cikgu kata; satu

6.8K 402 33
                                    

" Gagagagaisss! " Ha Raeya tiba-tiba menjerit sambil menepuk kawan-kawan lain. Gookju, Jinkyung dan Sook memandang Raeya terkejut. " Aku baru teringat pasal mimpi aku malam tadi. Seram gila bapak wehhh! "

" Bodohh! Kalau nak jerit pun, tunggu aku kunyah makanan akulah, cetann. " Gookju marah kerana bekas gimbapnya hampir jatuh mencium tanah. Jinkyung dan Sook juga melemparkan pandangan penuh benci ke arah Raeya. Kawan siapa niii?!!

" Shilaka punya kawan. Tak prihatin gila! " Balas Raeya apabila langsung diabaikan tak sampai sesaat. "Aku punyalah beriya nak kongsi pengalaman seram... " Sambungnya lagi. Mulut kecil itu langsung tidak berhenti bebel walhal sudah penuh dengan jjajangmyeon.

Lima minit kemudian, semua sudah selesai makan kecuali Gookju. Bekal dia jangan ditanya berapa banyak. Satu kargo pun dia boleh habiskan... Macam-macam jenis makanan dah si Gookju ni sumbat dalam perut dia. 'Okay, Raeya. Abaikan Gookju. Telinga dia tu dengar je apa yang kau tengah cakapkan... Okay.' Kata hati kecil Raeya sendirian.

" Weh, aku nak bagitahu mimpi aku malam tadi. Sumpah mengarut gila! "

" Kau mimpi mende sampai bersungguh, bersemangat, berapi-api, berkobar-kobar macam ni sekali...? " Saja Sook menokok tambah dalam soalannya itu. Hiperbola. Kalau minah pendek ni tak ber'hiperbola' bukan 'Sook' namanya.

" Aku mimpi Jimin. "

" Puffff "

" Bahabi kau Gookju!! Apsal kau ludah makanan dekat muka akuuu?!! "

" Muka kitorang! "

" Aku terkejut, wehh! Sorrryyy! " Gookju membuka penutup air mineral lalu disimbahnya ke wajah rakan-rakan.

" Syaiton. " Serentak kedua-tiga kawan itu berkata.

" Kau potong line siot. Cerita aku tadi dah best! Kau ni biadab weh... " Raeya mengelap wajahnya yang basah dan kotor. Apa ah... Apsal aku berkawan dengan manusia macam ni...?

" Ala, aku terkejut sangat sampai tersembur. Kau macam tak pernah! Cepatlah sambunggg...! "

Mendengar perkataan 'sambung' itu, Raeya menjadi bersemangat secara tiba-tiba.

" Haa, nak tahu takkk... dalam mimpi tu kan. Jimin tu suka aku wehh! Mengarut gila! "

" Jimin yang geng dengan crush Sook tu kan... ala siapa nama budak tu...? Jhorse? Jhope? Ehh? Kan?? " Jinkyung cuba meneka.

" A'ah. Jhope... "

" Serious ah, Rae... Hahahahaha kelakar siot mimpi kau. Apsal si Jimin tu suka kau pula... "

" Kannn! Eeeee hahahahah tapi sejak dia kawan dengan Minhyuk, aku rasa dia dah taubat weh. Kalau dulu, dia geng dengan Jhope, Namjoon, Suga tu apa semua... teruk kut dia tu! Hisap rokok, merempit, ponteng kelas, ponteng sekolah... gila ah. "

" Kan! Sekarang dia dah berhenti merokok ah aku rasa. Dia dah okey sekarang. "

" Eh? "

Gookju mengangguk. Dia berkawan juga dengan si Jhope sebab mereka sekelas. Dia pun mestilah kawan dengan Jimin. Kawan gitu-gitu saja...

Sook menyampuk.

" Aku harap kau dengan Jimin tu betul-betul bercinta. "

" Eh kau. Tolong ah. Lebih baik kau terus berharap kau dengan Jhope dapat bercinta. "

Dan perbualan pada waktu rehat itu berakhir dengan Sook yang bengang terhadap kata-kata pedas Raeya ( ͡° ͜ʖ ͡°)

padan muka!

Mimpi • Jimin ✔️Where stories live. Discover now