Bab 39

18.6K 407 10
                                    

"Welcome back Qisya!"

Qisya terkejut sewaktu Faiz memechakan belon di telinganya. Habis disumpah seranahnya Faiz dalam hati. Faiz ni asyik kejutkan orang aje!

"Apa semua ni. Dengan kek bagai. Siapa hari jadi?" Qisya hairan melihat kek perisa coklat dan sedikit juadah yang terhidang di atas sebuah bangku.

"Saja. Sambut kepulangan awak."

"Ish awak ni, janganlah. Membazir"

"Ala membazir apanya? Tak apalah kalau untuk Cik Qisya sorang"

Qisya menjeling. Yalah tu!

"Ni banyak makanan ni siapa nak makan?" Qisya sudah bercekak pinggang. Acah-acah marah.

"Kitalah makan. Saya tahu awak lapar."

Qisya tersengih malu. Memang lapar pun. Perjalanan dari rumahnya ke challet ni boleh tahan jauh jugak.

Faiz mencedok nasi goreng dan udang masak merah ke pinggan lalu memberikan kepada Qisya. Mereka berdua makan sambil memerhati pemandangan di tepi pantai pada petang itu. Nyaman. Sungguh nyaman. Terasa seperti mereka berdua sahaja yang berada disitu.

Qisya sebenarnya rasa agak kekok. Apa tidaknya, mata Faiz asyik focus padanya. Aku luku kang Faiz ni!

"Terima kasih" Ucap Qisya lalu menyuapkan kek kedalam mulutnya.

Faiz sekadar mengangguk.

"Mak Qisya apa khabar?" Soal Faiz sekadar untuk memulakan perbicaraan. Agak kekok jugak kalau dua-dua membisu.

"Sihat alhamdulillah" Balas Qisya pendek.

Sebenarnya tujuan Faiz buat kejutan untuk Qisya, dia mahu luahkan isi hatinya pada Qisya. Ya dia tahu dia lebih muda dari Qisya. Tapi apa salahnya? Itu semua bukan penghalang.

"Qisya.."

"Sekejap ya Faiz" Qisya pergi agak jauh dari Faiz untuk menjawab panggilan dari adiknya. Faiz mengusap kepalanya beberapa kali. Aduyai melepas!

"Apa yang awak nak cakap tadi Faiz?" Soal Qisya. Muka Faiz yang kebingungan dipandang. Dah kenapa budak ni?

"Takde apa apa" Faiz senyum. Lebih baik aku tak cakap dulu lah.

----------------------------------------------------------------------------------

"Macam mana misi kau nak pujuk Qisya? Menjadi tak?"

Zaed menggeleng.

"Apa yang susah sangat kau nak pujuk bini sendiri ni? Ani tu bukan main senang lagi kau pujuk."

"Ani tu lain."

"Oh ya, baru aku ingat. Ani tu semua benda dia boleh cair."

Mereka berdua ketawa. Kurang asam betul lah Amirul ni. Kalau bab-bab kutuk Ani, serah aje pada dia.

"So macam mana? Kali ni kau nak buat apa pulak?" Soal Amirul.

"Entah lah. Macam amcam aku fikir. Tapi semua macam tak boleh pakai."

Amirul diam. Dia turut menyumbang fikirannya untuk Zaed. Macam macam dia fikir. Sampai satu tahap, dia suruh Zaed pura-pura accident supaya Qisya datang jumpa Zaed. Zaed apalagi, habis dikutuknya idea tak senonoh Amirul tu.

"Challet!" Zaed menunjuk Amirul. Amirul sudah mengerutkan keningnya. Hairan.

"Aku rasa aku tahu apa aku nak buat sekarang."

"Apa dia?"

"Challet."

Amirul merengus. "Dari tadi kau asyik cakap challet aje. Apa kena mengena dengan challet?"

"Qisya kerja kat sana. So, makin aku dekat dengan dia, makin senang lah aku nak pujuk dia."

Amirul mengangguk

"Kau join aku."

Amirul tersedak. Terbatuk-batuk Amirul dibuatnya.

"Apa pasal pulak aku kena join?"

"Kau teman aku lah. Siapa tau aku perlukan bantuan kau."

"Eh takpayah takpayah. Kerja kat pejabat bukan main banyak. Kalau dua dua dah ambil cuti, siapa nak handle?"

"Tak payah risaulah."

Amirul sekadar menjongket bahu. Suka hati dia lah.

"Esok kita pegi."

"Baiklah bos. Korang ni sweetlah main pujuk-pujuk."

"Kau ingat senang? Kau mana pernah rasa."

"Tak pernah rasa kau kata? Tu si Senah, tiga hari aku pujuk, tak pandai baik-baik budak tu."

Zaed memandangnya hairan. "Senah mana pulak ni?"

"Senanya aku menipu je. Ish kau ni pun. Memanglah aku tak pernah rasa, aku mana pernah ada awek."

Zaed ketawa. Ada-ada aje si Mirul ni.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zaed dan Amirul melangkah kearah kaunter penyambut tetamu untuk menempah bilik. Zaed menempah dua bilik. Amirul hairan. " Kau tempah dua bilik kenapa? Bazir. Kita kongsi bilik ajelah."

"Banyak cantik. Satu bilik untuk kau dan satu lagi bilik untuk aku dan Qisya. Kau nak menyemak buat apa?"

Amirul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Lupa pulok ada orang ni nak berhoneymoon.

"Maaf cik, saya nak tanya sikit. Pekerja yang bernama Qisya Syazana ada tak?"

"Ada encik, tapi sekarang dia tak ada sebab dia keluar dengan bos." Jawab perempuan itu lembut.

"Jalan pegi mana?"

Perempuan di kaunter itu sudah sembunyi senyum. Apasal sibuk sangat orang ni.

"Zaed! Sabarlah. Boleh terkejut dia ni kau asyik tanya. Kita tunggu ajelah."

Zaed menjeling kearah Amirul. "Terima kasih"

Perempuan itu mengangguk dan tersenyum manis kepada mereka berdua.

"So, apa plan kau?" Amirul menyoal. Kadang plan Zaed ni mana boleh percaya. Unpredictable!

"Sabarlah. Aku tengah fikir ni. Kalau aku perlukan bantuan kau, I'll call you." Amirul membuat reaksi ingin muntah. Nasib lah Zaed ni kawan! Kalau tak, jangan harap nak tolong. 

Mereka berdua akhirnya masuk ke bilik masing-masing. Bilik mereka bersebelahan sahaja. Zaed kata supaya senang nak panggil Amirul kala ada apa-apa. Pirahh Zaed.


--------------------------------------------------------------------------


Holla guys. So end for this chapter. I hope you guys enjoy kahkahkah. Happy fasting everyone!!!

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now