37 - Hīringu furawā🌸

Start from the beginning
                                    

Bam!

Akhirnya dia jatuh keatas tanah semula. "Kau mana boleh bangun terus kalau dah sampai sini. Memang ada kesan sampingan. Takkan kau dah lupa..."







"... Yeowoo"








Yeowoo mendengus. Dia akhirnya boleh bangun dan berdiri di sebelah Taehyung. "Kaja, kita kena cepat" Taehyung merendahkan badannya. Hairan Yeowoo melihatnya. Taehyung memandang muka Yeowoo. "Kenapa kau tengok aku macam tu? Naiklah. Aku akan buat kau sampai dengan cepat" ujar Taehyung pada Yeowoo.

Secars terpaksa Yeowoo naik ke belakang Taehyung. Taehyung piggyback Yeowoo. "Aku akan guna kuasa maximum aku. Pegang elok-elok." ujar Taehyung.

Dia melompat tinggi sebelum berlari dan melepasi kesemua halangan. Laju, kalau boleh dikira menggunakan alat pengiraan kelajuan milik jabatan Jungkook, boleh dikira sebanyak 240 km/j.




"AAARRGGHHHH!!!!!"







Terjerit Yeowoo dibuatnya. Sesiapa sahaja akan jerit kalau laju macam tu. Dia memeluk kemas leher Taehyung dan memejamkan mata. Takut akan berlaku apa-apa. Mata Taehyung mengerling Yeowoo seketika sebelum tersenyum senget.






"Huuuhuuu... Takutnya aku..." Yeowoo melepaskan keluhannya. Diusap dadanya berkali-kali. Taehyung meminum air dari sungai yg turun dari atas bukit ke bawah. Dia mendongak memandang gunung tersebut. Ribut salji. Tebal pulak tu.

"Nasib aku suruh kau pakai baju sejuk" kata Taehyung dan mula bergerak mencari Zenrua, Penunggu Gunung Snow Flower itu. Yeowoo memeluk jaketnya. Dia memandang gunung itu. Memang salji tebal gila di tambah pula di sana mempunyai pelbagai variasi bunga dan semuanya nampak segar. Dia juga ternampak beberapa bunga cantik di kawasan itu. Di petik bunga berwarna kuning.



"Taehyung, Hiringu Fuwara tu warna apa?" soalnya sambil bunga yang berwarna kuning itu menari-nari di tangannya. Taehyung menoleh memandang Yeowoo.

"Warna ungu muda. Berkilat. Bentuknya kecil sahaja. Katanya berada di kawasan Penunggu gunung ini" balasnya. Yeowoo angguk. Ditarik tangannya bergerak mencari kawasan penunggu gunung itu. Angin ribut dan salji tebal itu lagi menyukarkan mereka hendak mencari penunggu gunung itu.

"Taehyung, apa nama penunggung gunung tu?"

"Zenrua"

"Ohh.."


Setelah letih berjalan akhirnya mereka berdua telah menjumpai kawasan Zenrua yg di penuhi oleh bunga camelia berwarna merah.

"Wah! Dah jumpa!" Yeowoo mula mendekati rumah kayu itu namun disergah oleh serigala putih penjaga rumah tersebut. Sudahlah besar gila!


"GGRRR!!"

"UUUWWAAHH!!"

Terus Yeowoo berundur. Takut punya pasal. "NATSUME!!" bergegar satu gunung akibat jeritan seorang perempuan. Lalu keluarlah dari pergunungan itu. Seorang perempuan berambut panjang dan berwarna ungu muda. Di pandang wajah Yeowoo dan Taehyung sambil dahinya dikerutkan.

"Kamu berdua... Siapa?"

















Mereka berdua memperkenalkan diri mereka berdua selepas itu memberitahu tentang apa yang mereka inginkan.

"Jadi kamu datang untuk memulihkan badan yokai yg terkena kuasa lalu mengecil?" Zenrua bergerak kearah belakang rumahnya lalu memetik beberapa bunga yang di panggil Hiringu Fuwara. "Kali ni aku tak perlukan deal yg tinggi. Cukuplah kau beri aku benda bercahaya kat tangan kau tu sebagai tukar ganti bunga ini..."

Kata Zenrua sambil memandang Carat Bong di tangan Yeowoo yg Yeowoo gunakan sebagai sumber pencahayaannya. Yeowoo memandang Hiringu Fuwara dan Carat Bongnya bersilih ganti. Kalau dia bagi nanti macam mana dia nak pergi konsert Seventeen sambil Carat Bongnya mengetuk kepala orang depan? Dillema. Dia menarik nafas sebelum memberikan Carat Bongnya pada Zenrua. Nyawa Yoongi lagi penting.

Zenrua memandang teruja Carat Bong itu bagaikan budak kecil.






















"Penawar dia bukan senang-senang untuk dibuat." Zenrua mencarik-carikkan bunga tersebut lalu di masukkan kedalam satu bekas. Dia juga menambahkan sedikit air sungai gunung itu bersama tumbuhan lain.

"Dia memerlukan satu pelarut yang mahal"




















"Iaitu..."

















"1/4 nyawa seseorang..."








Katanya dengan nada yang serius. Zenrua mengangkat kepala memandang kearah Yeowoo dan Taehyung. Mereka berdua memandang sesama sendiri. Taehyung mengeluh.


"Sa-"

"Ambil nyawa saya!"


Taehyung tergamam. Matanya terus memandang wajah Yeowoo yang kini kelihatan serius dan risau dalam satu masa. Zenrua memandang wajah Yeowoo. "Kau pasti? Kalau nyawa yokai dia hanya mengalami sedikit sahaja kesan sampingan. Kalau manusia..."


"... Kamu berkemungkinan koma dalam jangka masa yang panjang. Kalau nasib kamu baik, koma kamu mungkin tidak mengambil masa yang panjang..." Zenrua memberi warning. "Kau jangan buat kerja gila Yeowoo" Taehyung mula risau. Kalau Yoongi sudah sihat namun Yeowoo tak sedarkan diri, pasti Yoongi akan memarahinya. Lihatlah, perangai Yoongi sekarang jelas menunjukkan yang dia menyayangi Yeowoo.


"Aku tak kisah"



Taehyung tergamam lagi.



"Asalkan dia sihat sudah cukup bagi aku. Tapi kau jangan risau! Aku kuat! Aku akan cubar sedar dalam masa yang singkat!" Yeowoo tersengih. Zenrua memandang mereka.

"Boleh kita mula?"

"Ya"





Yeowoo memejamkan matanya. Jemari Zenrua mula menyentuh dahi Yeowoo. Satu jalur cahaya keluar. Badan Yeowoo terasa lemah. Seakan-akan mahu rebah. Dia dapat rasakan sesuatu keluar dari badannya.

Debumm!

Akhirnya Yeowoo rebah keatas lantai rumah Zenrua.

TBC~





Hohhoo! Jinnie! Okay, ff ni makin lama makin mengarut! Btw, sedap tak gif kat atas tu? Apa akan berlaku sekiranya Yoongi tahu pasal ni? Nantikan~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hohhoo! Jinnie! Okay, ff ni makin lama makin mengarut! Btw, sedap tak gif kat atas tu? Apa akan berlaku sekiranya Yoongi tahu pasal ni? Nantikan~

Selamat berpuasa ya~! 💞🎀✨

nice to meet you, gumiho | mygWhere stories live. Discover now