2

373 14 0
                                    


"Leah! Aku tak suka lah budak laki yang kelas sebelah yang suka kau tu." Kata Danial Hadif, blazer sekolahnya di buka. Rimas pula rasanya. Eleeah Rafeea tersenyum simpul. "Jealous much?" soalnya sengaja menguji Danial Hadif. Rambut Eleeah Rafeea yang tebal terikat kemas ditarik oleh Danial Hadif. "Auch! Hadif!" Eleeah Rafeea menarik muka, tidak suka apabila Danial Hadif menarik rambutnya sedemikian.

"Alright.. I'm sorry." Danial Hadif menarik hidung mancung Eleeah Rafeea pula. Dia tahu, sahabat karibnya itu tidak pandai merajuk, hati itu cepat sejuk.

Eleeah Rafeea memeluk tubuh. "Apology not accepted!" katanya lagi berjalan pantas meninggalkan Danial Hadif.

"Eh, Leah.. Leah. Okay, dinner tonight on me? Sambil tu kita boleh belajar, discuss Biology sedikit.." Danial Hadif memancing Eleeah Rafeea. Gadis itu memang suka makanan apatah lagi yang percuma. Dan, Eleeah Rafeea seorang yang bijak dan dia akan membantu Danial Hadif dari segala aspek.

"Tu, aku suka. Boleh! Pukul berapa?" soal Eleeah Rafeea, tidak sabar. Danial Hadif tertawa kecil. "Gelojoh! Pukul 7 macam biasa. Ni, sure tak nak ikut balik? Mama ambil ni." Kata Danial Hadif, sekali menanya kepastian bahawa gadis itu tidak balik bersamanya. Panggilan 'mama' kepada Puan Khalidah sudah sinonim kepada Eleeah Rafeea, beria-ia wanita itu mahu dia memanggilnya mama.

"Kirim salam sayang rindu dengan mama. Aku balik, sendiri. Tu, Pak Mat dah sampai." Eleeah Rafeea memandang wajah Danial Hadif. Jejaka idaman satu sekolah. Mat Romeo!

"Jom aku hantar ke kereta." Tangan Eleeah Rafeea dipegang kejap, sambil berjalan menuju ke kereta papa Eleeah Rafeea. Beberapa pasang mata asyik memandang gelagat mereka. Yalah, layanan Danial Hadif kepadanya ibarat seorang kekasih bukannya sahabat.

"Hadif, orang tengok tau. Malu!" Eleeah Rafeea berbisik perlahan membuatkan Danial Hadif menggelengkan kepalanya. "Apa yang nak dimalukan? Aku nak make sure kau selamat sampai ke dalam kereta Pak Mat ni." Pintu kereta dibukanya, sebaik sahaja Eleeah Rafeea duduk di dalam kereta Danial Hadif berkata lagi. "As usual, balik saja kau ke rumah kau mesej aku cakap kau selamat! Ingat tu!" pesannya lagi berkeras.

"Ya.. ya.. Kecoh lah kau ni." Pipi Danial Hadif dipicitnya sekuat hati membuatkan lelaki itu menyeringai. "Dah, balik sana. Mesej aku nanti." Kata Danial Hadif dalam senyuman.

Eleeah Rafeea hanya membalas Danial Hadif dengan satu jelingan. Sebaik sahaja kereta meluncur laju meninggal kawasan sekolah, satu senyuman terbit pada bibirnya.

Danial Hadif... senyumannya semakin mekar apabila nama itu dan wajah itu terbayang di matanya.

Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now