10

5.3K 776 201
                                    


************

Perkara pertama selepas aku tarik tangan Jungkook sudah tentu aku bawak dia pergi ke satu tempat lain yang lebih menarik.

Taman ni memang besar.

Ada banyak benda boleh buat, cakap je nak buat apa pun boleh. Contohnya macam berbasikal, berkelah, bersenam dan tak lupa juga ada gerai gerai kecil yang memeriahkan suasana. Dekat mana mana pun dipenuhi gelak tawa. Semacam ubat yang mampu rawat luka orang yang sedang berduka. Sebab tu tempat ni paling best kalau nak dipilih untuk tenangkan fikiran. Lagi pun terimbas dulu sesaat aku dan Aehyun akan beli layang layang dan pasangkannya mengalahkan budak tadika. Siapa yang jatuh dulu kena belanja aiskrim, tapi benda boleh main tipu. Kita geletek, jatuh lah natang tu.

Jungkook diam je bila aku tarik dia, tapi tak henti mengeluh. Sempat aku tergelak halus tengok reaksi terpaksa dia tu, sehingga lah kami berdua tiba di satu gerai yang ada susunan tin di belakangnya.

"Klise."

"Bukan ni ke kalau orang bercinta selalu buat masa date?"

"Kau anggap ini date?"

Aku mengangguk laju, "Eung. Orang tak tahu pun yang kita berdua terjumpa secara tak sengaja. Apa salahnya kalau saya anggap ini date memandangkan awak pun tak pernah ajak." token dihulurkan kepada si penjaga gerai. Dengan semangat aku akan lempar gelung sebanyak yang boleh walaupun aku sedar Jungkook masih tenung aku tanpa bersuara.

Mungkin dia fikir aku pelik.

Menyedihkan pulak lepas cakap macam tu.

Hiraukan lelaki dingin tu. Aku lempar gelung yang pertama sehingga bibir aku terjuih fokus. Tapi malangnya gagal. Keluhan nafas dihela kuat, kali ni memang mesti masuk. Keyakinan yang menebal aku terapkan seraya membuat cubaan memasukkan gelung yang kedua.

Oh masuk! Dan dengan bodoh, aku teruja melayangkan gelung ketiga dengan cepat.

Tak masuk. Shit.

"Salah awak ah."

"Aku?"

"Eung. Dah ah. Bosan. Jom pergi tempat lain." aku cuba untuk menarik lengannya tetapi tubuh Jungkook mengeras, apa daya aku tak boleh nak memaksa. Kening aku berkerut apabila melihat lelaki itu sudah pun menghulur token yang entah bila ditukar dengan duit.

"Belajar dan lihat."

Kemain berlagak.

Aku nipiskan bibir kemudian menurut. Senyuman aku semakin melebar, kedua tangan aku bertepuk gembira. "Daebak!"

"Simple."

"Ceh! Awak dah biasa masukkan bola dalam jaring, apa lah sangat masukkan gelung dalam tin?"

"Tak sama."

"Sama."

"Tak."

"Sama."

"Dik, cepat sikit pilih hadiah. Customer lain dah tunggu. Nak gaduh, ketepi." teguran si penjaga gerai tu menghentikan perbualan kami. Tangan aku laju menggapai apa yang ada di dalam tray tu.

Boyfriend + jjkOnde histórias criam vida. Descubra agora