Misteri

1.6K 93 7
                                    

Warna dunia kian gelap dan kini mereka baru je sampai ke pulau yang digeruni ramai. Mereka berlapan segera menurunkan barang mereka dari bot.

"Mas. Barangnya mas"

Aky berpaling. Dia segera menghulurkan bungkusan berisi dadah kepada pemandu bot itu. Senang je nak rasuah orang macam mereka. Pantang sebut dadah semua mereka setuju. Huh. Pemandu itu segera beredar dari pulau itu. Tinggalkan mereka berlapan. Sempat lagi dia pesan yang dalam pulau ini tak ada sape kecuali mereka.

"Kau bagi apa?" Bisik Raqy.

"Dadah lah" jawab Aky selamba. Dia segera mengetuai mereka. Peta dibuka.

"Okay guys. Here we are. Pulau Misteri. Taknak ambil gambar kenangan ke?" Gibran memecah sunyi. Mereka semua terus bersorak. Tripod diletakkan diatas pasir.

Sedang sibuk mereka mencari angle lawa untuk ambil gambar tiba tiba kedengaran suara aneh. Mereka terdiam..

Suara itu seperti memberi amaran suruh mereka pergi dari pulau itu

Seolah olah memberitahu mereka silap kerana menjejaki pulau ini.

"Ala bunyi haiwan tu." Kata Aky menyedapkan hati.

Munie sudah rasa seram sejuk. Itu bukan haiwan. Dia yakin itu bukan haiwan.

Mereka menyambung apa yang mereka lakukan tanpa banyak bunyi. Camera diletakkan kemas diatas tripod. Mereka kini berada didalam posisi masing masing membelakangi pulau.

1....2...3....SNAP

"Yeahhh" Ilmi bersorak. "And now what?" Tanyanya tidak sabar.

"Lets find place untuk bukak khemah. Dah makin gelap aku tengok ni. Penat pun penat. Nak tidurrrr" balas Gibran. Badannya direnggangkan.

"Itulah kau. Pergi parti tak ingat dunia. Pastu nak penat sekarang. Ceh" bebel Ilmi.

"Eh ada kacau kau ke? Kau dah sedap layan lelaki semalam!" Balas Gibran dingin.

"Eh mulut kau kan.."

"Dah dah. Jom lah gerak" sampuk Tangkal. Dia malas nak layan kepala dua orang musuh ni. Kalau dibiar sampai esok tak berhenti gaduh. Yang lain hanya menggeleng. Entah bila je Ilmi tak panas dengan Gibran ni.

"Ni ha peta ni ada tanda X kat tempat yang sesuai nak pacak khemah. So kita tinggal gerak sana je lah. Tak jauh pun" jelas Aky. Yang lain mengangguk.

"Wait. Mana kau jumpa peta ni?" Tanya Munie. Rasanya tadi Aky tak ada pegang apa apa peta.

"Oh ha lupa nak kenalkan Pak Ayob. Dia ada dengan kita ni..." Aky pusingkan badannya. "Eh mana pakcik tadi? Tadi elok je diri kat sini"

"Weh. Kau tak dengar ke orang yang bawak bot tu cakap apa tadi. Kat pulau ni sekarang ni ada kita berlapan je tau. Kau jangan main main lah" Tangkal mula rasa tak sedap hati. Dari tadi mereka hanya berlapan. Tak ada pula Pak Ayob.

"Tak tak. Tadi ada pakcik tu dia pakai baju gelap warna hitam. Datang tegur aku pastu bagi peta dengan kotak ni haaa" Aky campak peta dan kotak itu diatas pasir depan kawan kawannya. Dia bingung. Baru je tadi...

Mana pakcik tadi?

"Sana..." Munie bersuara. Matanya memandang sesuatu di pokok besar yang agak jauh daripada mereka. Kelihatan seperti orang sawah yang dipakaikan pakaian hitam.

Semua terdiam kecuali Aky.

"Haaa. Pakcik main apa kat sana tu? Lajunya jalan. Tadi baru je sembang kat sebelah saya" Aky menyuluh ke arah pakcik itu. Kakinya mula mendekati. Tanpa ada rasa takut dia berdiri dihadapan manusia yang digelar Pak Ayob tadi.

Manakala yang lain hanya berpandangan sesama sendiri.

Truth Or DareWhere stories live. Discover now