Dahinya berkerut memandang Nurse disisinya. Dia tak ingat apa yang jadi, tapi seingatnya dia baru je keluar dari hospital kenapa masuk hospital semula?

''Takpelah cik Suri rehat dulu, badan cik Suri masih lemah.'' Nurse membaringkan semula Suri pada posisi asal.

''Nurse?'' Panggil Suri perlahan.

''Ye cik?''

Suri gigit bibir. ''Emm.. Haq macam mana keadaan dia?'' Entah kenapa dalam kepala dia hanya ingat lelaki itu seorang saja.

Nurse itu tersenyum nipis. ''Dia masih koma, kami pun tak pasti bila dia akan sedar. '' Katanya sebelum membawa kaki keluar dari wad Suri.

Suri Arissa mengeluh. Kenapa Haq masih tak nak bangun?

Danial yang sedari tadi berdiri di luar bilik Suri membalikan wajahnya, badanya di sandar pada dinding. Walaupun tak patut dia tetap rasa cemburu dengan Haq Azaril. Kenapa Suri terlalu ambil tahu tetang lelaki itu? Sedangkan dia di depan mata langsung Suri tak nampak.

         SURI disini lagi, di bilik wad yang menempatkan Haq Azaril. Dia baru saja sedar sejak hampir seminggu dia 'tidur', kini dirinya berdegil untuk menjenguk Haq Azaril walau sudah ditegah oleh Danial dan nurse yang menjaganya.

Dia dapat cara macam mana nak berbual dengan Haq secara langsung. Walaupun tak yakin sepenuhnya dengan perlahan dia mengenggam tangan Haq. Suri memejam mata rapat cuba mencari Haq dalam gelap.

''Haq?''

''Suri~'' Ye itu suara Haq. Dia cuma dapat mendengar suara itu bila ada sentuhan berlaku.

Dia tak tahu apa keistimewa yang diberi padanya, tapi terasa seolah mereka berdua sedang terikat antara satu sama lain.

''Haq, listen me please wake up,''

Terdengar suara itu mengeluh.

''kau nak suruh aku bangun macam mana lagi~''

Sekali lagi suaranya mengeluh.

''Suri nak tolong,   tapi Suri pun tak tahu macam mana?'' Masih lagi terpejam matanya. Satu bayang terhias diruang gelapnya, dia yakin itu bayang Haq.

'' than you just shut up. By the way kenapa aku tak nampak bayang kau dah? Kau dah mati ke? ''

Terus terlepas pegangan tanganya, matanya celik luas. Tangan Suri naik mengurut dada~ kalau tak fikir lelaki ni koma dah lama di tumbuk mukanya. Ada ke patut kata dia dah mati ish_

Tanpa memegang tangan Haq, Suri bersuara '' saya tak mati lagi lah! Saya sihat je awak tu yang bujur kaku macam mayat!'' Ujarnya geram. Dia tahu Haq pasti marah padanya sebab cakap dia macam mayat sebab itu Suri tidak mahu mendengar suara lelaki itu.

Suri bangun dari duduk. Kerusi ditolak ke belakang dengan kasar sehingga menghasilkan bunyi. '' saya merajuk dengan awak, '' Ujarnya sebelum melangkah keluar dari bilik Haq.

Panas hatinya. Adakah patut didoakan dia mati. Hmm dia tak doakan pun, tapi tak patutlah cakap macam tu.

Awak ada six month left~

Awak ada barah otak~

Selamat tinggal Suri sayang~

Arghhh! Suri menjerit tiba-tiba, air mata membasahi pipinya. Orang yang ada di situ memandangnya pelik.

''Cik okay tak?'' Tanya seorang nurse yang kebetulan ada di situ. Terkejut dia bila mendengar suara orang menjerit tiba-tiba.

Suri bagaikan tersedar dimana dia berada, '' saya okay jangan risau '' cepat-cepat dia berlalu meninggalkan nurse dan orang yang melihatnya dari tadi.

Unconscious Love ; suri arissaWhere stories live. Discover now