Bab 5

2.3K 72 0
                                    

AJDA menolak pintu butik itu dengan berhati-hati sebelum dia menghampiri kaunter. Gadis bernama Ati semalam pantas dia dekati.

"Eh, Cik Ajda." Ati menyambut mesra.

"Kan saya cakap panggil Ajda aje." Ajda tersengih. Ati ikut menarik senyum.

"Sorry, Ajda. Nak hantar portfolio, eh?"

"Haah. Bos awak ada tak?"

"Encik Megat belum masuklah. Ajda tinggalkan portfolio tu dekat saya sajalah." Ati memberikan cadangan membuatkan Ajda pantas mengangguk laju. Lagi bagus, tak payah dia menghadap muka pak cik kerek tu lagi.

"Boleh. Boleh. Saya tinggalkan dekat sini, nanti bagi dekat Encik Megat, ya."

"Okey, bereh." Ati menyambut fail portfolio yang dihulur Ajda sebelum disimpan di sebalik kaunter.

"Macam tu saya balik dululah ya, ada nak pergi tempat lain pula ni. Apa-apa suruh Encik Megat contact saya, ya?"

"Okey, harap-harap dapat jadi vendor dekat sini, ya. Sedap sangat pavlova semalam."

"Amin! Terima kasih, Ati." Ajda bersuara ceria, mengharapkan perkara itu menjadi kenyataan. Memang laku keraslah pavlovanya kalau dapat jadi vendor di sini.

"Sama-sama."

"Saya balik dululah, ya?" Ajda meminta diri seraya membawa langkahnya keluar dari butik itu sambil melambai ke arah Ati.

"Ya Allah!" Bahunya terasa merempuh sesuatu membuatkan Ajda jatuh terduduk di atas lantai butik. Cepat-cepat dia bangun, malu kalau-kalau ada yang ternampak.

"Lain kali, berjalan tu tengok depan." Suara garau itu menerjah gegendang telinga Ajda dengan nada yang terasa begitu mendatar. Cepat-cepat Ajda mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan insan yang bersuara saat itu.

Sah! Telahannya tidak salah. Megat Talhah sedang memegang beg bimbit di sebelah tangannya dan fail serta tabletnya dipeluk rapat ke dada sambil memandang dia dengan wajah yang tidak beriak.

"Errr maaf, Encik Megat. Saya tak sengaja."

"Orang yang cemerkap memang selalu cakap dia tak sengaja."

Aduh, bisanya kata-kata itu bagaikan wajahnya ditampar.

"Saya minta maaf sekali lagi, Encik Megat. Saya dah bagi portfolio saya dekat Ati. Kalau ada apa-apa yang perlu saya sediakan lagi, Encik Megat bagi tahulah, ya? Saya balik dulu." Ajda cepat-cepat mahu mengatur langkah. Hatinya rasa panas saja hendak berlama di situ, mendengar kata-kata Megat Talhah yang asyik menyakitkan jiwa.

"Tunggu." Suara itu berbunyi kembali saat Ajda baru saja melangkah setapak.

"Ya?" Ajda berpaling kembali sambil mengukir senyuman paling ikhlas yang dia mampu walau hati terasa bengang dengan pak cik kerek itu.

"Ambil portfolio tu bawa masuk pejabat saya. Sekarang. Saya nak semak." Megat Talhah bersuara sebelum berlalu meninggalkan Ajda terpinga-pinga di situ.

Hampeh betul pak cik kerek ni. Dia buat aku macam aku ni staf dia pula. Aku ni nak jadi vendor dia, penyumbang keuntungan dia. Patutnya layanlah aku ni baik-baik sikit. Ajda mengomel dalam hati sebelum berlalu ke kaunter. Ati yang mendengar sedari tadi, awal-awal lagi sudah menghulurkan portfolio milik Ajda itu kepadanya semula.

Wajah Ati tampak gusar saat Ajda menyambut portfolio itu dengan keluhan berat sebelum dia berlalu ke bilik Megat Talhah.

AJDA diam memerhati Megat Talhah dengan debaran yang maha dahsyat dalam dadanya. Rasa macam tengah menghadapi penemuduga masa zaman-zaman minta kerja dulu pula. Tangannya terasa beku tetapi peluh merenik di dahi walau pendingin hawa terasa sejuk saja memuput muka.

PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVAWhere stories live. Discover now