"Kau... Di mana-mana pun kau bahagiakan, Hanako Ayumi?" Seseorang menumbuk ke arah dinding. "Aku akan pastikan yang ini adalah kali terakhir kau bahagia."

         DEHYUN menggenggam tangan sehingga menjadi penumpuk. Dia mencarut dengan perlahan.

"Takpa Kim Taehyung. Buat masa sekarang kau bahagia. Tapi bahagia kau tidak akan lama. Sekejap sahaja. Aku akan pastikan, yang ini adalah yang terakhir kau bahagia dan aku akan rampas semua kebahagian kau. Ya, semuanya."

        AYUMI memandang Taehyung. Dia terkejut. Macam mana...

"Tak payah buat muka macam tu." Kata Taehyung.

"Tak.. Cuma..."

"Kau kena biasa dengan semua ni. Suami kau tu demon. So.. Kau kena faham." Kata Taehyung kemudian dia menguap. "Jom, tidur. Tae dah ngantuk ni."

Ayumi mengangguk, dia pun ngantuk jugak. Ketika Taehyung dan Ayumi dalam perjalanan ke arah bilik mereka, tiba-tiba ada satu tangan menghentikan perjalanan mereka. Taehyung mengangkat sebelah keningnya sambil memandang ke arah orang tersebut.

"Kau nak apa? Aku ngantuk ni." Taehyung menguap kecil.

"Sampai hati kau kan? Sampai hati kau tak bawa aku sekali."

"Bawa kau pergi mana?" Malas betul Taehyung nak bercakap.

"Dating lah!"

"Ish.. Kau ni Jungkook. Tepi lah aku n--"

B U K K !!

Ayumi tersandar kepalanya di belakang Taehyung. Taehyung yang terkejut, terus membaringkan Ayumi di pahanya.

"Ayumi.. Ayumi gwencha--" Taehyung berhenti bersuara apabila mendengar dengkuran halus yang dihasilkan oleh Ayumi. "Tidur rupanya isteri aku ni." Taehyung mendongakkan kepalanya. "Kook ak-- eh? Mana mamat arnab ni? Tadi, bukan dia ada ke?" Tanya Taehyung pada diri sendiri.

Taehyung menjongket bahunya. "Lantak kaulah Jungkook." Taehyung mengangkat Ayumi sekaligus teleport ke dalam biliknya.

Manakala, situasi Jungkook pula..

Jungkook berjalan laju di sepanjang korido sambil berkata.. "Bukan aku. Bukan aku. Bukan aku."

Matanya melilau di setiap arah. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.

B U K K !!

"Arrgghh!! TAEHYUNG AKU MINTA MAAF! BUKAN SALAH AKU! AKU BUKAN PENYEBAB AYUMI PENGSAN! JANGAN BUNUH AKU! AKU TAK TAHU KENAPA DIA PENGSAN!" Kata Jungkook dalam satu nafas, sekaligus dia memejam matanya.

Terkebil-kebil orang yang melanggar Jungkook.

"Jungkook, gwenchana?" Seseorang menyentuh bahu Jungkook.

Jungkook membuka matanya dengan perlahan. "Eo? Haerin?"

"Awak ok ke?" Tanya Haerin.

Jungkook berdiri lalu membetulkan bajunya. Dia berdehem. "Saya ok." Kemudian dia menggosok belakang lehernya.

"Eoo.. Ermm.. Saya pergi dulu."

Jungkook menyambar lengan Haerin. Haerin berpaling memandang Jungkook.

"Ye ada apa?"

"Teman saya tidur."

"Hah?" Haerin blur.

"Teman saya tidur, jom." Jungkook mengendong Haerin.

"Eh, kejap!"

          DI sebuah istana yang amat terkenal di kerajaan moolight. Seorang wanita berpakaian lusuh namun kelihatan cantik di tempatkan di dalam penjara bawah sekali, betul-betul di bawah istana.

Wanita tu memandang siling. Ada sebuah senyuman terukir di bibirnya.

"Kalau aku tak dapat jumpa dia dalam realiti. Sekurang-kurangnya dalam mimpi."

Tiba-tiba bunyi tapak kaki kedengaran. Wanita tu memandang sekilas.

"Tuanku, patik melaporkan diri." Seorang lelaki melutut seperti satria.

"Sudah beta bilang pada kamu, lari. Kamu degil. Tetap juga kamu mahu berada di sini." Kata wanita di dalam penjara.

"Patik akan tetap berada di mana tuanku berada. Lagi pula, mereka tidak perasan tentang kehadiran patik di sini." Kata lelaki tersebut.

Wanita tu mengeluh. "Sampai bila Zen? Sampai bila? Lambat laun mereka akan tahu." Kata wanita tu yang sudah memandang ke arah  Zen.

"Sampai patik mati tuanku." Kata Zen dengan yakin.

Wanita tersebut diam. Dia tahu, kalau dia berkata atau menasihat Zen. Zen tidak akan dengar. Malah membantah.

"Baiklah Zen. Kamu masih menganggap beta ni pemaisuri bukan? Walaupun beta di penjarakan." Wanita tu senyap.

"Itu bukan salah tuanku. Weolhyun yang menghianat tuanku dan membuat tuanku masuk ke dalam penjara. Patik bersumpah! Selagi nyawa patik di kandung badan selagi tu patik akan cari jalan untuk jatuh kan dia. Tuanku cakap sahaja apa yang tuanku ingin kan patik lakukan. Patik akan lakukan." Kata Zen dengan yakin.

Wanita tu tersenyum. "Carikan anak beta."







Ok guys.. Author nak minta maaf kalau bahasa istana tu lain macam sahaja bunyinya🌚, sila baling author pakai tomato🍅.

Darkest World (K.T.H)Where stories live. Discover now