kakak kata; enam

2.2K 270 6
                                    

Esoknya,

tak mengejutkan langsung apabila Jimin datang ke kelas Raeya pada waktu rehat itu.


" Raeya! Jimin nak jumpa kau. "


Raeya berhenti menyuap roti ke dalam mulutnya. Sook yang berhadapan dengannya segera membulatkan mata. " Woww, habang buah hati datang nak jumpa kekasih hati lahh! "

" sibuk ah. "


Raeya menolak kerusinya ke belakang dan pergi ke pintu kelas.

" Kau dah tengok post semalam? "

" Dah. "

" Bapak ah kawan kau tu. Dia obses ah dengan kita berdua. "

" Kau cakaplah sendiri dengan dia. "


Jimin diam lalu menjenguk ke dalam kelas. Jelas sekali Sook berminat mengenai perbincangan mereka itu kerana, mulut mengunyah tapi mata bulat dan penuh teruja memandang ke arah Raeya dan Jimin di luar kelas.

Menakutkan siot.


" Sook. Sini kejap. "


Sook mengelap mulutnya dengan tisu lalu mendekati Raeya dan Jimin.


" Apa dia? "


" Berhenti kacau Rae. "


" Wuuu! "

Jinkyung dan Gookju yang baru selesai beli makanan di kantin cepat-cepat menyertai mereka.


" Sook, jangan kacau Raeya bermakna jangan kacau life aku juga. "

" Siapa dan bila masa aku kacau life kau? "

" Aku dengan Raeya takde apa-apalah weh. Kau tak payah nak usik dia sangat. Tak payahlah nak jodohkan kitorang berdua. Gambar tu please delete. Member aku nampak gambar tu, dorang fikir lain tahu tak? "

" Kalau kau tak ada apa-apa dengan Rae, kenapa kau bising-bising pula pasal gambar tu? "

" Sebab orang asyik tanya aku. Beb, aku bukan style lelaki yang Rae suka. Aku budak kelas belakang. Takkan aku nak bercinta dengan budak Sains Tulen, weh? Aku fikir juga masa depan Rae. "



" Apa ni? " Jinkyung mencuit lengan Raeya.

" Muka dorang dah macam nak bergaduh weh. " Celah Gookju di sebelah Jinkyung.

Muka Jimin dan Sook sama-sama tegang.


" Sook... takkan sebab mimpi tu kau boleh jadi macam ni, weh? " Raeya cuba menjadi air yang memadamkan api kemarahan dalam kedua-dua mereka itu.

" A'ah. Tak logiklah kalau sebab mimpi tu je kau boleh jadi tak betul macam ni. " tambah Jimin.

" Well, Min... kau tahu ke mimpi tu pasal apa? "

" Sook, dah. " Raeya cuba menghentikan perbualan itu. entah ini perbualan atau pertengkaran sebenarnya...

" Taknak tahu. "Ringkas dan padat jawapan Jimin itu.


" Raeya mimpi kau sukakan dia. Haa sebab tu aku suka gila kalau korang berdua betul-betul bercinta. "


Semua memandang Jinkyung.


" Aku salah cakap ke? "

Raeya mengepal buku limanya.


Jimin diam.


" Dahlah! Pergi balik kelas. Rehat dah habis! " Raeya menolak tubuh Jimin supaya menjauhi kelasnya.


" Rehat dah habiss? Aku makan pun tak lagi! " Gookju segera masuk ke dalam kelasnya lalu mengoyakkan bungkusan burgernya.


" Rae, Rae... balik dengan aku harini. " Jimin cepat-cepat menahan tangan Raeya daripada terus menolaknya.

" No! Nanti orang fikir lain. "

" Kita ada banyak benda untuk dibincangkan. "

" Tak ada. Kita takde benda pun untuk dibincangkan. "

" Sekali ni jee... lepas Sook dah okey semula. Kita takyah contact, takyah jumpa, takyah apa semuaa! Tak payah. Janji. "

" Arhh. Yelah. "

Mimpi • Jimin ✔️Where stories live. Discover now