7

464 15 2
                                    


Shamimi
************

Kring !

Aku capai henfon di meja solek .

Call dari ayu , rakan sekerja .
Hello mi , kau tak datang kerja ke?

Aku lihat jam 10.15am
Hm. Aku amik mc yu .

Kau sakit ke?

Tak . Hm kurang sihat sikit . Aku ok .

Semalam aku tengok kau ok jer . Kau betul ok ke tak ni?

Aku ok jangan risau ok . Kerja elok elok . Aku tamatkan perbualan kami .

***

Setelah meletakkan kembali henfon di meja solek , aku termenung dibirai katil . Lama aku menungkan kejadian semalam . Tak pernah-pernah bee naik tangan pada aku . Tapi semalam ,

Imbau kembali
****

Hai awak . Tegur aku

Shamimi berbasi basi je pandang aku , hai pun tidak , ape pun tidak . Ok ini malu . aku malu .

Kali ni kelas kami sama , satu-satunya extra kos yang kami ambil dan tak sangka pulak sama . Kelas reka cipta . Tapi aku musykil perempuan cantik macam shamimi ni boleh suka bab mereka-reka , bertukang-tukang ni . Ishhk .. musykil musykil .

Aku ambil meja atas dan dia ambil meja kat bawah ,depan aku , bilik kuliah ni pun betul betul memahami aku , aturan meja dia macam kat panggung wayang .

Fokus aku diganggu oleh dia yang buat aku dok asyik nak tengok dia jer dari tadi , sampai ape yang lecture pok pek pok pek pon tak masuk otak . Tapi aku perasan yang dia pun sesekali menoleh ke arah aku . Elehh .. suka lah tu. Tapi nak jugak nyombong , omel aku sesorang .

Hoii , jauh menung . Sergah fatin sebelah aku .
Dalam kelas pun termenung , apahal?

Mana ada termenung . Jawab ku .

Huh! Orang termenung mana nak mengaku dia termenung .

Macam orang berak tengah jalan tapi tak nak ngaku taik tu dia punya , cam tu ke?

Hahahahahaha . Bederai tawa kami tapi mulot ditutup . Seksa wei gelak .

Kau kan . Cubitan fatin dengan lajunya hingap dilengan ku .

Auchhh. Sakit doh .

Doh kau . Sape suruh buat lawak , aku tengah serius .

Alah kau , nak serius mende , lecture depan tuh haa , stress doh .

Asal kau pandang shamimi gitu weh . Tutur fatin.

Pandai ubah topik . Kalah clever girl .

Jawablah .

Kenapa dengan pandanganku ini . Soal ku kembali , Kikikiki . Aku gelak jahat .

Aku kaaaranngggg! . Gumam fatin .

Hahaha . Kau ni lawak lah . Aku tengah kusyuk dengan kelas en.sham ni kot , bila masa pulak aku pandang dia .

Dah sejam aku duduk sebelah kau , tau ! Sejam!! Bukan seminit .

Aku tahu itu akan ada satu sumpahan bakal muncul kalau aku cuba mengelak dari menjawab .

Heee . Dia cantik , kan kan .

Betul . Memang Cantik , kulit dia bersih je . Tapi macam kerek sikit lah .

Bukan sikit , banyak . Sampuk aku .

Haa kau pun perasan .

Perasan lah , dah aku hai dia tak jawab . Kerek lah tu .

Ok class . Sampai disini saja untuk hari ni . Pastikan tugasan kamu semua siap dan ada diatas meja saya sebelum jumaat .

Class bersurai .

Aku siap je kemas bag , baru nak toleh je si pujaan hati dah lesap . Hampeh betul . Laju .
.
***
Dari jauh aku nampak dia terhencut hencut berjalan .

Aku hampiri dia , awak ok ?

Dia toleh . Bukan nak jawab tapi buat muka jeling lagi ade lah . Nasib cantik .

Aku sambut buku yang dia pegang , sambil dia dah berpaut di bahu aku , gara gara kurang seimbang jalan nya . Sakit benar gayanya. Nak terjatuh pun masih sombong .

Sorry , dia betulkan langkah .

Tak pe . Saya tolong awak jalan , aku papah dia . Dia menolak .

Tak payah .

Haish . Dah sakit tu cuba lah jangan sombong sangat , rengus aku dalam diam .

I dengar tu . Jawab dia .

Buntang biji mata aku . Malu kejap .

Sampai saja dekat kereta dia . Aku nampak dia menung .

Aku hampiri dia , biar saya drive kan ye . Terus aku rampas kunci kereta dia .

Terkejut dia , tapi akur . Sebab kaki yang sakit tu belah kanan . Kalau kiri mustahil dapat peluang berdua duaan . Monolog aku

Awak stay mana? Tanya aku .

Ampang . Jawab dia .

Tengok kaki jap . Kenapa ni , awak terseliuh ke ? Sambil aku sentuh belek belek kaki dia .

Tiada jawapan.

Dia diam je sambil tengok aku urut kaki dia ,

Hey ".

Hah . Ye . Terseliuh kat tangga tadi .

Lain kali jalan baik baik . Kita pergi klinik dulu ye . Usul aku .

Tak pe ke terseliuh macam ni pergi klinik . Tanya dia .

Sakit putus cinta pun orang pergi klinik you . Seloroh aku .

Awak ni memang annoying kan .

Hee . Aku senyum kambing je kat dia . Ya Allah kau ni marah marah pun cantik . Cakap aku dalam hati .

Aku drive menuju klinik berhampiran . Dalam perjalanan tu kami banyak diam .

Aku bayarkan ubat dia dan terus hantar dia balik .

Sampai saja rumah dia , dia pelawa aku masuk dulu .

Aku pun mengalah , padahal hati nak terus balik . Bohong . Ini lah peluang dinanti nantikan.

Dia pun duduk berhadapan dengan aku . Nak minum . Tanye dia .

Tak pe , tak pe . Saya dah nak balik . Tak yah susah2 , kaki awak tu tak boleh banyak bergerak .

Tapi awak nak balik dengan ape ? tanye dia .

Saya dah text kawan saya .

Kawan ?

Ye . Kawan saya .

20minit.

Awkward menguasai diri tatkala ini .

Thanks . Sebab tolong I .

Ok . Kicik hal punya.  Lengok bangla aku buat .

Dia ketawa kecil .

Ya Tuhan ketawa pun manis . Usah kau panggil Tuhan wahai hati . Ini rase dilaknat Tuhan . Gumam aku sendiri . Tak kan semudah ini aku jatuh cinta . Cop. Bukan sejak dari dia jatuh kerusi ke aku dah suka dia . Dan dia itu perempuan . Oh damn .

Awak". Aku tersentak dengan panggilan dia . Rupanya aku tengah termenung .

Ye". Kenapa awak .

I rase kawan you dah ade kat luar . Jawab dia .

Owk ok . Jom" . Saya gerak dulu . Awak hati hati ye sayang . Sasul aku .

Dia senyum .

DIAWhere stories live. Discover now