"Okay dah selamat" keluh Zahid. "Kau kenapa ni?"

"Siapa Ayob?" pertanyaan Zahid dibalas dengan soalan Munie. Dia rasa macam familiar sangat dengan nama itu. Putri mengangkat muka.

"Seorang manusia yang sangat rapat dengan keluarga kau. Tapi aku tak rasa kau kenal atau tahu pasal ni" balas Puteri. Belum sempat Munie membuka mulut, Putri terus menukar topik. "Aku rasa mereka dah tahu pasal Ahmad minta tolong aku dan Tari" keluh Putri. "Sekarang ni mereka dah tangkap Tari. Aku sempat sembunyi" suara Putri kedengaran ketar. Dia ingat lagi macam mana tari dilibas dari belakang secara tiba-tiba. Dia yang berjalan agak hadapan dari Tari terus melarikan diri apabila terdengar jeritan Tari.

"So sekarang ni macam mana?" tanya Zahid. Putri hanya mengangkat bahu. Dia tak tahu apa yang terjadi pada Tari sekarang ni. Munie hanya diam. Nak menyampuk tapi melihatkan muka resah Putri, dia terus matikan niatnya. Dia berpaling ke belakang. Aky sedang termenung. Perlahan-lahan kakinya diatur ke arah Aky, meninggalkan perbualan sirius antara Zahid dan Putri. Munie melabuhkan punggungnya di sebelah Aky. Aky hanya memandang kosong. Entah apa yang Aky tengah fikir pun dia tak pasti. Yang pasti muka Aky sangatlah kusut.

"Kau okay?"

Pertanyaan Munie dibalas dengan anggukan lesu Aky. Munie faham apa yang Aky tengah rasa sekarang. Sesal. Dendam. Semua bercampur aduk. Dia pun kurang pasti apa hikmah dia dihantar ke sini.

"Kau tahu.. Masa kau ajak solat sebelum ni, aku rasa tenang gila. Masatu ye lah, kita tahu waktu isyak. Jam ada, langit pun bagi klu.  Kalau mcm sekarang ni, kita nak solat apa? Langit pun gelap je. Jam pun taktahu pukul berapa" keluh Aky. Munie tersentak. Jadi inilah yang dirisaukan Aky. Dia mengaku, dia tidak terfikir langsung perihal itu. "Aku pun tertanya-tanya apa yang kita boleh buat sekarang. Hati aku mula goyah. Aku rasa aku lemah sangat" sambung Aky. Munie hanya tertunduk diam. Aky masih setia merenung langit. "Kalaulah satu hari langit tu kembali cerah, aku lah manusia paling bersyukur sekali"

Munie turut mendongak ke arah langit. Ya. lama mereka terperangkap disini tapi tak pernah sekalipun langit itu cerah. Mula dari malam pertama mereka jejak kaki disini hinggalah sekarang. 

"Aku akan pastikan kita keluar dari sini. Aku janji" kata Munie tegas. Aky hanya balas dengan satu senyuman yang Munie kurang pasti keikhlasannya.

"Munie. Kau kena tidur" tegas Putri. Munie memandangnya aneh. Zahid dibelakang hanya mengangguk setuju.

"Kenapa?"

"Mama kau selalu bagi kau klu kalau kau tidur kan?" jawab Zahid. Munie tersentak. Iyalah! Mama!

-

"Semua barang dah ambil?" tanya Inara. Azhan mengangguk kecil. Mulutnya tak mati dengan senyuman. Perlahan-lahan dia usap perut Inara. Syukur dia bakal jadi seorang ayah lepas ni. Lama dia tunggu detik ini tiba. 

"Papa pergi sekejap je sayang" bisik Azhan perlahan. Inara hanya senyum dan membiarkan saja perutnya diusap. 

"Abang, Inara rasa tak sedap hati...." ujar Inara lembut. Azhan hanya tersenyum. Dia tahu benar perangai isterinya yang selalu rasa tak sedap hati tiap kali dia keluar berubat. "Tak boleh ke Ayob pergi sorang? Dia pun kuat juga."

