BAB 23

21.5K 525 12
                                    

Aku duduk di sofa menonton drama kegemaran ku sambil makan keropok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku duduk di sofa menonton drama kegemaran ku sambil makan keropok. Aku pandang kiri kanan. Sunyi. Bosan. Zaed belum pulang dari kerja. Tiba-tiba aku senyum sendiri membayangkan kemesraan Zaed padaku semenjak dua ni. Zaed selalu saja menuturkan kata-kata manis, melayan aku dengan baik.. macam-macamlah. Kadang pelik jugak aku dengan dia tu. Kejap okey, kejap tak. Pening dapat laki macam dia ni. Nasib laki aku ada satu je ( apakah yang aku cuba tulis ni dah merapu hmm)

TingggTongggggggggg

Bunyi loceng rumah berbunyi. Berlari aku menuju ke pintu. Excited sangat bila Zaed balik hihihi. Aku buka pintu sambil tersenyum riang macam budak-budak dapat aiskrim.

Senyuman ku mati. Wanita dihadapanku merenungku tajam. Boleh tembus mata aku direnungnya. 

Ani?

Ani melangkah masuk tanpa aku pelawa. Dia berjalan menuju ke sofa. Aku pandang dia dengan penuh perasaan pelik+takut. Pelik sebab tiba-tiba saja datang rumah. Takut sebab.. haih faham-faham je lah. Macam-macam boleh jadi. Aku tak henti-henti berdoa dalam hati supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

"Awak datang sini kenapa?" Aku menyoal dengan selembut-lembutnya. Tapi soalan ku dibalas dengan renungan tajam. Aduh mahu gugur jantung aku..

"Zaed tak balik lagi.."

"Tak. Aku datang sini bukan sebab Zaed." Ani berdiri menghampiriku

Leher baju ku direntap kasar lalu ditolak aku ke lantai. Sekali lagi, aku diperlakukan sebegini. Air mata ku mengalir. Aku memandang Ani meminta belas. Namun apa yang aku dapat, sepakan pada kakiku.

"Perempuan sial!! Sebab kau lah Zaed dah tak pedulikan aku. You know what Qisya. You ruin my life!!" 

Apa yang mampu aku buat sekarang, hanya menjerit menahan sakit. Ani berlalu ke dapur dan menuju semula kepadaku.....PISAU!!!!

"Ani!! Tolong letak pisau tu Ani.. Ani...."

Ani ketawa besar sambil melihat-lihat pisau itu dengan penuh ghairah (betulkah ghairah? anggap ja lah betul hehehe) kemudian merenungku kembali. Perlahan-lahan dia menghampiriku dan pisau itu dihalakan keperutku. Aku hanya mampu tunduk. Ya Allah selamatkan aku Ya Allah........

"HAHAHAHAHA. kau tau tak Qisya? Kau ni sebenarnya bodoh!! Kau tak tahu ke Zaed tu dah berpunya? Yang kau pergi terhegeh-hegeh nak kahwin dengan dia kenapa? Kau memang nak kena kan?" Ani menjerit sekuat hati lalu pisau dibenamkan ke lantai. Sikit lagi pisau itu terkena badanku. Aku hanya mampu menangis melihat perangai nya suda seperti orang tidak waras.

Zaed... mana awak Zaed..... 

Aku menangis tersedu-sedu menanti kepulangan Zaed. Ani sudah duduk disofa sambil ketawa besar melihat pisau itu. Tangannya memegang hujung pisau. Aku berusaha untuk berdiri, namun gagal. Kakiku susah untuk bergerak akibat sepakan kuat Ani. Aku berpaut pada meja untuk berdiri. Sekali lagi aku rebah. Aku terduduk lemah disitu. Mata aku pejamkan. Tidak putuus-putus aku berdoa supaya Ani tida buat kerja gila disini.


Zaed lihat dari dalam kereta pintu rumahnya terbuka. Hatinya sekali lagi digaru rasa curiga. Cepat-cepat dia parkir keretanya lalu masuk kerumah. Dilihatnya Ani dengan sebilah pisau pemotong daging menghampiri Qisya. 

