CHAPTER | 13

825 34 1
                                    

Suata cahaya yang menyilaukan perlahan-lahan mula menghilang.  Muncul seorang gadis bersayap putih melepak yang bagaikan tiada secalit pun kotoran. 

Mata birunya merenung tajam kearah Lord Atlas yang cuba membunuh Feara yang sudah memuntah darah dengan jumlah kuantiti yang banyak.

Rambut emasnya beralun ditiup angin.  Auranya yang kuat membuatkan para askar mula berundur dari melakukan serangan.

Perlahan-lahan dirinya turun mendekati Feara.

"Your highness."

Feara yang lemah mula terapung lalu menghilang dan berada bersama pari-pari yang lain.  Mereka mula merawat Feara.

"Kau.. Kau-.. "

"Jangan kau berani sentuh tempat ini. "

Pedang silver mula terhasil. Atlas hanya tersenyum sinis.  Aura yang dirasai pada gadis itu masih belum stabil.

"Aku akan pastikan tempat ini akan musnah ditangan aku."

"Tidak mungkin itu akan berlaku. "

Atlas mula melakukan serangannya tetapi berjaya di elak oleh gadis itu.

Si gadis itu memutarkan pedang lalu dilibas kearah Atlas. Dia menangkis serangan tersebut lalu menolak dengan kuat gadis itu kebelakang.

"Erghhhh.. "

'Aurora, kau tak mampu bertahan lama.  Kuasa kau tak stabil. '

Suara Gladio menerjah didalam kepalanya. 

"No,  aku masih lagi boleh bertahan."

Aurora membalas semula serangan tersebut akan tetapi libasan yang dilakukan oleh Atlas terkena bahagian tepi perutnya. 

Terduduk gadis itu menahan kesakitan.

Cahaya warna warni menerangi kawasan yang telah dilindungi oleh Feara sebelum ini.  Pari-pari kecil yang ada masih lagi merawat Feara yang lemah akibat serangan daripada Atlas. 

Aurora yang tidak mampu bertahan mula terbaring lemah.  Bilah pedang milik Atlas tersangat berbisa kerana mempunyai racun yang boleh membuat lawannya menjadi lemah.

Atlas mula mengeluarkan aura kekuningan sebelum menghentam tanah dengan tumbukan yang teramat kuat.

BUMMMMMMM!!!

KRAKKKK!!!

BRAKKKK!!!

Tanah-tanah disitu mula merekah dengan pantas.  Pokok-pokok yang melindungi kawasan itu mula tenggelam.  Gempa bumi mula berlaku.

Bangunan-bangunan yang ada disitu, runtuh lalu tenggelam didalam tanah.

Pari-pari yang terselamat melarikan diri ke tempat yang selamat.

Feara dan pari-pari kecil yang merawatnya membawa dirinya ke istana Avila apabila sebuah portal muncul.

"Go, save everyone. "

Suara garau milik Gladio bergema dikawasan itu.

Aurora yang kesakitan tidak mampu bangun untuk menyelamatkan diri. Atlas yang berada disitu merenungnya sebelum menghilangkan diri bersama-sama askar yang dibawanya.

Sebatang pokok yang hampir menghempap Aurora terbelah dua daripada serangan pedang api.

Louis muncul disebelah Aurora lalu mengangkat tubuh kecil itu masuk kedalam portal. Gladio pula masih lagi membantu yang lain.

The Old Kingdom sudah pun tenggelam kedasar. Gladio memerhati keadaan itu dengan perasaan yang sukar. 

Tubuhnya terapung mula menghilangkan diri dari kawasan tersebut.

Avelyn mula cemas melihat keadaan Aurora yang cedera itu.  Kuasa pemulihan milik Avelyn mula merawat luka yang dialami oleh gadis itu.  Louis mengusap rambut Aurora yang pengsan.

Allen dan Arthur pula berdiri melihat keadaan yang berlaku.  Manakala Gladio dan Raven masih lagi berbincang dengan The Council tentang The Old Kingdom yang sudah tenggelam. 

Satu portal muncul diperkarangan istana.  King Ralyndine dan Queen Rosewell muncul lalu keluar dari portal tersebut. 

Para pengawal istana mula menyambut mereka berdua. 

Mereka berdua segera menuju ke kamar milik Aurora.  Louis yang berada disitu segera menyambut kedua-duanya.

Queen Rosewell yang melihat keadaan Aurora terbaring pengsan itu menekup mulut apabila luka yang terukir ditubuh si gadis itu.

"Avelyn,  kita perlu tingkatkan kuasa pemulihan.  Aurora berada dalam bahaya. " ujar si permaisuri.

Mereka berdua sama-sama menumpukan kuasa yang dimiliki lalu merawat luka yang dialami oleh si gadis itu.

Sementara itu,  Atlas berjalan mendekati takhta yang diduduki oleh King Demon yang sedang bermesra bersama Lady Teressa itu.

Bahamas memandang jelik kearah Atlas yang tersenyum sungging itu. Drake pula berada bersama Carvon. 

Atlas menunduk apabila King Demon merenungnya tidak berkelip.

"The Old Kingdom already done."

King Demon sudah ketawa menyeringai. Lady Teressa sudah pun tersenyum dengan berita tersebut.

Drake dan Carvon sudah pun bersiap sedia dengan ingin melancarkan perang dengan arahan oleh King Demon. Bahamas pula sekadar merenung King Demon untuk arahan seterusnya.

"Its time to summon our creatures from hell. "

King Demon bangun dari takhta lalu hilang bersama mereka semua untuk melakukan penyeruan itu.

Disudut yang lain, seseorang memerhatikan mereka. Kerudung merah menutup wajahnya yang tidak kelihatan itu lalu menghilangkan diri.

King Aelyn yang sedang berjalan masuk kedalam istana Avila melihat beberapa orang ahli The Council berbicara beberapa perkara sebelum masuk kedalam bilik mesyuarat.

Sebuah portal muncul dihalaman istana membuatkan para pengawal istana terkejut melihat kehadiran seseorang berkerudung merah. 

Simbol kepala seekor griffin dibelakang kerudung merah itu mengejutkan para pengawal istana itu lalu menunduk hormat.

Si berkerudung merah mengangkat tangannya supaya para pengawal istana tidak perlu menyambutnya. Dia melangkah pergi meninggalkan kawasan itu lalu menyertai mesyuarat tersebut.

Kerudung merahnya ditanggalkan. The Council dan Raja-raja seluruh kerajaan yang hadir menyambut kehadiran dengan mesra.

"Long time no see,  Lord Gibson. "



















Hai readers..  Maaf kerana lambat update..

Enjoy readers💞💞💞








Enjoy readers💞💞💞

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


AURORA: ANGEL & DEVILS(BOOK 1)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora