Bab 7

2.1K 66 0
                                    

"YA Allah, betullah kau! Mana kau menghilang selama ni? Macam mana kau boleh jadi macam ni, Qisya?"

Qisya menelan liur yang terasa berpasir saat mendengar soalan yang bertalu-talu keluar dari mulut Ajda, sahabatnya yang sudah lama dia tidak ketemu. Qisya tersenyum tawar sebelum melihat dirinya sendiri yang sudah lain benar berbanding empat tahun lepas, saat mereka sama-sama belajar di universiti.

"Panjang ceritanya, Ajda. Aku tak tahu nak mula dari mana." Qisya bersuara lirih saat memandang Ajda semula sebelum dia cuba mengukir senyuman kembali walau sudah terasa kelat.

Ajda mengelus bahu Qisya, cuba menenangkan gundah dalam hati gadis itu yang pastinya menyimpan begitu banyak bebanan sendirian selama ini. Terlalu banyak yang ingin dia tahu daripada sahabat baiknya dari zaman universiti itu tetapi dia tidak mahu memaksa Qisya andai gadis itu keberatan untuk bercerita.

Ajda diam memerhati wajah kelam Qisya dan keadaannya yang memang jauh berbeza dari dulu. Sungguh dia terkejut melihat keadaan Qisya yang selama ini normal tiba-tiba saja sudah berkerusi roda. Qisya yang dia kenal dulu adalah seorang gadis cantik yang lincah dan sentiasa positif, tapi sekarang Qisya kelihatan lemah di atas kerusi roda itu dan seperti seorang yang sudah pasrah dengan ketentuan hidupnya.

AJDA menghirup teh tarik di dalam cawannya sebelum matanya beralih ke arah Qisya semula. Gadis itu masih menunduk sambil tangannya bermain dengan straw di dalam gelasnya. Air laici di dalam gelas itu masih belum terusik walau sedikit walaupun sudah hampir sepuluh minit mereka menghadap satu sama lain di dalam kafeteria hospital yang agak lengang saat itu.

Satu keluhan berat keluar dari bibir mungil Qisya sebelum dia memandang Ajda.

"Mesti kau terkejut tengok keadaan aku macam ni, kan?"

Ajda terpempan mendengar soalan Qisya itu. Perlahan dia mengangguk, mengeyakan segalanya. Siapa yang tidak terkejut kalau kawannya yang normal selama ini tiba-tiba saja sudah berkerusi roda setelah sekian lama mereka tidak ketemu?

"Apa jadi sebenarnya, Qisya?" Giliran Ajda pula menyoal kerana sedari tadi Qisya masih tidak membuka mulut mengenai kejadian yang menimpanya hingga menyebabkan dia jadi sebegini.

Qisya menarik nafas, cuba mencari kekuatan diri untuk menceritakan segalanya walau hatinya terasa berat.

"Kau tahu kan, aku tak datang konvo?"

Ajda laju mengangguk.

"Aku tunggu kau datang, aku call, mesej semua kau tak jawab. Kawan-kawan semua tanya aku tapi serius aku tak tahu apa-apa. Lepas konvo pun lama aku cuba contact kau tapi tak dapat."

"Aku koma masa tu." Ajda tersentak, matanya membuntang mendengarkan kata-kata Qisya yang jelas mengejutkannya.

Qisya melemparkan pandangannya jauh entah ke mana seolah-olah tenggelam dalam memori silam yang sudah lama dia tidak mahu ungkit.

"Sebenarnya aku memang nak pergi konvo. In fact, memang aku sedang dalam perjalanan nak ke majlis konvo masa kejadian tu berlaku."

"Kau kemalangan, ya?" Ajda cuba menebak apabila Qisya lama berjeda.

"Haah." Pendek Qisya membalas sebelum dia menarik nafas semula, rengkungnya terasa tersekat.

"Mak dan ayah aku meninggal di tempat kejadian, pak su aku yang drive kereta masa tu patah kaki, aku pula koma dua bulan. Saraf tunjang aku rosak teruk, sebab tu aku jadi lumpuh." Qisya menyambung.

"Ya Allah, berat sangat dugaan kau, Qisya."

Qisya menarik senyum walau terasa tawar.

"Kau jangan risau. Aku dah lama reda dan terima keadaan aku ni. Cuma..." Qisya memandang Ajda semula dengan renungan yang dalam, seolah-olah meminta pengertian.

PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVAWhere stories live. Discover now