Bab 38

18.7K 436 20
                                    

"Padan muka kau. Tulah, dari dulu aku dah kata jangan ercaya sangat dekat budak gila tu."

Zaed memandang Amirul. Dalam rasa marahnya mahu tumbuk muka si Mirul tu,  tapi ada benarnya jugak apa yang dia cakap. Kalaulah dari dulu lagi aku tak bagi muka dekat Ani. Kalaulah dari dulu aku teruskan aje kehidupan aku dengan Qisya. Kalaulah..

"So, mana si gila tu sekarang?"

"Hospital"

"What?" Amirul menepuk meja. Semua yang ada di resotran melihat kearah mereka. Amirul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

"Macam mana dia boleh ending kat hospital? Dia dah nak bersalin ke apa?"

"Tak, Haritu waktu dia keluar dari rumah aku, ada kereta langgar dia."

"Kau ada lawat dia tak?"

"Adalah sekali. Kandungan dia gugur."

Amirul menutup mulutnya. Terkejut.

"Karma bro" 

"Bro, kau boleh tolong aku tak?" Zaed bersuara setelah lama membisu.

"Tolong apa?"

"Tolong aku dapatkan Qisya balik."

"Ek elleh kauni. Bini kau. Usaha lah sendiri"

"Kauni tolong aku sikit pun takboleh"

Amirul ketawa. Aduyai Zaed parah dah ni.

"Bukan apa bro, tapi kalau kau yang usaha sendiri, barulah nampak keikhlasan kau" Amirul mengangkat keningnya beberapa kali. 

"Kaukan terer bab-bab memujuk ni. Kau usaha lah sendiri. Baru perghh!!" Kini Amirul buat thumbs up pulak. Zaed buat muka menyampah.

"Kau kalau taknak tolong aku cakaplah."

" Tulah kau, waktu emas tu masih ada depan mata, kau pi cari arang pulak. Kalau kau taknak Qisya, aku nak. Anytime bro" Amirul mula ketawa terbahak-bahak melihat muka cuak Zaed. Tau takut.

Kata-kata Faiz muncul semula di fikiran Zaed. 

'Kalau kau taknak Qisya, aku nak'

"Apasal semua orang nak kat bini aku hah?!" Suara Zaed mula meninggi.

"Sebab suami dia dah taknak dengan dialah" Balas Amirul bersama sisa tawanya.

Zaed merenung Amirul tajam tanda 'aku-tengah-serius-kau-boleh-pulak-main-main?!'

"Chill lah bro. Okeylah. Aku akan bantu apa yang aku mampu okay?"

Zaed diam. Otaknya mula berfikir macam-macam cara untuk dapatkan Qisya semula.

Misi memujuk Qisya bermula!


---------------------------------------------------------------------------------------------------


"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" Puan Nita terkejut apabila melihat sosok Zaed sewaktu pintu dibuka. Zaed menyalam tangan ibu mertuanya itu lalu tersenyum.

"Zaed masuklah"

"Takpa mak, Zaed datang ni nak jumpa Qisya. Qisya ada?"

Puan Nita menunjuk ke arah taman di halaman rumahnya. Zaed mengangguk lalu pergi ke taman.

"Jauh termenung."

Qisya menoleh. Bulat mata Qisya dibuatnya. Zaed!

Zaed berjalan menghampirinya bersama senyuman. Zaed gembira tengok Qisya. Qisya pula bukan main resah lagi nak berhadapan dengan Zaed.

"Qisya apa khabar?" 

Qisya hanya diam. Lidahnya kelu. Susah untuk dia bersuara. Aduyai lidah kau buat masalah pulak sekarang!

"Qisya sihat?"

Qisya hany mengangguk dan pandangannya dihalakan ke arah lain.

"Awak buat apa kat sini?"

"Jumpa awaklah" Zaed senyum sambil memrhati Qisya. Ya Allah, rindunya pada isteri aku sorang ni.

Qisya mula tidak rasa selesa apabila Zaed asyik merenungnya. Mahu berdiri, kaki terasa keras. Mahu bersuara, lidah terasa kelu. Ditambah lagi jantung yang berdegup laju. Apa kena dengan kauni Qisya Syazana!!?

Qisya hanya memerhatikan Zaed yang sedang menegeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Cincin!

Zaed menarik tangan Qisya. Belum sempat dia menyarung cincin itu semula, Qisya menarik tangannya.

"Awak buat apa ni?"

"Qisya, this is yours"

Qisya diam. Tidak! Aku tak akan pakai cincin tu. Buat apa aku nak pakai? Apa gunanya kalau aku pakai? Tak lama lagi Zaed akan kahwin. Jadi buat apa aku nak pakai cincin ni.

"Tak Zaed. Awak.. awak buang ajelah cincin ni"

"What? Buang? Buat apa aku nak buang? Ni kan cincin perkahwinan kita. Tanda kita sah sebagai suami isteri."

Welk! apa benda Zaed merepek ni. Kalau setakat nak ambil hati aku, takpayahlah Dah tau sah sebagai suami isteri, still lagi nak kahwin dengan Ani.

"Sayang, balik rumah abang?"

Bulat mata Qisya mendengarkan itu. Sayang? Abang? Apa benda Zaed merepek ni!

"Hah? Takpayah kut.."

"Kenapa pulak takpayah?" Zaed menyoal bersama senyjman. Senyuman yang sememangnya membuatkan Qisya cair.

'Sebab ada Ani lah!' Getus Qisya didalam hati. Geram!

"Jomlah, kita balik rumah kita okey?"

"Saya kerja"

"Berhenti kerja"

"No!" Qisya serta-merta berdiri. Berhenti kerja?! Memang taklah. Cuma disana Qisya dapat menemukan ketenangan. Takkan nak duduk menghadap muka Ani dirumah tu. Zaed...zaed.

"Kat rumah awak annti tu ada berapa orang" Qisya pura-pura menyoal. Mahu kepastian.

"Tiga orang lah."

Riak muka Qisya mula berubah. Sah! Ada Ani kat rumah tu nanti. 

"Dahlah Zaed. Saya banyak kerja nak buat ni. Awak baliklah.

Belum sempat Zaed bersuara, Qisya sudah masuk ke dalam.

Zaed tersenyum sendiri. Qisya Qisya. Mesti dia sangka sorang tu lagi Ani. Hahahaha Memang taklahh. Susahnya nak pujuk Qisya. Kena tukar plan ni.


------------------------------------------------


Okay guys, so end for this chapter. Sorry sebab chapter ni pendek jew heheheh. Happy fasting everyone!

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now