SEKSA

1.2K 77 35
                                    

Badan Mika yang tergantung lemah menjadi tatapan mereka kini. Raqy tergamam melihat semua ini.

Wajah Mika jelas menunjukkan penyeksaan yang dia rasa. Tangan dan kakinya yang diikat kiri dan kanan, kepalanya yang dilekatkan pada pohon kayu dan kulitnya yang disiat sehingga nampak isi.

"Raqy..." panggil Mika. Raqy tersentak. Dia terus lari mendapatkan Mika.

"Raqy.. jangan!" Jerit Zahid. Belum sempat dia menarik baju Raqy, mereka berdua sudah tercampak jauh ke belakang. Semua terpinga-pinga.

"Ap..pa..kah?" Ujar Aky. Dia dan Munue terus berlari mendapatkan Zahid dan Raqy.

Raqy yang terhentak kuat didahan terus pengsan tak menyedarkan diri.

"Hik..hik..hik..." suara gelakan Mika terasa berada sangat hampir dengan mereka. Semua mata melilar mencari tuan empunya suara. Hampa. Mereka hanya mampu melihat jika mereka memegang bahu Raqy. Munie mengangguk ke arah Zahid yang menunjuk ke arah bahu Raqy. Mereka terus memegang bahu Raqy.

"Astaughfirullahalazim" ucap Munie apabila segalanya jelas dimata. Mika yang tadinya tergantung lemah kini sedang elok berada di depan mereka. Bola matanya yang dihiasi dengan warna putih dan hitam kini tekah menjadi hitam semuanya. Kulitnya yang disiat masih terjuntai di tangannya. Tangannya yang diikat ketat sudah berdarah tidak berhenti. Bibirnya menguntum senyum yang menyeramkan.

"Za..Zahid.." panggil Munie ketakutan. Zahid berpaling ke arah Munie. Munie kini sudah memejamkan mata.

"Zikir dalam hati" pesan Zahid. Dia perlahan-lahan mengeluarkan sapu tangannya itu lalu terus menbaca sesuatu. Senyuman Mika semakin lebar.

"Baca apa tu.. ?" Tanya Mika perlahan. Kepalanya disengetkan sambil melihat Zahid. Dia terbang mendekati Zahid dengan senyuman seramnya. Zahid langsung tidak terkesan. Dia teruskan membaca apa yang dia tahu sambil sebelah tangannya sedia untuk melibas kainnya itu

Ternampakkan kesusahan Zahid memegang kain itu, Mika terus ketawa mengikih.

"Boleh ke tu...?" Tanya Mika. Suaranya semakin lama semakin berubah. Dari suara lembut milik Mika kini sudah menjadi suara nyaring umpama suara seorang nenek.

Zahid mendengus kasar.

"Mun. Tolong letak tangan Raqy dekat bahu aku " pinta Zahid. Munie mangangguk. Tangan Raqy diangkat ke bahu Zahid. Mika menjegilkan matanya melihat apa yabg dilakukan Munie. Dia terus berusaha menjauhkan diri dari Zahid tapi tidak sempat kerana Zahid mendahului satu langkah daripadanya. Kain milik Zahid dilibas tepat ke arah badan Mika sehinggan badannya itu jatuh ke tanah.

Mika mengerang sakit.

"Zahid..." panggil Mika. Suara yabg tadinya menyerupai nenek sudah kembali menjadi suara Mika semula. Mika memeluk tubuhnya. "Sakit... Zahid...." Mika terusan meminta simpati.

Zahid ketawa sinis. "Kau ingat senang kau perbodohkan aku?"

Mika mengangkat muka. Dahinya dikerutkan. "Apa maksud kau, Zahid...." rintih Mika. Dia lalu menangis perlahan.

Raqy terjaga dari pengsannya. Matanya melekat kearah Mika yang sedang mengerah kesakitan.

"Mika...." panggil Raqy lemah. Perlahan-lahan dia cuba berdiri untuk pergi ke arah Mika. Perasan akan tindakan Raqy, Zahid cepat-cepat menahan bahu Raqy. Dia tahu Benda tu sedang berlakon. Dia tahu Mika sudah tiada.

Raqy terpinga-pinga. Kenapa aku tak boleh gerak ni? Munie yang perasan wajah aneh Raqy terus berbisik kepadanya.

"Zahid yang tahan kau. Itu bukan Mika" bisik Munie. Raqy terkejut. Dia berpaling ke arah Aky. Aky mengangguk.

Truth Or DareWhere stories live. Discover now