"Awak nak apa lagi ?" tanyaku dengan nada malas. Abang membuat isyarat dia tidak ingin masuk campur dan ingin tunggu di dalam kereta sahaja. Aku menganggukkam kepalaku. "Sorry. Saya tak sengaja. Saya tak fikir sebelum cakap. Harap kata-kata saya tak buat awak kecewa" lalu merapatkan kedua-dua tangannya dan diangkat sehingga ke paras wajahnya. Aku masamkan wajahku tetapi tak mampu bertahan lama. Kecomelan dan kesungguhan Haqiem untuk memohon maaf dariku buat aku tersenyum semula.

"Ya, ya. Saya maafkan", jawabku. 'Tapi saya tak akan berhenti selidik tentang punca awak berubah dan perkara yang merunsingkan awak', sambungku dalam hati. Haqiem senyum, menampakkan sepasang lesung pipitnya. Manis !

Haqiem mengetuk tingkap kereta membuat abang menurunkan tingkap keretanya. "Bro, pinjam adik boleh ? Tiga jam je", tanyanya. Abang melihat wajahku dan wajahnya silih berganti. "Ok bro. Jaga adik aku. Adik aku cedera, malam ni aku gali tanah tanam kau" lalu membuat gaya ingin mengelar lehernya. Haqiem ketawa kecil lalu membuat thumbs up.

Satu hentakan di atas meja kedengaran lagi. "Berangan apa sayang oi. Marah lagi ke ?" tanyanya lagi. Aku senyum lalu menggelengkan kepalaku. "Apa awak ni.Dah sejam awak diam je. Saya dah rugi sejam tau. Saya ada lagi dua jam je dengan awak", rungutnya lalu mengacau air sirap laicinya menggunakan penyedut minuman. Aku tergelak kecil. Aku membuka beg tanganku lalu mencari sesuatu. Setelah menjumpainya, aku bangun lalu berdiri di belakangnya. Aku letakkan benda tersebut di atas kepalanya lalu duduk semula di kerusiku. "Jangan usik !", larangku apabila melihat Haqiem ingin memegangnya. "Cekak ?", tanyanya. Aku angguk lalu gelak. Kelakar betul tengok lelaki pakai cekak telinga Mickey Mouse. Dia meraba cekak itu untuk meneka bentuk cekak tersebut. "Telinga tikus ?", tekanya.

Aku tergelak. Telinga tikus kau panggil. Aku meletakkan kedua-dua tanganku di atas meja lalu menongkat wajahku, "Telinga Mickey Mouse Haqiem." Aku senyum. "Apa dia ?! Eiy buruk" lalu ingin menariknya. "Saya akan pujuk abang saya untuk tambah lagi satu jam kalau awak pakai cekak tu untuk sejam.", kataku. Haqiem terdiam. Geraknya terhenti. Dia seperti memikirkan tentang tawaranku. Setelah dua minit berfikir, tangannya terus memegang sudu dan garfu yang berada di atas pinggannya. "Lepas ni nak pergi mana ?" tanyanya selamba. Aku kembali ketawa. Sanggup !

"Awak ketawa kenapa ? Saya sanggup pakai ni sebab tawaran awak tau. Jadi support la saya", katanya. Aku dengan laju keluarkan telefonku lalu mengambil gambarnya. Aku muat naik menjadi story di akaun Instagramku. "Bukan saya je tengok sekarang. Semua tengok kecomelan awak" lalu sambung ketawa. Tiba-tiba ringtone telefon Haqiem berbunyi. Haqiem tunjuk telefonnya lalu tunjuk ke tepi. Aku angguk.

Sejak bila ringtone Haqiem lagu tu ? Katanya tak suka lagu genre tu ? Pelik betul perangai Haqiem. Aku cuba mencari tajuk lagu itu di Google. Oh ya ! Ni tajuknya.


Aku menyambung menyedut minumanku. Sejak bila Haqiem minat lagu rentak rancak ? Ingatkan aku sahaja yang minat lagu seperti itu. Aku melihat beg sandang milik Haqiem yang terletak elok di atas kerusi di hadapanku. Aku melihat Haqiem masih bersembang dengan si dia yang menelefonnya. Emm, aku rasa mesti ada sesuatu yang dapat membantu aku menyelesaikan masalah tadi. Aku mengambil begnya lalu membuka zip beg tersebut. Terdapat satu sampul besar di dalam beg itu. Di sampul itu terdapat cop yang tertera nama hospital tadi. Apa isi nya ? Ketika aku inginmembuka sampul itu, aku terlihat Haqiem sudah berhenti bercakap dengan telefonnya. Dengan pantas aku meletakkan semula beg itu di tempat asal. Ya ! Aku yakin ada sesuatu yang sedang Haqiem sembunyikan dariku.

"If this night is not forever, at least we are together, I know I'm not alone", lalu senyum kepadaku. Aku terdiam kerana tidak tahu ingin membalas apa. Haqiem tergelak, "Saya gurau. Jom. Saya dah bayar" lalu membuat gaya seperti ingin memegang tanganku. Aku membalas dengan membuat gaya ingin menumbuknya. Haqiem tergelak lagi.

_____________________________________________________________________

Ketika di dalam kereta, kami berdua seperti berada dalam dunia masing-masing. Hanya suara dari radio memecahkan kesunyian di dalam kereta. Akumasih memikirkan tentang kaitan Haqiem dan hospital tadi. Kenapa dia menangis ? "Ryn", tegur Haqiem. Aku memandang wajahnya sekilas, "hmm". "Fikir apa ?", tanyanya. Aku hanya senyum sebagai jawapan.

"emm saya nak cakap sikit boleh ? Tak ganggu kapal terbang awak kan ?" tanyanya lagi. Aku pusingkan wajahku memandangnya. "Kapal terbang ?". Dia senyum, "Ye kapal terbang awak yang menuju ke alam awak sendiri " lalu membuat gaya kapal terbang berlepas menggunakan tangannya. Aku tergelak, "tak pun. Cakap jela".

"Terima kasih teman saya. Terima kasih luangkan masa dengan saya. Awak berjaya buat saya rasa saya tak keseorangan", matanya fokus memandang ke hadapan. Aku terdiam, cuba mencerna maksud tersurat dan tersirat ayat tersebut. Haqiem, kenapa dengan awak ? Kenapa awak berkelakuan pelik. Persoalan itu hanya mampu berlayar di dalam mindaku sahaja.

"Sama-sama Haqiem. Saya boleh je selalu macam ni. Janji awak selalu dengan saya" lalu mengenyitkan mataku kepadanya. Haqiem terdiam. Tidak membalas ayatku. Aku salah cakap ke ? "Saya ada salah cakap ke ?", tanyaku. Haqiem senyum lalu menggelengkan kepalanya. "Saya pun harap benda yang sama", jawabnya. Aku bertanya semula, "Mengharap apa ?". Haqiem memandangku sekilas sambil tersenyum, "dapat selalu bersama awak".

Aku ingin membahas topik itu tetapi terhalang apabila dicelah oleh Haqiem,"dah sampai rumah awak princess". Aku melihat ke luar tingkap. Ya, aku sudah sampai. Aku tidak sangka 4 jam berlalu dengan pantas dan Haqiem seorang yang menepati masa. "Emm ok. Terima kasih hantar saya" kataku. "Sama-sama. Awak kan kawan baik saya", lalu senyum menampakkan sebaris giginya. Kawan baik ? Aku membuat riak tidak percaya. Haqiem menanggap aku seorang kawan baik ? Ya ! Haqiem, apa yang telah berlaku kepada awak sampai awak berubah begini ? Aku senyum lalu menanggukkan kepala. "Drive carefully", lalu menutup pintu kereta. Aku terus berjalan masuk ke rumah.

Langkahku terhenti apabila namaku dipanggil. Aku memalingkan wajahku memandang tingkap kereta miliknya. "Saya cuma nak awak tahu saya sayang awak" lalu melambaikan tangannya dan terus meluncur laju meninggalkan rumahku. Hmm, Haqiem. Maafkan saya. Saya sayang awak sebagai kawan sahaja.

_____________________________________

Maaf update lambat. Agak busy. Harap anda masih berminat untuk membaca cerita ni. Enjoy it ! Don't forget to vote okay !

Projek Memikat.. Mr 2B ?Where stories live. Discover now