Bab 4

2.4K 69 0
                                    

MEGAT TALHAH menutup pintu sebaik sahaja dia membolos masuk ke dalam rumah itu. Rumah yang bergelap dia pandang dengan dahi yang berkerut. Ke mana pula semua orang pergi? Ah, macam ramai saja dalam rumah ni. Mak Wan mesti dah balik lepas selesai semua kerjanya. Selalunya bila dia balik dari kerjanya memang Mak Wan dah tak ada kecuali bila dia balik awal atau Mak Wan ada kerja yang masih perlu diselesaikan.

Megat Talhah membuka lampu rumah dan tersentak saat melihat Qisya berada di ruang tamu di atas kerusi rodanya namun dia sekadar diam tidak berkutik.

"Qisya, kenapa duduk dalam gelap ni? Qisya tidur ke?" soal Megat Talhah bertalu-talu sambil dia berjalan mendekati Qisya.

Qisya berpaling memandang satu-satunya bapa saudaranya itu dan perlahan dia mengukir senyum walau kelihatan tawar tidak berperisa.

"Taklah. Belum tidur, saja duduk dalam gelap."

Megat Talhah menghela nafasnya, lega melihat anak saudaranya itu tidak apa-apa.

"Macam-macamlah kamu ni, Qisya. Dah, jom pak su hantar ke bilik." Megat Talhah menolak kerusi roda Qisya, mahu menghantar anak saudaranya itu ke biliknya yang terletak di bahagian bawah berdekatan dapur. Sejak gadis itu tidak boleh berjalan dan bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak, bilik kecil itulah yang dia terpaksa jadikan bilik Qisya untuk memudahkan gadis itu bergerak.

Qisya memegang tangan Megat Talhah yang sedang menolak kerusi rodanya.

"Tak apa, pak su. Nanti Qisya masuklah bilik." Qisya senyum lagi.

"Dah lewat ni, Qisya. Qisya tidur sekarang, ya? Esok Qisya nak ke hospital untuk check up, kan?"

Qisya mengangguk.

"Nanti Qisya pergi dengan pak su, ya? Nanti pak su suruh Pak Kahar hantarkan ke hospital."

"Eh tak payahlah pak su, buat susah Pak Kahar saja nanti nak ambil Qisya pula. Tak apa, Qisya boleh drive sendiri pergi hospital."

Megat Talhah mengeluh perlahan, anak saudaranya walaupun sebegitu tetapi lebih berdikari dari dirinya, langsung tak nak susahkan sesiapa.

"Kalau macam tu tak apalah, tapi kalau ada apa-apa, Qisya beritahu, ya?"

"Okey pak su jangan risau, ya?"

Megat Talhah sekadar mengangguk sebelum menyorong kerusi roda itu masuk ke dalam bilik. Dia membantu Qisya naik ke atas katil sebelum dia menyelimutkan anak saudaranya itu.

"Sudah, tidurlah ya." Megat Talhah bingkas bangun, mahu meninggalkan bilik itu tetapi sempat Qisya mencapai tangan bapa saudaranya itu.

"Pak su ada masalah ke?" soalnya lembut, seolah-olah bisa menebak rasa hati pak sunya itu.

Megat Talhah menggeleng laju.

"Tak ada apalah, kenapa Qisya tanya macam tu?"

Qisya menarik senyum segaris.

"Nampak... Wajah pak su macam tak ceria."

Megat Talhah ketawa kecil.

"Tak ada apalah, Qisya. Biasalah serabut kerja, banyak masalah dekat butik tu." Megat Talhah cuba berdalih walaupun hakikatnya ada masalah lain yang asyik membelenggu jiwanya saat itu.

"Tak macam serabut kerja pun, macam serabut soal hati." Megat Talhah terkedu, pandai saja Qisya membuat andaian dan andaiannya betul pula tu.

"Hesy, mana ada. Tak ada apalah."

"Pak su bergaduh dengan Melissa, ya? Kenapa, dia tak nak kahwin lagi?"

Megat Talhah menghela nafas untuk kesekian kalinya. Susah betul hendak menyembunyikan apa-apa daripada anak saudaranya itu.

PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVAUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum