"Ainur, sini!" Atuk menggamit. Ai Nou melangkah bersama beg bagasi milik mama apabila dipanggil.

"Atuk ada urusan ni. Urgent sangat sayang! Atuk janji. Selesai kerja atuk. Atuk akan cari Ainur atuk. Waktu it, i am yours!"

"Atuk!" Senyuman dan usapan yang selalunya melunturkan rajuk Ai Nou tidak berhasil, hanya cemberut wajah Ai Nou kelihatan. Sang Koprat yang berdiri tidak jauh dari mereka dijeling tajam oleh Ai Nou. Sudahlah tujuh tahun Ai Nou tak jumpa atuk. Jangka masa yang bukan hanya sekelip mata. Baru sahaja kaki itu menjejaki bumi bukan kelahiran Ai Nou, tenaganya sudah dikerah! Mereka ingin rampas Sang Tua Ai Nou!

Sang Koprat!

Dua lelaki yang gah nama mereka di seluruh pelosok bumi Malaysia ini. Sang Arjuna dan ayahnya! Mereka bukan tidak tahu siapa atuk pada Ai Nou. Lelaki, jika kerja menjadi keutamaan yang pertama. Bahagia dan hasrat insan lain, ada mereka peduli.

Lelaki..

Sudah azalinya dicipta untuk bekerja untuk menyempurnakan hidup. Tidak dinafikan, di aqal lelaki ada perut yang perlu diisi di rumah yang sendirian menanti. Jika punya keturunan, sendirian sibuk juga dengan keletah anak-anak. Juga, sedar tanggungjawab lelaki itu ketua untuk keluarga.

Ketua keluarga..

Ketua buat rakyat..

Ketua buat umat..

Juga, ketua buat Sang Hawa!

Arhh,

Lelaki yang Ai Nou kenal lebih utamakan kemahuan daripada keperluan. Jika lelaki dan wanita bersama, itu hanya kemahuan. Lelaki kan pelengkap hidup. Bukan kerana cinta! Obses mereka hanya untuk kerja dan kepuasan diri. Bangunan pencakar langit ingin dibina, berlumba-lumba ingin menjadi koprat yang memiliki syarikat gergasi. Sedangkan mereka tidak tahu, banyaknya pencakar langit itu petanda. Petanda kiamat itu semakin hampir.

Ahh, perampas!

Sang Arjuna yang tersenyum sinis dijeling tidak puas hati. Pasti itu kerja Arjuna! Lelaki itu, tak pernah senang dengan bahagia Ai Nou.

"Ainur tinggal dengan atuk la malam ni." Perhatian atuk dipancing. Mencari peluang agar Ai Nou juga keutamaan atuk.

"Eh, tak boleh! Nanti kena tangkap basah! Bahaya!" Arjuna! Lelaki itu lagi. Penyibuk dan penyemak alam semesta Ai Nou. Kenyataan yang melukakan hati Ai Nou. Kenyataan yang tidak diakui hati Ai Nou. Itu faktanya. Arhh, pedulikan. Sang Tua tetap milik Ai Nou.

"Mama.." Sang Bunda dicari. Tergelak kecil wanita berhijab itu. Anak susuan yang dikasihi, dipujuk dengan pelukan. Pipi cemberut Sang Cinta dicium. Otaknya ligat berfikir, mencari solusi demi menyenangkan hati Sang Cinta yang diulit rajuk pada atuknya. Bukan tidak kasihan. Sebagai setiausaha kepada ahli koprat antarabangsa itu, dia faham kesibukan yang maha hebatnya. Tapi, anak ini. Rindunya masih penuh dendam. Pastilah kecil hatinya dipisahkan.

"Atuk kerja Ai Nou. Ai Nou perlu faham. Nak tinggal dengan atuk, biar ada keluarga yang lain. Atuk kan tinggal di hotel. Apa yang Arjuna cakap ada betulnya, wartawan di mana-mana. Tercemar nama anak mama nanti jika gosip liar tersebar. Ai Nou faham kan."

Lembut si ibu memujuk. Ai Nou akur menekur lantai. Air mata yang setitis dikesat perlahan. Rajuk bertimpa-timpa. Suara-suara yang memujuk hanya dibalas dengan anggukan. Tiada suara. Tandanya, Ai Nou merajuk besar!

Demi menyejukkan sedikit hati si suli, cucunya itu dipimpin ke kereta. Diikuti yang lain, menurut arahan Sang Tua saat veto beraura Sang Natanya memberi arahan. Arjuna menjadi pemandu, ayah Arjuna di sisi manakala atuk di belakang menemani sulinya yang masih merajuk. Ahli keluarga yang lain menaiki kereta berasingan. Dua biji Honda Civic itu meluncur ke destinasi yang bertentangan.

"Berikan atuk waktu sikit lagi, sayang. Janji yang atuk beri, masih atuk pegang." Dahi si cucu dikucup lagi sebelum keluar bersama anaknya, ayah Arjuna. Lensa yang menyilau menyambut atuknya tidak dihiraukan. Sekurang-kurangnya, kepulangan atuk tidak dihidu wartawan. Petanda, atuk benar-benar inginkan privisi dengan Ai Nou. Memahamilah Ai Nou. Sang Tua itu cinta.

Cinta...

... Pengorbanan

"Lepas lunch! Jangan lupa. Aku datang ambil."

Laungan dari Honda Civic tidak disahut. Pintu galeri dibuka. Jam Casio di tangan dilihat. Mujur Ai Nou teringatkan temu janjinya dengan client hari itu. Demi cintanya pada hobi yang satu ini, Ai Nou mengumpul kembali semangatnya yang merudum. Hari-hari Ai Nou, jangan cemarkan rekod positif kau! Positif itu bahagia! Positif itu juga cinta! Negatif itu.. Lelaki!

"Cinta..!" Suara negatif itu memanggil lagi. Pembantu Ai Nou yang setia di kaunter di sapa mesra oleh Ai Nou.

"Cinta..!" Tak putus asa betul lah. Kaki yang baru ingin melangkah melepasi pintu cermin terhenti. Keluhan disertai matanya yang berputar menyampah. Malas-malas Ai Nou berpaling ke belakang. Wajah Sang Arjuna dipandang malas.

"Jangan lupa."

"Ye saya tak lupa. Kontrak saya dengan syarikat. Saya masih ingat. Tak payah datang ambil. Nanti saya pergi sendiri."

"Dinner malam ini.."

"Yeah, saya akan pastikan segalanya perfecto! Jangan risaulah Arjuna."

"Dinner itu untuk atuk."

Khabar yang baru Ai Nou tahu. Khabar untuk mengubat hatinya kah? Wajah Arjuna yang berdiri di belakang pintu kereta ditenung mohonkan penjelasan.

"Atuk back for good. Maksudnya impian kau untuk atuk menetap di Malaysia buat selamanya tercapai. Aku tahu kau memang dah lama nak buat dinner party untuk atuk. Pastikan ianya sempurna. Jangan kecewakan aku."

".. and one more thing. Never say no! Bila aku cakap aku akan ambil kau."

Pintu kereta ditutup lalu pacuan itu meluncur pergi dengan bersama tuannya yang mengeluarkan sebelah tangan dari cermin kereta melambai Ai Nou.

Lelaki.. ditaktor!

dan lelaki itu.. pelik!

CINTA dan Lelaki (COMPLETED)Where stories live. Discover now