"Jangan risau. Abang pergi kejap je. Kalau Ayob tu kuat, dia tak call abang suruh tolong. Sayang jangan risau ya? Semua baik-baik saja. Harapnya" jawab Azhan lembut. Inara hanya tersenyum segaris. Dia menghulur tangan untuk bersalaman dengan Azhan dengan raut wajah yang sayu. Berat hati dia nak lepaskan suami dia pergi seorang diri. Selalunya dia teman Azhan bersama. Tapi dia risau apa-apa jadi dekat kandungannya kalau dia ikut. Cukuplah kandungannya diganggu sehingga dia gugur sebelum ini. Dia tak mahu perkara itu berulang lagi.

"Sampai sana abang call sayang ya?" pinta Inara. Azhan hanya mengangguk seraya tersenyum bahagia. Dia suka benar bila Inara risaukan keadaannya. Terasa dihargai.

Azhan terus menaiki keretanya untuk ke lapangan terbang. Entah kenapa dia turut sama rasa kurang senang untuk bantu kawannya itu. Kalau tidak mengenangkan jasa Ayob yang banyak tolong dia masa mula-mula berumah tangga, dia pun tak sanggup nak tinggalkan keluarganya. Tambahan pula, Inara sudah 9 bulan mengandung. Bila-bila saja bayi itu akan keluar.

 Sampai saja di Indonesia, Azhan dibawa ke satu tempat yang dia kurang pasti di mana. Lebih 10 kali dia tanya pada Ayob tapi hanya dibalas dengan senyuman.

"Dah sampai" ujar Ayob. Azhan memandang sekeliling. Dihadapannya terletak sebuah bangunan yang sangat gelap dan busuk. Busuknya. Macam bau bangkai.

 "Kau bawak aku pergi mana ni Ayob? Tempat apa ni?" tanya Azhan lagi dan lagi. Berangnya tak dapat dikawal apabila soalannya dijawab dengan senyuman sinis Ayob. "Jawablah Ayob! Kau senyum kenapa?!"

"Kejap lagi kau tahulah ni tempat apa. Masuk dulu Han" ujar Ayob. Azhan mula rasa tak sedap hati. Kenapa lain macam je Ayob harini? Kakinya diayun perlaha mengikut pergerakan Ayob.

"Kau pergi depan sana. Orang tu ada dekat sana" Ayob meunjuk ke arah satu bulatan merah ditengah bangunan. Mereka kini berada betul-betul dihadapan pintu utama. Mulut Ayob masih tak lepas dari senyuman. Azhan tidak bergerak. Kakinya dikunci kemas. "Kau tunggu apa lagi? Pergilah!" gertak Ayob. Azhan masih berdiri dibelakangnya. 

"Kau ingat aku tak tahu apa yang kau rancang?" ujar Azhan dalam nada sinis. Tangannya perlahan-lahan mencapai garam didalam begnya dan muutnya tidak henti-henti membaca sesuatu.

"Oh kau sudah tahu ya! Hahaha" 

Belum sempat Azhan membaling garam itu ke arah Ayob, badannya dihentak kuat dari belakang  sehingga dia tersungkur ke dalam bulatan yang ditunjuk Ayob tadi. Dia tersentak. Kuat sekali hentakan tu sampaikan jauh tubuhnya tercampak. Dia bangun dan cuba untuk berlari mendapatkan Ayob dibelakang tapi kakinya seperti tidak dapat bergerak. Ayob hanya diam, senyum dan terus berlalu meninggalkan dia di bangunan itu sendirian. Pintu ditutup rapat dan dikunci dari luar.

"Kau buat apa ni ha?!" jerit Azhan. Namun hampa. Kedengaran bunyi kenderaan yang dinaikinya tadi sedang bergerak laju keluar daripada kawasan tersebut. Perlahan-lahan Azhan mengeluarkan telefon bimbitnya. Lampu suluh dihidupkan.

"Astaghfirullah.."


Truth Or DareWhere stories live. Discover now