Draft

708 55 25
                                    

"Mama..." kata Munie perlahan. Aky dan Zahid mengerutkan dahi mereka. Mama Munie?

"Sabar Munie.. Aku tahu kau risau sekarang. Jangan risau kitorang ada" pujuk Zahid. Munie tak menjawab.

"Dok. Inara nama mama kau kan? Dia hilang kat sini kan?" tanya Aky. Munie mengangguk. "Kau rasa.."

Tiba-tiba badan Munie terasa berat. Matanya bagai ingin terlelap.

-

Bila angin malam mula menyapa, datangnya berpasangan menderu menampar. Pedih. Sakit. Kawalan mula goyah.

Aku buntu dan kesal dengan kebolehanku. Jujur aku tidak mahu menjejakkan kaki disini dari mula lagi. Senang saja aku tertipu dengan tiupan lembut itu. Senang saja aku terjebak dengan permainan ini.

Satu minggu pertama aku disini, aku tidak bergaul dengan sesiapa. Rupa mereka pun aku taktahu macam mana. Mana tidaknya. Di sekeliling semua orang ada pelbagai bayang hitam yang menyuramkan pandangan aku. Tapi pada hari itu, aku beranikan diri untuk berjalan ke arah mereka.

Aku pandang sekeliling. Semua jenis wajah ada disini. Yang bengis, nakal, sedih dan tiada muka, semua ada. Huh. Tak heranlah. Dah tentu tempat ni memang khas untuk orang yang mempunyai ego level kelas atasan. Aku memandang satu per satu pohon yang ada di sekitar mereka. Tiba-tiba ada satu pohon yang menarik minat aku. Aku perlahan-lahan ingin ke arah pohon itu. Tiba-tiba ada yang menahan.

"Baik jangan pergi sana" pesan seorang wanita separuh umur. Aku memandangnya aneh. Kenapa aku kena dengar cakap dia? Aku pun tidak tahu. Wajahnya kelihatan resah gelisah.

"Kenapa?" tanya aku sepatah. Dia tidak terus menjawab. Malah dia laju menarik tangan aku jauh daripada pohon itu. Entah kenapa aku menurut saja.

Setelah beberapa meter jauh dari pokok itu, langkah dia terhenti. Begitu juga langkah aku. Aku memerhati dia dengan wajah tertanya tanya.

"Nek tahu awak boleh nampak benda benda sekeliling ni. Nek pun boleh nampak" bisik wanita itu. Aku terkejut. Melihatkan wajah aku, wanita itu terus menyambung, "Awak kunci untuk kita semua keluar dari sini"

Aku memandangnya aneh. Apa maksud dia?

"Maksud nenek?"

"Dengan adanya awak, semua orang kat sini boleh keluar dari sini" katanya. Makin aneh aku rasa. Mukanya penuh berharap.

"Saya tak tahu apa pun nek" kata aku perlahan. Wanita itu menggeleng laju.

"Bukan awak. Anak awak. Dia akan datang" kata wanita itu. Aku mengerutkan dahi. Munie? Anak aku yang sedang belajar di sekolah menengah rendah?

"My daughter?" tanya aku minta kepastian. Wanita itu mengangguk. Aku menggelenv perlahan. "Kenapa dengan dia? Dia masih kecil lagi nek"

"Bukan sekarang cu.. Tapi nek yakin dia akan bawa kamu semua keluar" kata wanita itu lagi. Belum sempat mulut aku dibuka untuk berkata, tiba-tiba mata wanita itu membulat, tangannya mula sejuk dan menggigil. Aku memandang ke arah yang dipandangnya.

Aneh.

Badan aku mula menggigil dari hujung kaki. Sejuk terasa seluruh badan aku. Air mata mulai bertakung entah kenapa. Bulu roma mula berdiri menegak. Aku menutup mata sekejap. Bila aku nak buka mata aku semula, terasa seperti ada sesuatu yang menahan mataku dari terbuka. Dan lepas itu... Semuanya gelap. Badanku tak terkawal. Yang aku tahu, badan aku bergerak. Tenggelam timbul suara orang sekeliling. Mereka tidak tahu nama aku. Tapi mereka menggelar aku Puan Misteri. Bukan salah mereka. Aku sendiri tidak tahu apa yang aku sedang lakukan sekarang.

Lama... lama aku dalam keadaan begitu. Sampailah satu hari, kaki aku diayun jauh. Aku tak pasti kemana. Yang aku tahu, jauh daripada orang lain. Sebab aku dah tak dengar lagi suara orang lain. Yang ada cuma suara bayang itu membisik.

Truth Or DareWhere stories live. Discover now