"ANIIIIIIII!!!!!!!!"

Ani menoleh kearah Zaed. Senyuman gila terukir dibibirnya.

"Eh sayang, dah balik? Eloklah tu. Boleh awak saksikan kematian wife you ni" Ani semakin galak ketawa.

"Ani! jangan jadi gila!! Simpan pisau tu sekarang!!!" Teragak-agak Zaed menghampiri Ani. Dia takut Ani terus bertindak gila kalau dia terjah begitu saja.

Senyuman Ani bertukar menjadi wajah bengis. Dipandang Qisya kemudian Zaed. 

"You nak pertahankan perempuan ni Zaed?! Apa kena dengan you ni? I nak sekarang you ceraikan perempuan ni sebelum I kerat-kerat badan dia!!"

Ani menghampiri dan duduk melutut dihadapan Qisya. "Apa? Terkejut? You jangan nak terkejut sangat lah Qisya. Zaed dah janji dengan I yang dia akan ceraikan you. Cuma I tak tahu apa jampi yang you guna sampai Zaed dah mungkiri janji dia!!" Ani menolak kasar kepalaku. Pisau masih lagi melekat kukuh ditangannya.

Aku hanya mampu menangis dan memandang Zaed. Ceraikan aku? Benci sangat kah Zaed dengan aku. Aku tidak mampu berkata saat itu. Sungguh aku buntu. Apa salahku sampai perlu melalui dugaan seberat ini? Baru sahaja aku mulai merasa bahagia dengan Zaed, timbul masalah besar seperti ini. Apa salahku?!!!

 Zaed sudah tersandar lemah di dinding. Fikirannya bercelaru saat ini. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang. Telefonnya dicapai.

Zaed berlari mendapatkan Ani yang sedang membelakanginya. Dia menepis tangan Ani dan pisau jatuh dari genggamannya. Ditarik tangan Ani kebelakang untuk menghalangnya membuat kerja bodoh.

"Ani, you dah gila ke Ani?!!"

Ani memandang wajah Zaed. Air matanya gugur.

"I buat semua ni sebab you Zaed. I tak rela kehilangan you." Ani terduduk melutut dihadapan Zaed

"Kalau ya pun you sayangkan I. Takkan sampai you sanggup jadi pembunuh macam ni!!!"

"I..."

"Jangan bergerak!" (jeng jeng jeng polis hahaha)

Polis segera mendapatkan Ani. Ani menjerit-jerit mengaku tidak bersalah sambil badannya meronta-ronta minta dilepaskan. Zaed hanya memandang Ani bersama titisan air mata. 

"Lepaskan I!! I tak bersalah. Perempuan tu yang salah!! Lepaskan" Polis menarik Ani keluar dari situ. Suara Ani semakin lama semakin hilang dari pendengaran...

Zaed segera mendapatkan Qisya "Qisya, awak tak apa-apa?"

Qisya hanya menggeleng. Ditepis tangan Zaed yang ingin memapahnya. Sebaliknya dia menarik lengan Amirul untuk berdiri. Amirul memapah Qisya ke sofa. Zaed terkilan. Namun  dia diam sahaja, tidak mahu meributkan suasana disitu.

"Qisyaa.."

"Awak kata awak nak ceraikan saya kan? Sampai macam tu sekali benci awak pada saya? Saya tak sangka Zaed.." 

"Qisya, saya minta maaf. Saya tak bermasud langsung untuk ceraikan awak. Qisya please. Give me one more chance Qisya..."

Dengan kakinya yang pengkak, Qisya berlalu dari situ tanpa menghiraukan Zaed yang memanggilnya. Dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan Zaed. Hatinya tidak kuat. Hancur!! 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Holla !!

Bosan en cerita ni? Ya I know sebab saya yang tulis ni pun rasa bosan HAHAHAHAHA. ayat dalam story ni masyaAllah ringkas gila. Tak best baca. Sungguh saya buntu saat ini. Idea sikit-sikit ja keluar. Benci!!! Harap dimaafkan lah ya hehehe.

Anyway, thankyou kepada semua yang baca dan vote cerita ni. :*





bos jadi suami?!Where stories live. Discover now