"Ya!" Jawab Taehyung tanpa ragu-ragu. Tangan Ayumi di genggamnya.

"Dan kamu... Adakah kamu, Lady Hanako Ayumi menerima Putera Kim Taehyung sebagai suami kamu? Menerimanya dalam hidup kamu? Sebagai pendamping kamu? Sentiasa bersamanya ketika suka dan duka, gembira dan sedih, sakit dan sihat serta memikul tanggungjawab sebagai Ratu Dunia Demon?" Raja Taehyung memandang Ayumi.

Ayumi senyap selama 5 saat. Itu cukup membuat jantung Taehyung pecah. Janganlah minah ni buat hal. Taehyung mula resah.

"Ya, saya setuju." Balas Ayumi perlahan.

Taehyung menghela nafas lega dengan perlahan.

"Kamu berdua, sila sarungkan cincin pada jari manis pasangan kamu."

Taehyung mula menyarung cincin silver di jari manis milik Ayumi, begitu juga sebaliknya. Ayumi membuat perkara yang sama.

"Kamu berdua boleh cium."

Taehyung menarik pinggang Ayumi supaya rapat kepadanya. Ayumi hanya merelakannya. Kang kalau memberontak, mati awal nanti. Taehyung memandang anak mata Ayumi sebelum menciumnya. Tanpa Ayumi sedar, matanya mengeluarkan manik-manik kecil.

Para hadirin bertepuk tangan sambil berdiri. Taehyung menarik tangan Ayumi untuk pergi ke satu sudut. Para hadirin mula mengucap taniah.

























TAEHYUNG menggenggam tangan Ayumi. Dia menjeling sekilas isterinya sebelum memandang hadapan dan tersenyum kepada tetamu yang datang.

"Cuba lah senyum sikit. Ni monyok je."

"Tak nampak ke ni? Orang tengah senyum ni." Ayumi senyum paksa.

Mestilah dia monyok. Takkan lah suka. Dah nama pun kahwin paksa. Tiada istilah suka suki dalam kamus orang kena kahwin paksa.

Taehyung mengetap gigi. "Nasib baik kau di tempat ramai orang. Kalau tak a-"

"Aku apa?" Ayumi mencelah. "Awak nak bunuh saya? Bagi haiwan perliharaan awak makan saya? Bakar saya hidup-hidup? Macam tu. Saya tak kisah." Ayumi merenung anak mata Taehyung.

Taehyung mengetap gigi dengan kuat. Geram dia terhadap Ayumi memang tak terkata. Rasa macam nak cili je mulut gadis tu sekarang ni. Takpe, habis je semua ni. Aku akan dera dan seksa kau. Baru kau tahu siapa aku! Welcome to Darkest World darling. Taehyung sudah pasang niat jahat di hatinya.

Dua orang lelaki dan dua gadis menghampiri Taehyung. Taehyung hanya memandang mereka dengan pandangan menyampah. Taehyung baru hendak membuka mulut, tapi...

"Tak payah kenalkan kami, ye abang tiri."

Taehyung memutarkan bebola matanya. Ingat aku nak sangat ke, kenalkan kau dan adik-adik kau dengan isteri aku? Memang tak arr!

Ayumi memandang Taehyung. Abang tiri?

"Kami berempat ni adik beradik. Saya yang paling tua. Putera Raewon." Raewon menundukkan sedikit kepalanya. "Selamat berkenalan Ratu Hanako Ayumi.

Ayumi hanya senyum..... Nipis.

"Aku Putera Dehyun. Ni kembar aku Puteri Sunri." Kata Dehyun dengan lagak sombongnya. Menyampah pulak Ayumi tengok. Lagi menyampah bila pandang muka Taehyung.

"Hai, Ratu Hanako Ayumi." Gadis terakhir menghulur tangan untuk salam. "Puteri Yae- ops! Ratu Yaeseung dari Fretileu Kingdom. Nice to meet you."

"Nice to meet you too." Ayumi menyambut salam Yaeseung.

Tapi sebaliknya, Yaeseung menarik tangan Ayumi. Menyebabkan Ayumi terjatuh tapi di sambutnya. Yaeseung berbisik di telinga Ayumi.

"Baik kau bla. Aku tak nak kau menyesal ada suami macam Taehyung. Kalau kau tetap jugak nak berada di samping dia.. Biar aku bagitahu kau satu hal. Dia tu lelaki paling kejam."

Taehyung gelisah melihat Yaeseung berbisik di telinga Ayumi. Dia pun menarik Ayumi lalu memeluknya. Yaeseung tersenyum sinis.

"Be careful tau." Yaeseung beredar dari situ. Bersama gelakkan empat adik beradik yang menyakitkan hati.

"Jangan percaya apa yang dia beritahu kat kau. Faham?" Kata Taehyung serius.

"Jangan percaya yang awak ni kejam? Heh.. Dah percaya pun." Ayumi mencebik.

"Hah?" Taehyung blur. Memang lah dia blur, bahasa jepun kot. Manalah dia reti. Note for myself, nanti aku belajar bahasa jepun.

"Faham. Tu maksudnya." Bohong Ayumi.

"Punyalah panjang kau cakap. Tu je maksudnya?" Taehyung merenung anak mata Ayumi. Ayumi memandang ke arah lain. "Kenapa aku rasa yang kau ni macam tipu aku je?"

"Suka hati awaklah nak percaya atau tidak." Ayumi menafikannya.

Darkest World (K.T.H)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang