26 - Minerva Seulhan Chang🌸

Start from the beginning
                                    

"Huh! Meja kelas dah berubah" masuk sahaja kelas, terus Yoongi perasaan akan meja mereka yang telah berubah itu.

Semua orang pandang pada suara itu lalu terjerit.


"KYYAAA!! YOONGI DAH DATANG!"

"Kenapa lama sangat amik cuti, Yoongi oppa?"

"Yoongi oppa, macam mana pergi luar negara? Okay tak?"


Dan bermacam lagi soalan yang diajukan budak perempuan pada Yoongi. Yoongi yang duduk di sebelah Draco memandang Yeowoo yang berada di barisan sebelahnya. Pandangan tajam menghiasi wajahnya.

"Err.. Errr" Yeowoo berpeluh-peluh sambil menggaru pipinya apabila dilihat sebegitu rupa oleh Yoongi. Seram tauk.

Tiba-tiba Yeowoo disapa oleh orang sebelahnya tak lain dan tak bukan, Jiminlah orangnya. Yeowoo menoleh melihat Jimin.

"Ya?"

"Tu bukan orang yang keluar dengan kau semalamkan? Dia sekolah sini jugak ke?" Soal Jimin pada Yeowoo dan membuatkan gadis itu blur sekejap lalu kembali ke alam nyata. "Ah nae, kami kawan. Rumah duduk sebelah menyebelah..." Yeowoo tersenyum manis pada Jimin. Rambut pendeknya diusap sedikit. Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia rajin menipu orang.






Setelah datangnya guru mereka, semua orang terus diam dan acah-acah serius belajar subjek Sejarah ini walhal tak sampai 2 minit cikgu bercakap, kepala semua orang pasti akan ditahan menggunakan meja, tangan atau pun dinding bagi yang duduk di sebelah tingkap.

"Baiklah keluarkan buku nota ka-"

"Maafkan saya Mrs. Jae, saya nak hantar budak baru dalam kelas ni" ujar guru penyelia tingkatan 5 a.k.a guru disiplin mereka a.k.a guru kelas mereka, Mr. Kwon.


Mrs. Jae hanya tunduk dan mengiakan sahaja. Mr. Kwon tersenyum lalu memandang muka anak muridnya. "Anak-anak, ni cikgu bawa budak baru. Nama dia Minerva Seulhan Chang. Cikgu harap kamu boleh berkawan dengan dia dan tak buli dia..."

"Kami budak baik cikgu. Kelas paling disiplin~"

"Kamu jangan dok bohong, selalunya kau yang kena berdiri atas kerusi kat luar kelas..."

Dan selepas itu seisi kelas ketawa pada rakan mereka yang muka sekarang masa mencuka.

"Seulhan, kamu boleh duduk di sebelah Nami" kata Mr. Kwon dan gadis kecil lagikan pendek itu mengangguk pada guru tersebut sebelum berlalu kearah meja disebelah Nami.

Setelah dia duduk, Nami tersenyum memandang muka Seulhan.

Yeowoo dan Yoongi memandang tepat pada gadis itu.


"Perempuan minggu lepas!"


"Minah malam tadilah!"



Masing-masing meluahkan rasa terkejut itu di dalam hati. Akibat perbuatan mereka berdua itu telah menyebabkan Seulhan tertoleh memandang mereka sebelum tersenyum senget dan wink pada mereka.

Yeowoo dan Yoongi, masing-masing mengerutkan muka mereka dengan perasaan menyampah yang tinggi. "Pahal minah tu.." serentak.

Mereka berdua memandang sesama sendiri. "Diamlah Yeowoo..."

Pakk!

Gara-gara tangan Yoongi, Secara langsung, buku nota milik Yoongi terbang kearah muka Yeowoo lalu melekat di muka gadis. Sakit juga.

"Sakitlah! Apa masalah kau!" Yeowoo membaling semula buku nota itu kearah Yoongi dan perkara itu berlanjutan sampaikan mereka telah lupa akan seseorang yang berada di hadapan kelas mereka.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Banngg!

"BERDIRI KAT LUAR TU SAMPAI HABIS MASA SAYA! JANGAN JATUHKAN TANGAN KAMU FAHAM TAK!"

"Nae..." kata Yoongi dan Yeowoo perlahan. Berdiri di luar kelas sambil angkat tangan adalah perkara yang Yeowoo tak suka. Baru awal tahun, tengah tahun nanti lagi dahsyat kena.

"Kaulah penyebabnya Yeowoo..." kata-kata Yoongi menyebabkan mata Yeowoo mencerlung memandang Yoongi. "Sudahlah aku tak nak gaduh..." usai berkata begitu, mereka berdua terus diam.

Sementar seorang gadis yang berada di kelas tersenyum sinis memandang mereka berdua. "Oh menariknya mereka. Untungnya aku jumpa..." katanya perlahan tapi tak didengari oleh Nami.

Dia mendongak. Memandang luar tingkap.

"Kita jumpa lagi...

... Yoongi"

TBC~~





*nyanyi macam seventeen* scoups ta tu, scoups ta tu~ hoyehh!! Author kembali selepas wattpad buat gila! Tahniah padamu wahai wattpad *clap, clap, clap* wait, bukan harini yg jimin diancam untuk dibunuh? Atau author yang silap?? Btw, army akan prot...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*nyanyi macam seventeen* scoups ta tu, scoups ta tu~ hoyehh!! Author kembali selepas wattpad buat gila! Tahniah padamu wahai wattpad *clap, clap, clap* wait, bukan harini yg jimin diancam untuk dibunuh? Atau author yang silap?? Btw, army akan protect jimin right~ bubye~

nice to meet you, gumiho | mygWhere stories live. Discover now