Bab 3: Satu Penjelasan

Start from the beginning
                                    

"Aku tanya kau untuk kali yang terakhir! Siapa kau sebenarnya Amir!?" Jerit Syafiq dengan nada yang sangat marah.

"What if i told you that, aku ada dengan kau masa kemalangan yang meragut nyawa Mak kau tu dulu. Dan bukan kau sorang je yang ada dalam kereta tu, tapi aku pun ada sama dengan kau Syafiq." Jawab Amir dengan nada yang sungguh tenang.

"Penipu!!" Marah dengan penjelasan yang didengarinya, Syafiq dengan marahnya ingin menumbuk muka Amir yang sudah berada di dalam genggamannya itu.

Namun belum sempat tumbukan itu hinggap di muka nya, tangan Amir sudah mendahului tindakan Syafiq itu. Bagai buku bertemu ruas, buku lima Syafiq kini digenggam erat pula oleh Amir. 

"Kau ada parut dekat peha kiri kau akibat dari kemalangan tu. Parut tu hanya aku dengan ayah kau je yang tahu Syafiq. Dan kau jugak ada kesan parut dekat bawah dagu sebab terhantuk dekat kaca masa kemalangan tu." Jelas Amir lalu menolak buku lima Syafiq itu ke tepi.

Mendengar penjelasan itu membuatkan Syafiq tergamam. Memang benar dia mengalami luka yang agak teruk semasa kemalangan 10 tahun yang lalu dan luka itu juga telah meninggalkan kesan parut yang jelas kelihatan di peha dan juga bawah dagunya itu. Dan memang benar juga bahawa hanya dia dan ayahnya sahaja yang mengetahui luka parut di peha nya itu.

"Siiiii... siiiii... sss.. Siapa kau sebenarnya?" Dengan nada yang sungguh terkejut, Syafiq bertanya sambil memandang tepat ke wajah Amir itu.

"Terlalu panjang untuk aku ceritkan semuanya Syafiq, tapi biarlah aku mulakan semua ni dengan menceritakan dulu tentang Roomate lama kau tu, Alif." 

Kedengaran sahaja nama Alif yang disebut, dengan serta merta lampu di dalam bilik mereka itu terpadam. Keadaan di dalam bilik itu kini menjadi sangat gelap. 

"Amir, Amir, kau dekat mana Amir?" Kedengaran suara Syafiq ketakutan cuba untuk mencari Amir.

"Oooo sekarang dah ada Roommate baru. Patutlah kau dah lupa dekat aku kan Syafiq." Tiba-tiba kedengaran satu suara yang amat dikenali oleh Syafiq.

"Alif. Alif itu kau ke? Kau dekat mana Alif? Aku rindu gila dekat kau wei. Tolong aku Alif." Tanpa mampu melihat sebutir cahaya, Syafiq masih cuba untuk meraba-raba mencari punca suara itu.

"Kau punca semua ni Syafiq! Kau puncanya! Sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau!!" Jerit suara itu dengan penuh nyaring membuatkan Syafiq terduduk kesakitan sambil menutup kuat telinganya itu. 

"Syafiq, Syafiq. Ini aku Amir. Bukak mata kau Syafiq." Kedengaran suara Amir cuba untuk membantu Syafiq keluar dari gangguan nya itu. 

Dari keadaan yang sangat gelap itu tadi, kini bilik nya sudah kembali bercahaya. Syafiq dengan perlahan cuba untuk membuka matanya. Apabila dia yakin bahawa memang Amir yang berada di sisinya itu, lalu matanya dibuka perlahan seraya memeluk erat tubuh Amir.

"Aku takut Amir, aku takut." Kata Syafiq yang masih memeluk erat tubuh Amir itu.

"Shhh, kau ok. Aku ada ni Syafiq. Selawat banyak-banyak. Mengucap wei." Kata Amir cuba untuk menenangkan Syafiq yang masih ketakutan.

"Akkkk.. akkkkuuuu.. aku dengar suara Alif tadi Amir. Sumpah aku tak tipu, memang betul suara dia tadi tu." Tiba-tiba Syafiq berkata lalu melepaskan pelukan nya itu. 

"Tak pe, kau bertenang dulu ok. Aku telefon Ustaz Kamal kejap." Balas Amir lalu berdiri untuk mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja belajarnya itu. 

Seusai mendail nombor telefon Ustaz Kamal, Amir cuba untuk bertenang menunggu penggilan itu dijawab. Sesekali dia ada memandang ke arah Syafiq yang kelihatan masih dalam keadaan yang ketakutan. Tipu lah sekiranya dia mengatakan bahawa dirinya tidak takut, namun sekiranya dia menunjukkan rasa takutnya itu pada waktu ini, maka itu hanya akan memburukkan lagi keadaan mereka berdua.

Melihat panggilannya itu tidak dijawab, Amir mematikan panggilannya itu lalu mendail semula nombor Ustaz Kamal. Tidak sampai beberapa saat kemudian, panggilan itu mula dijawab.

Namun sangkaan nya bahawa Ustaz Kamal yang akan menjawab panggilan itu meleset apabila yang menjawab panggilannya itu ialah Ustazah Maryam, Isteri kepada Ustaz Kamal. Dan mendengar sahaja berita yang baru sahaja disampaikan oleh Ustazah Maryam itu membuatkan Amir tergamam lalu telefon bimbitnya itu terlepas dari genggaman tangannya itu. Syafiq yang melihat keadaan Amir begitu bingkas bangun lalu menuju ke arahnya. 

"Kenapa Amir? Ustaz Kamal cakap apa?" Tanya Syafiq sambil menarik perlahan bahu Amir ke belakang.

"Ustaz Kamal kemalangan." Balas Amir perlahan.

"Innalillahhiwainnalillahirrojiun." Ucap Syafiq lalu terduduk lemahdi atas katilnya itu.

BERSAMBUNG...

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now