FINAL CHAPTER | 20

900 52 2
                                    

Majlis perkahwinan diantara Aurora dan Louis disambut gilang gemilang dan sangat meriah.  Para rakyat berseronok akan majlis tersebut diadakan untuk menyambut perkahwinan itu.

Louis yang telah ditabalkan sebagai putera mahkota bagi kerajaan Romania kini menjadi Raja di kerajaan Avila setelah mengahwini puteri kerajaan tersebut.

King Zalvarich pula mengisytiharkan pengunduran takhta miliknya sejurus itu takhta kerajaan bagi seluruh puak telah diambil alih oleh anakandanya, Zavian Zalvarich el DragA'Nim.

Seluruh puak kini bersatu membina semula kerajaan. Sistem pemerintahan mula bertukar.  Sedikit demi sedikit,  tahun demi tahun, kerajaan Rynvania mula dimajukan dengan sistem kemudahan yang telah dibawa oleh Gibson.

Ilmu pengetahuan sains dan magik digabungkan didalam arus pembangunan Rynvania. 

Pintu istana dibuka,  si lelaki berambut merah berlari anak dengan mantel berkibaran.  Para pengawal istana hanya menunduk hormat melihat lelaki tersebut.

Koridor istana dilalui olehnya.  Seorang dayang istana keluar dari bilik yang ditujui oleh lelaki tersebut. 

"King Louis?! " ujar dayang tersebut dengan wajah terkejut.

"Bagaimana dengan isteri beta? " tanya Louis tersebut dengan nafas termengah-mengah.

"She's sleep, right now. Bayi kembar tuanku selamat dilahirkan. " kata dayang istana dengan gembira.  Tergaman sebentar louis apa yang diperkatakan itu. Kembar?

"Kembar? "

"Iya tuanku.  Kembar. Lelaki dan perempuan. Patik rasa,  tuanku patut masuk untuk melihatnya. " ujar dayang tersebut lalu memberikan laluan kepada sang raja.

Matanya tertancap pada si permaisuri yang sedang lena disisi bayi kembar mereka. Leka dirinya menatap ketiga-tiga kesayangannya itu tidur tanpa menyedari kehadiran mereka.

"Mereka berdua bukan takdir yang akan terjadinya peperangan seterusnya. " ujar Gladio yang muncuk disebalik kegelapan bersama Frylyn disisinya.

"Apa maksud kau? " tanya Louis sebelum berpaling melihat dua ekor naga tersebut.

"Hanya pewaris ketujuh sahaja yang akan dapat hapuskan kegelapan yang akan muncul lagi. " mendatar sahaja kata-kata Gladio apabila melihat pergerakan bayi kembar tersebut.

Frylyn yang sudah bertukar menjadi manusia mula menghampiri bayi kembar tersebut lalu mendodoikan dengan lagu nyanyian yang sangat menyenangkan.

"Ikut aku, Louis." Galdio membuka pintu yang menuju kearah balkoni manakala Louis hanya mengekori sahaja.

Si naga cahaya itu berdehem sebentar lalu memandang tepat kearah sang raja. 

"Anak-anak kau hanya pewaris keenam akan tetapi takdir mereka bukan untuk melawan kejahatan. Aku tahu kau pasti sukar untuk memahami tapi inilah perjalanan baru untuk seterusnya. Kau seorang raja dikerajaan ini.  Aku tahu perkara seperti kalian akan menitik berat. Jadi aku berharap kau boleh lakukan sesuatu untuk pertahankannya. " ujar Gladio dengan suara datarnya.

"Abang?!" halus sahaja suara yang memanggil Louis.

"Rora?! " Louis menghampiri sang Permaisuri yang sudah bersandar. Matanya memancar sinar bahagia.

Tangannya pula sudah digendong bayi kembar. Louis tersenyum lalu mencium dahi Aurora dengan penuh syahdu.

"I love you, My Queen" ujar Louis seusai mencium lalu duduk disebelah permaisurinya. Diambil pula bayi dari gendongan si permaisuri.

"I love you too, My King. " balas Aurora dengan senyuman.

"Adinda mahu namakan apa pada mereka? " tanya Louis. Matanya tertancap pada mata biru itu.

AURORA: ANGEL & DEVILS(BOOK 1)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora