.

Beberapa saat kemudian, Ahjushi Don Lee terus mendakap lelaki itu seerat mungkin. Betapa rindunya dia dengan lelaki itu. Tiga tahu waktu beredar terasa amat lambat. Namun, kepulangan anak buahnya itu saban hari dinantikan walaupun dia tidak pasti akan bertemu dengan lelaki itu lagi.

"Si bedebah! Kenapa kau balik huh?!" Marah ahjushi.

"Ahjushi, saya minta maaf!" Balas lelaki tadi.

"Yah! Orang dekat sini semua rindukan kau!" Ujar Ahjushi seusai meleraikan dakapan itu.

"Termasuk Jihyo?" Soal lelaki itu menyebabkan ahjushi terdiam. Mereka saling berpandangan. Entah apa yang harus dibalas tentang perihal wanita yang ditanya itu.

🌼🌼🌼

Jihyo meluru keluar dari pejabatnya. Wajahnya ditutupi topeng seakan-akan taktik artis popular yang ingin bersembunyi daripada gerombolan peminat.

Kaki cuba dilajukan. Cermin mata hitam dipakai menggantikan cermin mata biasanya.

Dia menolak pintu gerbang kampus. Selangkah dia keluar..

PRASHHHHHHH!

Seluruh badannya sekali dengan beg sandal dan kertas kerjanya, semua basah kuyup. Dia mengelap mukanya yang sudah tak dilindungi topeng lagi.

Air yang berbau seperti air basuhan tandas itu dibiarkan. Begitu juga cermin matanya yang tertanggal dan kertas kerjanya yang memang tidak dapat diselamatkan lagi. Tidak cukup dengan itu hujan yang renyai-renyai turut membantu membasahkan pakaiannya.

Jihyo terus berlari ke arah keretanya. Terus saja dia terdiam. Bening matanya melihat kesayangannya itu diconteng dengan kata-kata agak kesat.

Lututnya tidak kuat lagi. Apa salah yang telah dia lakukan? Apa?! Adakah ni semua ada kaitan dengan Taehyung? Atau ada orang lain yang sengaja ingin membalas dendam? Perlu ke sekejam ini?

Bertubi-tubi soalan yang menerjah fikirannya semua ditepis. Kini, dia berlari keluar dari pagar sehelai sepinggan. Begnya juga ditinggalkan. Sempat dia menyeluk poket mengambil cermin mata biasanya. Tidaklah dia terlanggar apa-apa nanti.

"Miss Jihyo!" Jerit Min Woo yang turut melihatkan kejadian itu.

Namun Jihyo tetap berlari. Takut juga jika terjadi apa-apa kepada wanita itu.

"Mark! Tolong 'back up' aku erkk! Aku ada hal.." , ujar Min Woo sebelum menanggalkan topi sekuritinya.

Dia terus berlari mengejar wanita tadi.

🌼🌼🌼

     Jihyo berlari sekuat hati, dia memang benar tidak tahu mahu ke mana lagi. Dia buntu sebuntunya. Tapi dia harus lari dan terus berlari dalam tangis tak berlagu dan..

Jatuh. Dia jatuh.

"Menangislah selagi mampu kalau tu saja yang awak boleh buat.." , ujar seseorang dari hadapannya.

Jihyo yang tadinya menunduk kemudiannya mendongak.

"Min Woo..." , panggilnya. Sayu. Dia benar-benar tidak kuat. Dia tak mampu!

Matanya mula berpinar-pinar.

Dan..

Gelap.


🌼🌼🌼
+TBC🌸
14/4/17





Cik Lecturer + S J H | KTHजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें