12

4.5K 725 234
                                    



.

.

*************

Sekarang semua orang dah melengkor dekat atas lantai, kesian baru lepas kena push dengan coach dorang tadi. Katanya dah lah baru lepas habis kelas tapi terus ganti dengan latihan. Tapi sampai satu tahap tu ada yang mengadu dengan aku yang dia nak keluar dari kelab ni, malangnya tak berjaya sebab aku dah kalau muka bercakap dan membebel. Orang gila pun tak berani nak jadi gila. Iyalah, susah senang semua kena bersama. Tak akan dia mudah je nak tinggalkan kelab ni. Mesti ramai yang akan kecewa sendu.

Mingyu tiba tiba bangun, "Guys. Jom main game?"

"Hah apa?"

Lelaki itu mengeluarkan botol kemudian tersengih jahat. Disebabkan mereka faham, terus sahaja membuat satu bulatan yang agak besar. Aku pun kena tarik join sekali, Jungkook pulak jangan cakap memang tak lah dia nak join. Itu pun kena paksa.

"Okay first! Siapa yang bertuah akan cium pipi Jungkook!" jerit Hobie dan disempat dijengil tajam oleh Jungkook. Mingyu mengangguk laju selepas menerima arahan untuk pusingkan.

"Wooo woooo woooo!" kehangatan semakin terasa.

Ia berhenti pada...

Semua orang terdiam.

Jimin.

"Lebih baik kita skip." ujar Wonwoo.

"Tapi sesiapa yang nak skip ada denda." Mingyu mencelah, "Ha satu skip pusingan ni kena belanja semua orang makan malam."

"Peh aku sanggup cium." sampuk Jeonghan dek kerana terkejut dengan denda tersebut, disokong kuat oleh Dokyeom dan Namjoon.

Bingai jugak dorang ni, hubungan Jimin dengan Jungkook dah lah ada vibes yang mengerikan. Dalam diam aku pun sebenarnya boleh tahan teruja nak tengok. Lambat lambat Jimin bangun dari duduknya, membuntangkan mata semua orang yang melihat. Ada yang sudah berpelukan gemuruh, ada pula yang mengetip kuku dengan giginya sendiri dan pelbagai ragam. Jungkook pulak masih dalam keadaan tenang, duduk tanpa mengendahkan mereka semua.

"Hoshi, rakam!" bisik Taehyung.

"Beres!"

Jimin menundukkan wajahnya kemudian pipi lelaki dingin itu dikuncup sekilas.

"OWAHHHH!!"

"ARSJSJSKS SO SWEET!"

Mereka semua sudah shaking persis beruk terlepas. Aku pun dah hela keluhan lega, buatnya Jungkook terus tumbuk muka Jimin ke apa kita tak tahu kan. Ha, baik baik aksi sweet terus jadi scene lasak. Terlihat segaris senyuman yang mekar di wajah Jimin, aku tak nampak pun yang Jimin benci dekat Jungkook walaupun dia kata yang lelaki tu benci dengan dia.

Apa lah agaknya yang membuatkan Jungkook jadi macam tu.

"Okay soalan seterusnya, korang dah pernah tidur dengan memana perempuan or belum. Kalau untuk Yeowi lelaki lah ya." Mingyu si pengacara game kemudian memutarkan botol tersebut.

"Ha Taehyung Kim! Jawab!"

Taehyung agak tak selesa dengan soalan tu lalu menggaru belakang tengkuknya. Sementara mereka setia menanti jawapan, sedangkan dah terang lagi bersuluh lelaki tu macam tak boleh nak jawab.

Boyfriend + jjkWhere stories live. Discover now